Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

GELISAH..


Assalamualaikum.

Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk berkongsi cerita dari aku yang tak seberapa ini. Maklum la, dah lama meninggalkan dunia blog sebab terlalu sibuk dengan persiapan menghadapi hari-hari genting mengadap kertas yang bakal menentukan hidup aku... walaupun baru sem 1, dah terasa peritnya, apatah lagi nak masuk sem yang seterusnya. 


Apa yang mamaku cakap, "pulun lah dik yah, kalau tak pulun, kita yang ke belakang" sampai sekarang aku masih ingat lagi kata-kata mama tercinta ku itu....

sebenarnya... hati aku rasa gelisah dan tak senang, sebab aku mengenangkan housemates aku yang disayangi.... sayang ke? mesti lah sayang, hampir setengah tahun dengan diorang, makan, minum, tidur, semuanya dengan diorang, tak dapat aku gambar kan betapa aku bersyukurnya dikurniakan sahabat-sahabat yang boleh menerima diri aku yang tak seberapa nie, mungkin sebab umur kitorang sebaya...jadi kitorang jadi sehati sejiwa....

sedih terpaksa berpisah dengan diorang, paling sedih, budak pra diploma la, sebab diorang tak tentu akan stay kat situ atau tak. Semuanya bergantung pada result diorang. Kalau yang diploma nih, kalau tak serumah pun, sem depan boleh je lagi kalau nak jumpa, asalkan ada masa free, jumpa lah.. Tak pun, selisih tepi jalan, jerit la nama diorang ye dak....? huhu... betul lah "setiap pertemuan akan ada perpisahan"

tapi yang rasa tak senang sangat nie, apakah hubungan kitorang akan macam dulu lagi untuk sem depan? tambah-tambah kalau tak serumah/sebilik macam dulu...? harap-harap eloklah. Melihat seorang demi seorang meninggalkan aku untuk pulang ke negeri masing-masing ketika itu,  terasa sayu sangat hatiku...jujur aku ingin katakan disini.. aku paling sedih akan kepemergian roomate aku di mana, before tidur, bangun tidur, wajah dia yang sentiasa terpampang di mata aku. Gelak tawanya, jeritannya, pekikkannya akan sentiasa ternanam dalam hati dan fikiranku. paling aku terkilan sekali aku tak mampu nak melihat wajahnya dan membuatkan bibirnya tersenyum di saat kami terpaksa berpisah demi untuk berjumpa dengan orang tersayang.. arhh. .. 

macam mana pulak perasaan housemate aku yang lain setelah kepemergian aku? tertanya-tanya jugak aku... aku nie seorang yang biasa-biasa saja dalam rumah tue.. mustahil lah diorang nak sedih tengok aku pergi...arhh... tak kisah la, yang penting semalam aku ada mesej dengan salah seorang housemate aku, dia baru kehilangan atuk kesayanganya... time tue dia baru je habis final exam, dah nak balik... aku tahu... dia seorang yang sangat kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan ini.. Semoga atuknya di tempatkan dikalangan orang yang beriman disisi Nya... amin...

terasa masa berlalu terlalu pantas.. aku hampir menempah tiket ke alam dewasa.....Subhanallah... indahnya ciptaan Allah S.W.T. itu.. rasa macam baru semalam je aku habis orientasi.... huh..

setakat ini dululah... kisah perjalananku untuk melalui liku-liku ranjau kehidupan.....
 Ya Allah... sekiranya ada perbalahan antara kami semua, jernihkanlah kembali hubungan kami Ya Allah.. dan lembutkanlah hati-hati kami Ya Allah dan jangan biarkan kami semua jauh dari cintaMU Ya Allah..amin...

No comments: