Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kekasih Agung Sedang Cemburu. Mari kita sama baca entri kali ini...

Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram? Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia? Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya? Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?

Err, jika jawapannya ya, anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah: " Allah s.w.t. cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia".

CEMBURU ALLAH TANDA BESARNYA CINTA
kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah ialah tanda besarnya cintanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya..

Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.. Tapi kita? Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung.

CintaNya cinta utama. CintaNya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. CintaNya membuatkan kita berasa kuat dan yakin
 diri kerana percaya ada raja yang mempunyai kerajaa langit dan bumi bersama kita. CintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hambaNya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

BILA KITA TIDAK KISAH
Apabila kita tidak ambil kisah tentang kecemburuan Allah s.w.t., terus mengagungkan makhluk daripadaNya, bimbang cinta kekasih Agung akan meninggalkan kita. Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi??
pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya tertipu tanpa sebarang rasa "Gadis itu menunggu abangnya di perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya. 

"Memang sah, kamulah yang curi handset saya!" tuduhnya. "
"Hey! Saya tak tahu apa-apa...." Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekelilingnya ketika itu.
"Kalau kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis."

Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke subuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ. Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu??

BAGAIMANA MEREKA MENGURUSKAN CINTA
Ya, ketertarikanmu kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturan, inikan pula Fitrah cinta? Oleh sebab itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan? 
Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajalu sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?

Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Sayidina Ali. 

"Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya." Dengan penuh cemburu, sayidina Ali berkata : "Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?" si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir: "tak kandaku sayang, kerana orang itu ialah kanda."

Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaaan cinta kepada Sayidina Ali, mengagumi, merindui dan measang impian hidup bersamanya.

Namun, adakah gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?
Begitu juga dengan sayidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh sayidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?

Kita pula, bagaimana menguruskan fitrah kita kepada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau jalan yang menghampiri barakah?

Marilah kita sama renung2kan..

Dipetik daripada: Majalah SOLUSI . Edisi 28

No comments: