Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

SAHABAT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan segala nikmat pemberian yang Maha Esa. Terkenang zaman persekolahan yang sudah lama aku tinggalkan. Bahagianya kerana diberi pengalaman mendapat guru-guru dan sahabat-sahabat yang baik sehingga mereka sentiasa terbayang di mata aku setiap kali mengangkat tangan ke hadrat Illahi. Mudah-mudahan aku juga sentiasa di hati mereka. Kini walaupun semuanya sudah mempunyai kehidupan masing-masing dan tinggal berjauhan, kitorang masih bersahabat. Insyaallah..
” Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” ( Hadis Riwayat Al-Hakim)

Hubungan persahabatan adalah suatu yang sangat mulia. Kawan, sahabat, teman atau rakan berperanan besar dalam membentuk personaliti individu. Sahabat yang baik adalah mereka yang sanggup berkongsi kesusahan dan kedukaan bersama kita, tidak kurang juga sahabat yang hanya bersama kita untuk berkongsi kegembiraan semata-mata.

Pernahkah aku bertanya kepada diri sendiri, layakkah aku menjadi sahabat dan ada sahabat? Tidakkah aku terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan perasaan sahabat aku ? Mungkin kita merasakan bahawa sahabat meminggirkan kita dan tidak menghargai kewujudan kita . Padahal kita yang tidak boleh menerima teguran atau terlalu sensetif tentang apa yang berlaku disekeliling kita . Walhal mereka tidak bermaksud untuk mengguris perasaan sesiapa pun.

Untuk menjalani persahabatan, kadangkala kita perlu beralah dan tidak mengikut ego kita semata. Kita mahu orang lain menghormati dan menjaga perasaan kita sedangkan pada masa yang sama kita tidak berusaha menghormati dan menjaga perasaan orang lain. Jangan terlalu membawa masalah peribadi kita ke dalam pergaulan seharian sehinggakan kita menjadikan orang lain mangsa masalah itu. Harus bagaimanakah sahabat kita sekiranya setiap kata dan pergaulan mereka tidak berkenan di mata kita? Seolah-olah kita terlalu sempurna untuk mendapat layanan yang tidak ada cacat celanya dari mereka

Ciri-ciri sahabat yang baik

Berpesan seorang bijak pandai kepada anaknya : “wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
* Ya Allah! Lindungilah orang-orang yang aku kasihi dan mereka yang mengasihiku…Amin..

No comments: