Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Nilai Persahabatan Sebenar

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat'.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..
Mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..untuk menggapai redha Allah.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah Swt 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.



p/s: renung2kan iluvislam

2 comments:

Unknown said...

kawan yang baik memang susah nak cari.
sebab kawan yang baik ni biasanya ada disisi kita selalu, kita tak perasan, kita cari yang lain, tapi semua tak boleh guna, kita datang pada dia(yang selalu ada dekat kita) bila kita perlukan dia. tanpa kita sedar, kawan yang baik tu tak semestinya orang yang boleh buat kita gembira.
kawan yang baik boleh buat kita tenang bila kita dalam masalah.
so bila ada orang yang sanggup DENGAR masalah kita dan berusaha membantu kita menyelesaikannya, jangan lepaskan dia
:)

NSA_TATMA said...

sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya...