Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

APA YANG KITA FAHAM TENTANG PERSAHABATAN?

apa khabar qolbi?

sahabat sering difahami sebagai teman, kawan, sobat, nyapang, jalis, handai, sekutu, taulan, rafik, syarik, dongan, alif, kenalan, konco, rakan, saing ataupun saudara... Setiap maksud yang difahami membayangkan kita dengan sifat keintiman atau kebersamaan antara satu sama lain...

Maksud yang kedua pula adalah sebagaimana yang di ungkapkan kepada para sahabat nabi. Iaitu sahabat dengan maksud pengikut ataupun murid. Lalu setiap orang Islam yang mengikuti dan menerima didikan daripada nabi pada zaman itu dipanggil sebagai sahabat.

menunjukkan betapa agungnya dakwah nabi itu dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam zama itu. para ulama mendefinasikan sahabat sebagai seorang yang hidup pada zaman nabi dan mati dalam keadaan Islam. walaupun hanya sekali sahaja pernah berjumpa dengan nabi , beliau tetap dianggap sebagai sahabat. Ini kerana agungnya nur Muhammad itu menjadikan sekelilingnya juga turut disinari dengan keagungannya...

Namun, itu berlaku pada zaman nabi. Ia berbeza dengan zaman kita. Di mana tidak semua yanh kita lihat bersama itu sebagai pasangan yang bersahabat. Begitu juga dengan setiap kelompok yang ketawa itu sebagai satu kelompok yang saling bersahabat di antara satu sama lain....

Hubungan sesama manusia manusia hari ini mempunyai peringkatnya.... Tidaklah setiap ungkapan yang berkaitan dengan sahabat ataupun kawan, teman, rakan dan sebagainya itu sama maksud dan nilainya....

Akhirnya segala ungkapan itu boleh tersusun mengikut keintiman dan ikhlasnya hubungan seseorang. Iaitu daripada kenalan kepada teman. Teman kepada kawan. Kawan kepada rakan. Rakan kepada sahabat. Seterusnya sahabat kepada kerabat :-)....

Meningkatnya kedudukan hubungan itu bergantung pada nilai-nilai keikhlasan dalam menjalinkannya. Begitu juga dengan pengalaman yang dilalui bersama, suka duka dan juga tempoh dia menjalinkan perhubungan itu. Semakin tulus hati kedua-duanya, semakin baiklah hubungan itu. Semakin banyak pengalaman dan suka duka yang dilalui bersama, semakin rapatlah hubungan mereka.

Begitu juga dengan tempoh persahabatan yang sekian lama sehingga tidak mudah lagi untuk dipisahkan. Akhirnya semakin banyak kita melalui perkara-perkara suka duka bersama-sama, semakin cepatlah hubungan yang dimulai dengan perkenalan itu meningkat membentuk sebuah persahabatan atau kerabat....


PERCAYALAH.... ADA SINAR MENANTI...

Assalamualaikum...

apa khabar hati?

semua orang ada kisah silam.....‎"Tiada insan yg suci yang tiada kisah silam yg malap,tiada insan yg berdosa yg tiada masa hadapan yg cerah"

Janganlah bersedih....wahai insan yang pernah berdosa,kerna dirimu lebih berharga dari dosa itu.Walau apapun yg berlaku pada semalam atau hari ini,yakinlah esok masih suci utk diwarnai.Allah sentiasa setia disisi hambaNya yg kembali kepadaNya.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu berdukacita,padahal kamulah orang –orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu beriman.”- (surah Ali Imran:Ayat 139)

semoga aku tergolong dalam golongan itu....





TERASA AMBIK LAH.....

Assalamualaikum...

apa khabar qolbi?

baca lah pantun nie....

Kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas♥

Bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut... exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas ♥

So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas♥ ♥ ♥

It wouldn't be LOVE

Assalamualaikum....

apa khabar iman?

It wouldn't be LOVE if sending them straight to the hell ♥

It wouldn't be LOVE if trying to make them fail ♥

It wouldn't be LOVE if making them far away from Allah ♥




wordless wednesday #4

Assalamualaikum...

apa khabar iman?


SABARNYA SIFATMU WAHAI WALID....

Assalamualaikum....

apa khabar qolbi?

seketika aku di kedai makan bersama keluarga tercinta menikmati hari-hari terakhir sebelum kakiku menjejak langkah memasuki universiti untuk menyambung pelajaran ku...... 

sekilas ku terpandang gelagat seorang ayah bersama anak kecilnya perempuan dan aku sendiri tidak pasti 
umur anak kecil itu berapa..... kemungkinan dalam 4-5 tahun macam itu lah..........kerana dia sudah mampu berkata-kata...  isterinya bertudung labuh dan di pangkuan isterinya terdapat seorang bayi... aku tak dapat nak mengenal pasti pula bayi itu lelaki atau perempuan... mungkin kanak2 perempuan itu anak sulung dan bayi itu mungkin adiknya... situasi pada masa itu agak bising dengan orang ramai terjerit2 bersorak menonton perlawanan bola sepak.....

jadi perbualan antara ayah dan anaknya itu tak dapat didengar dengan jelas... bukan tujuan untuk mencuri dengar perbualan keluarga tersebut.... tetapi cara percakapan mereka yang betul-betul lembut itu telah menarik hati aku, pandangan aku dan pendengaran aku untuk tidak mahu berhenti dari melihat tindak tanduk mereka... lagipun mereka hanya berada di sebelah meja aku dan keluarga duduk...

tiba-tiba datang pelayan membawa air dan makanan yang dipesan oleh mereka... sempat juga aku tengok makanan apa yang mereka pesan..... Bihun sup 2 mangkuk.... satu untuk si suami nya dan 1 lagi untuk si anak perempuannya tadi.....  

kedudukan mereka terus berubah....! si ayahnya bangun duduk di sebelah si isterinya.... dan anak perempuannya yang tadi tu berada di hadapan ayahnya... jadi bertentangan lah.... berbeza dengan kedudukan sebelum makanan sampai tadi.... masa tu ayahnya berada di sebelah anak perempuannya.... dan si sebelah isteri dia kosong....

pelik juga mula-mula tu.... lepas beberapa minit lepas tu..... baru lah aku tahu kenapa si ayah itu mengubah kedudukan....... rupa-rupanya dia nak menyuapkan isterinya yang tercinta itu.... romantiknya..... 

apa yang aku nampak dan aku rasa.... dari awal aku duduk situ, bayi mereka tak henti-henti menangis.... mungkin sebab itu isterinya tak letak bayi tu dalam tempat tidur bayi tu.... asyik dukung dia saja.....

lepas itu.... si anak perempuannya yang berusia dalam lingkungan 4-5 tahun tu pula merengek..... "Alid! Alid nak cuap jugak!...  lepas itu ayah dia pun bangun suapkan dia.....  aku ingat2kan balik ayat first budak tu cakap...... ermmm.... lama juga aku fikir apa itu alid? siap tanya adik aku sebab dia belajar bahasa arab.... "tini, alid tu ap? dalam bahasa arab ea?" adik aku pun cakap dia tak tahu... aku pun abaikan je lah....

tunggu punya tunggu.... makanan aku order pun sampai.... terhenti lah sekejap pandangan aku terhadap mereka...... sempat meneguk dua sudu kuah tomyam.... "prang!!!!!!" terkejut aku..... mata aku secara automatiknya terus tertumpu dekat family tadi.... anak perempuan dia bagi jatuh gelas air dia.... cepat-cepat ayah dia bangun angkat anak perempuannya itu letak di tepi.... takut anaknya terpijak kaca tu..... 

kutip la si ayah satu persatu kaca tersebut dan dikumpulkan sekali letak dalam tong sampah... tanya anaknya "jan ok tak? ada sakit mana-mana tak? meh sini walid tengok kan..." ha..... baru lah aku tahu alid tu walid rupanya..... duduk tak duduk... anak perempuan dia tu nangis...... takut alid marah katanya....lepas tue dengan bunyi bayi mereka nangis dari tadi....  kalau aku mesti dah tertekan....

keadaan kembali seperti biasa...... si ayah menguapkan si isteri kemudian menguap si anak perempuannya pula....
anak perempuannya merengek lagi...... katanya "alid lambat la... adik lapar nie.... suap adik dulu la..."
adik??? hurm.... mungkin panggilan diri dia agaknya... ibunya tersenyum lalu menyuruh suaminya mengikut kehendak anak mereka itu....

sambil menunggu walidnya menguap ibunya.... JAN bermain dengan teddy bear...aku pun tak pasti bila munculnya teddy bear dekat situ..... dia punya main teddy bear tu sampai terkena mangkuk bihun sup walidnya.... tertumpah atas baju walidnya......."Allahukbar...!" ucap walidnya terkejut...

bihun sup tu panas sebab masih berasap lagi.... menggigil kepanasan juga lah ayahnya...ayah dia bergerak ke tandas sambil berkata "jan! duduk situ... jangan pergi mana2".. lalu anak perempuannya tiba-tiba menangis....... si ibu cuba untuk meleraikan tangisan anaknya itu.... tapi tak berjaya....si ibu panggil anak perempuannya itu untuk berada di sisi ibunya.... tapi langsung tak dihiraukan anak perempuannya itu...
meraung2 panggil walidnya... "alid...alid..."
kata ibunya : "kejap jan.. nanti walid datang... tak nak nangis"  dengan penuh kelembutan...... tak tenking langsung...


walidnya kemudian datang dukung anak perempuannya jan..... sambil berkata "sudah-sudah... tak nak nangis ye jan.... sikit je tu....."


jan cakap " alid marah adik ea?" adik say sorry.... anji tak nak buat lagi..."


kegembiraan jelas terpancar di hati walid dan ibunya setelah anak perempuan mereka berkata bergitu.....
lepas tu....sambil mendukung jan..... walidnya pergi ke kereta... mata aku tak henti memandang...... sehingga aku nampak walidnya membawa keluar kerusi roda dari kereta tersebut....perasaan aku masa tu terkejut, tergamam dan terkedu seketika....

rupa-rupanya kerusi tersebut untuk si isterinya ...... isterinya tak dapat berjalan... patut la aku tengok isterinya tak bangun-bangun.... cuma mampu berkata2 sahaja.... walidnya meletakkan jan di atas kerusi di bayinya di dalam kereta bayi sementara untuk mengangkat isterinya ke atas kerusi roda.... kemudian dia mengangkat bayi mereka kembali ke pangkuan isterinya.... dan mendukung jan kembali ke kereta untuk meletak kereta bayi mereka.... lalu kembali ke restoran tersebut untuk mengambil isterinya pula.....





subhanallah.....betapa sabarnya sifat walid itu...... itu baru sedikit yang aku nampak..... macam pula kehidupan mereka di rumah.... mungkin lebih dari itu.... terlalu besarnya pengorbanan si suaminya terhadap keluarga mereka....... subhanallah....

ciri-ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya..

ISTIKHARAH CINTA.....

Assalamualaikum....

apa khabar qolbi?



dengar lah lagu nie.... menarik...

MISSING FOR A WHILE....

Assalamualaikum...

apa khabar hati??

20.11.2011 : masuk kolej...
21.11.2011 : dah start kuliah...

huhu... cepat kan masa berlalu... so lepas nie.... aku akan berhenti sekejap untuk blogging dan blogwalking... sebab takut tak der internet... lagi pun aku tak nak bawa berukben... takut terleka... at least kalau ada wifi pun tak lah laju sangat berbanding berukban.... so... kalau ada post dari blog aku tu... maknanya aku dah scheduled kan dia.... so.... akhir kata dari aku....

SELAMAT MEMULAKAN PELAJARAN ANDA!..

QUOTES OF THE DAY....

Assalamualaikum...

QUOTES OF THE DAY




















~sekian~

MAAF... NAK MINATK TOLONG KALIAN.....

Assalamualaikum...

apa khabar hati?

ini short entri... 

mintak tolong jasa baik anda like page nie 
https://www.facebook.com/pages/kembarailmucom/258037117573037?sk=wall

pastu like picture nie
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2101468227390&set=o.258037117573037&type=3&theater

terima kasih....


SELAMAT MEMULAKAN PELAJARAN YA....

Assalamualaikum...

apa khabar hati?

alhamdulillah.... dah hari ke 19 untuk bulan november..... ramai yang ambik muet hari ini kan..... terutama kepada kawan2ku dekat matrik dan foundation UiTM dan sesiapa sahaja yang ambik muet di seluruh malaysia.... all the best... buat yang terbaek.... 

kepada yang bakal memulakan pelajaran tak lama lagi....






SELAMAT MEMULAKAN PELAJARAN YA!
ramai yang dah nak masuk sem 2 kan... termasuk lah pemilik blog nie....
excited + scared.... semua perasaan ada..... makin meningkat, makin mencabar pelajaran yang bakal di belajar...
UiTM masuk kolej 20/11/2011... start kuliah 21/11/2011....
ada yang dah masuk UiTM untuk second intake la sekarang nih.... mesti tgh sibuk orientasi......
budak-budak politeknik sekarang musim imtihan.....lepas tu... bermulalah cuti sem mereka.....

untuk semua student dan sahabat yang dicintai, semoga terus keep it up untuk sem depan ye..
kalau sem yang lepas macam KO sikit-sikit, belajarlah dari kesilapan itu.... itu lah yang terbaekk....
jangan terlalu banyak mengeluh kalau tak dapat result bagus, tapi fikir ape step lepas nie yang untuk kita baiki result kita .

Andai ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH, Andai ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH, tp INGATLAH... walau kita cemerlang atau tidak, hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya... moga kita tidak kecundang dengan ujian yang diberikan ALLAH... dan yang penting, kita SUDAH BERUSAHA yang terBAIK dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH!!!
jangan sesekali putus asa selagi kita belum sampai ke NOKTAH yang TERAKHIR...


sekali lagi dari blog OURS JOURNEY TOWARD OUR CREATOR mendoakan yang terbaik untuk sahabat semua.“Maa Taufiq Wannajah fil imtihan”


DON'T WANT TO LEAVE DARUL SUNNAH....

Assalamualaikum...

apa khabar hati?

semoga sihat hendak2nyalah....



tak tahu nak tulis apa... cuma nak bagitahu yang aku tak nak balik uitm... huhu..... rasa cuti sebulan lebih tu macam sekejap je ...cepat sungguh masa berlalu.... masyaallah.... hurm....
20/11/2011 <----- cantek tak tarikh nie ? huhu....
tarikh tu la aku bakal masuk kolej balik.... hurm....
baju apa pun tak packing lagi....
anyway... mula hidup baru anda syahirah!

CANDID TIME CONTEST

Assalamualaikum..

Apa khabar iman?

contest pertama untuk blog ini..... huhu
contest nie macam menarik je... so... nk try join....

nak join... tekan sini ye... >click here<

gambar yang ingin dibentang kan untuk presentation kali ini adalah.......

tara..!!!




sekarang ahli group presentation saya ialah....

tara....!

misz jiha
dan
huda diaz

kesimpulan: saje nak join.... nak meriahkan contest nie... lagi pun nak jugak selit2 unsur happy+enjoyed dalam blog ini... kalau menang... alhamdulillah... kalau tak pun... alhamdulillah jugak...

akhir kata: syukran jiddan..

Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk Kita?

Assalamualaikum...

masih berkaitan dengan Cinta......
Setiap hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Setiap hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat..errhhh. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. ecece... bermadah pulak aku... Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Kisah Cinta Pertama :

Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.

Kisah Cinta Kedua :

Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.

wordless wednesday #5

Assalamualaikum...

apa khabar hati?



PILIHAN IBU BAPA JODOH KITA....

Assalamualaikum...

apa khabar qolbi?

alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menulis blog di pagi yang indah ini....
pilihan ibu bapa jodoh kita..... persoalan disini..... masih wujudkah lagi pilihan ibu bapa ini zaman sekarang?

kebanyakkan manusia-manusia di luar sana masing-masing dah ada calon sendiri... itu bererti mereka dah bercinta sebelum kahwin.... kemanisan-kemanisan yang sepatutnya dilalui selepas mempunyai ikatan yang sah telah dirasa atau dilalui sebelum kahwin atau ZAMAN RANCAK BERCINTA......seronokkah?

orang selalu cakap....pilihan ibu bapa ada pilihan yang terbaik... memang.... itu lah hakikatnya.... sebab selalunya ibu bapa ini akan pilih calon yang terbaik untuk anak-anak mereka...
mana lah ada ibu bapa yang mahu tengok hubungan anak-anak mereka dengan pasangan mereka separuh jalan..... sedih..sedih....

sekarang semuanya anak-anak yang pilih jodoh masing-masing.... lepas beberapa tahun berkahwin... dah bercerai berai... tengok yang terdekat sudah la... ARTIS... tak sampai seminggu berkahwin pun ada yang dah bercerai berai? sebab? mereka dah kenal hati budi masing2 la tu sebelum kahwin, bosan mungkin......huhu.. yang dapat kekalkan hubungan mereka sehingga sekarang.....alhamdulillah..... mabrouk.... mungkin mereka dah sedar akan kepentingan berumah tangga kan....

kata mereka:
"ala... kalau pilihan ibu bapa, kitorang mana la nak kenal"
" kami bercinta la dulu, nak kenal hati budi masing2... kan elok tu.."

habis tu lepas kahwin tak boleh kenal ka? 
lepas kahwin tak boleh bercinta ka? 
lepas kahwin tak boleh kenal hati budi masing2 ka?

kalau betul2 nak kenal seseorang tu... biar parents kita je yang soal- selidik tentang bakal pasangan kita tu.... itu yang terbaik sebenarnya... kalau dah berkenan sangat..... masuk ja meminang... terus kahwin.... tak payah bercinta-cinta nie... kan mudah....

dekat sini bukanlah nak suruh anda  berpisah dengan kekasih anda dengan serta merta... cuma berbincang dengan baik.... cari jalan yang terbaik..... 
kita bertemu kerana Allah.... biarlah kita berpisah pun kerana Allah.... 

Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik...
lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik....

ingat kata-kata ini...


wallahualam...


KOLEJ

Assalamualaikum....

apa khabar hati...?

tak nak story panjang2....
nak gitau yang aku dapat kolej...

DELIMA!

how come?.... aku mohon kristal tapi dapat delima...
ihh...syahirah!! dah dapat tue kira ok la..... kang tak dapat cam ner?? ha!
ok fine... ditakdirkan hidup aku lepas nie akan lebih kurus.... lokasi delima dengan tempat belajar memang jauh ok... maksudnya.... kena gerak awal lah...

alhamdulillah.... roomate aku.... classmate aku...
terbaekk la kan... senang sikit nak study ke... nak tanya apa2 ke kan....

NURUL HUSNA BT BAKRI
NUR FAIRUZATUL HUDA

gambar nanti aku upload ok.... aku sendiri pun tak sure lagi mcm mana blok delima punya design.....

Teka- Teki Imam Ghazali

Assalamualaikum....

apa khabar iman?

boring tak? jom dengar teka-teki ea....

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
 alt
Wallahualam...

TIMETABLE FOR EC1102 D1&D2 ....

Assalamualaikum....

apa khabar qolbi....?

untuk sahabat-sahabatku Sem 2...
TIMETABLE FOR EC1102 D1&D2

BEL260
EC1102D1
8:00 am
9:50 am
Tuesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKM2.15
EC1102D1
10:00 am
11:50 am
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
APB MA2
EC1102D1
8:00 am
9:50 am
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
APB MB1
EC1102D2
8:00 am
9:50 am
Tuesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKM2.15
EC1102D2
10:00 am
11:50 am
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
APB MA2
EC1102D2
8:00 am
9:50 am
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
APB MB1


CTU151
EC1102D1
3:00 pm
4:50 pm
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA1.9
EC1102D2
3:00 pm
4:50 pm
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA1.9


ECG103
EC1102D1
4:00 pm
4:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MGT 2
EC1102D1
5:00 pm
5:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MGT 2
EC1102D1
2:00 pm
3:50 pm
Tuesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA1.6
EC1102D2
4:00 pm
4:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MGT 2
EC1102D2
5:00 pm
5:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MGT 2
EC1102D2
2:00 pm
3:50 pm
Tuesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA1.6


ECM106
EC1102D1
8:00 am
8:50 am
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MAKOM C
EC1102D1
8:00 am
8:50 am
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC SLP 2
EC1102D1
9:00 am
12:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MAKOM C
EC1102D1
9:00 am
12:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC SLP 2
EC1102D2
8:00 am
8:50 am
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MAKOM C
EC1102D2
8:00 am
8:50 am
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC SLP 2
EC1102D2
9:00 am
12:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC MAKOM C
EC1102D2
9:00 am
12:50 pm
Monday
Full Time
First Timer and Repeater
EC SLP 2

  
HKR112D
HKR112D
5:00 pm
6:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA1.5
HKR112D
5:00 pm
6:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA1.6
HKR112D
5:00 pm
6:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA3.16
HKR112D
5:00 pm
6:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA3.18
HKR112D
5:00 pm
6:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKM3.2
 *yang ini tak semua.... korang try search sendiri la koko ap yang korang ambik k..*

MAT183
EC1102D1
8:00 am
8:50 am
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
DKH B
EC1102D1
12:00 pm
12:50 pm
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA3.3
EC1102D1
8:00 am
9:50 am
Friday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA1.7
EC1102D2
8:00 am
8:50 am
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
DKH B
EC1102D2
12:00 pm
12:50 pm
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA3.3
EC1102D2
8:00 am
9:50 am
Friday
Full Time
First Timer and Repeater
BKA1.7


PHY131
EC1102D1
10:00 am
11:50 am
Tuesday
Full Time
First Timer and Repeater
JSG MFIZIKC
EC1102D1
12:00 pm
1:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA2.4
EC1102D1
11:00 am
11:50 am
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA2.4
EC1102D2
10:00 am
11:50 am
Tuesday
Full Time
First Timer and Repeater
JSG MFIZIKC
EC1102D2
12:00 pm
1:50 pm
Wednesday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA2.4
EC1102D2
11:00 am
11:50 am
Thursday
Full Time
First Timer and Repeater
BKBA2.4

kalau nak print... copy n paste masuk word k... 
 maaf la.... mungkin pening sikit tengok..... tengok perlahan-lahan ye.... tak nak pening2 k...
sebarang pertanyaan.... contact dekat group FB ye....
selamat maju jaya.....