Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

HIMPUN-SELAMATKAN AKIDAH

Salam alaik...
apa khabar iman?

alhamdulillah, pagi sabtu 22/oktober... masih lagi diberi nafas untuk menulis idea dalam blog ini...
korang pernah dengar perkataan HIMPUN? tahu tak apa maksudnya? HIMPUN maksudnya berkumpul..
Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah. Percubaan untuk menghimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. Saya difahamkan bahawa sekretariat HIMPUN telah berjumpa dengan beberapa orang mufti untuk memohon restu. Para mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan padu ke atas niat murni ini, jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan negara tercinta, yang berasaskan sistem kenegeraan Melayu. Jangan biarlah negara ini menjadi Singapura yang kedua. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia mesti dipertahankan sehingga titisan darah yang terakhir. Jika tidak, kita akan menyesal dan dikutuk oleh generasi akan datang kerana gagal mempertahankan kalimah yang mulia ini. 

ikuti sabungannya di sini

LAGU TEMA HIMPUN- selamatkan akidah


Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah



HIMPUN....

HIMPUNAN SEJUTA UMMAT ISLAM

menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam

menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda AKIDAH Islam di negara ini khususnya ancaman murtad pemurtadan 

menegaskan dan mendokong institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini 

menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang negeri  yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama   selain daripada agama Islam kepada orang Islam..

"SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM "
ALLAHUAKBAR!

2 comments:

Unknown said...

harapnya tak jadi macam perhimpunan haram. sedih tengok orang melayu, nama melayu perangai macam takde akal.
:|

iman najwa said...

huhu..betul 2.dunia skrg..sama2 la doa spy kita semua sentiasa berada dlm keberkatan dan lindungnNYA