Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

ROAD TO AGM

Assalamualaikum..

pejam celik, pejam celik, diploma dah habis..
means memegang pimpinan RPI juga bakal habis....
Allah...
berbaki hanya sebulan sebelum pembubaran SAF PIMPINAN 2013/14
Tipulah kalau cakap tak sedih...
selama 2 tahun macam-macam rasa dan lalui 

Kenangan dalam RPI.

Baik pahit atau manis,itu yang menjadikan siapa kita sekarang. Kalau bukan kerana luka semalam,tak mungkin kita boleh jadi sebegini kuat sekarang. Kalau bukan kerana keindahan cerita semalam,mana mungkin kita boleh tahu apa itu kebahagiaan. Rencana Tuhan itu indah...Segalanya punya hikmah...
Jangan kita saling membenci. Jadilah kita saling mencintai. Jadilah kita manusia yang selalu memikirkan kesalahan sendiri. Jangan membongkar kesalahan orang lain seandainya ada yang salah di antara kita. Ajaklah mereka ke jalan yang baik dengan cara yang baik.
Jangan mendabik dada mengatakan ‘aku kuat untuk hadapi semua ujian ni’ 
Bukan. 
Yang kuat itu bukan kita tapi Allah yang menguji kita sesuai dengan kemampuan kita.
La yukallifullahu nafsan ila wus ‘aha. 
Itu yang Allah janji.
Percayalah, 
Seberat mana pun ujian tu kita rasa, tapi bila Allah mengetahui bahawa kita memang mampu menghadapinya, maka Dia uji kita.
Masa itu hampir tiba, 
di tempat tarbiyah yg sama,
Dalam persatuan yang sama,
Cuma orangnya bakal berbeza,
Mungkin akan ada yang kekal,
Mungkin akan ada yang bakal berjuang di tempat lain,
Tapi Percayalah Allah sentiasa mengikat hati-hati kita dalam memperjuangkan satu matlamat yang sama. InsyaAllah...



Nabilah, Faizah, Atiah, Ain, Rahmawati, Fahimah, Fatin, Syera Ramli, Aishah, Atiqah halim
Fikri, Syah, Muslim, Nursyahmi, Buqari, Amir, Syahmi, Zaid, Naqiu, Faris, Zharfan



kepada BAKAL2 PELAPIS KAMI: jaga RPI elok2 naa.... hampa kna jaga ukhwah hampa, susah senang kena sama2 naa... kurangkan gelak dalam meeting, serius sikit buat keja, jgn buat keja last minit naa..






i'm back

Assalamualaikum..

masyaAllah ternyata terlalu lama menyepi dari dunia blog.
ada beberapa sahabat yang bertanyakan "lama x update blog?", "jgn tinggal post lama sgt ye"
asif ala kullihal..
*ok. proceed naa

Alhamdulillah... akhirnya perjuangan di zaman diploma dalam course KEJURUTERAAN AWAM selama 3 tahun berakhir. 
perjuangan di bumi UiTMPP 
penuh kenangan manis, pahit.
mengajarkan ana untuk lebih menegetahui tentang kehidupan dan hakikat sebenar sebagai seorang hamba.
asas utama yang perlu disertai adalah.. Doa dan Kesabaran..
insyaAllah.... 

Syukran kepada semua dari keluarga, sahabat2, akak2, abg2 dan adik2...
insyaAllah cukup dulu setakat itu ye..nnti kan pos yang akn dtg ye

p/s : konvo bulan 11 insyaAllah, Doakan ana dapat sambung belajaq lagi naa


Upgrade VS Update

Assalamualaikum...

Allah...Allah... khaifa haluka?
 setelah sekian lama menyepi dari dunia blog sekarang tiba-tiba muncul kembali, pernah juga terfikir untuk menghilangkan diri selama2nya, nak retired dari dunia blog nih. Tapi bila difikirkan balik, banyak benda yang ana pelajari dan rugilah pada diri ana sekiranya tak dikongsikan bersama ye dak? ini pun salah satu medium dakwah jugak. malah sahabat ana pun ada tegur "lama syira x update blog?"  Allah. InsyaAllah untuk entri kali ni seperti tajuk ana Upgrade VS Update. Sebenarnya tak perlu nak versus sangat pun.. dua perkataan ni perlu bersama2

Upgrade yang dimaksudkan ana ialah amalan dan tarbiyah, sekarang dalam musim cuti, amalan kena sangat2 jaga, mungkin masa dekat kampus, banyak prog2 tarbiyah yang boleh kita join, follow up, ada kuliah magrib, kelas bahasa arab dan sebagainya lah, byk kn? dan yang selebihnya terpulang pada diri kita nak MEMAKSA diri pergi atau tak. Jadi bila dah cuti nih, nak rehat? yes boleh kalau nak rehat. Tafadhal.. tapi amalan dan tarbiyah tak pernah cuti taw. dekat mana prog2 tarbiyah yang boleh kita dapat time cuti nih? jadi, kena usaha dan cari, kena jugak paksa diri. Antaranya buat checklist amalan (mutbaah amal), pergi masjid dengar kuliah (mesti ada kan), kalau tak der sangat pun, youtube berlambak dah sekarang tunjuk kuliah. insyaAllah, bila ada keinginan nak menuntut ilmu Allah, pasti Allah permudahkan..
 Upgrade dan terus Upgrade. kalau tak upgrade, nanti amalan kita dok takat tu ja. tak naik-naik. Tak best la kan.. Orang lain dah melimpah2 amalan, tapi kita?... huhu.. muhasabah diri


Update: insyaAllah update tentang diri ana, baru habis final for the first sem in the last year, Pray For me please, sekarang tengah cuti semester, Alhamdulillah, cuti ni banyak dapat tawaran buat design anything lah, button, poster, and logo. Sedang mengusun gerak kerja untuk semestar hadapan. Nantikan prog2 yg mantop dari RAKAN PUSAT ISLAM UiTMPP...

InsyaAllah takat ini dulu untuk entri yg pertama setelah lama menghilangkan diri...

"kun fayakun"

Assalamualaikum.
dah selawat hari ini?
jom selawat ke atas Rasul dulu ye.


alhamdulillah...  tahu tak apa kelebihan berselawat?

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa

 Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka

 Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan

sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh

 darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297,

 Ahmad, sahih.]


besarkan kelebihannya? apa kata lepas nih, kita semua sama-sama berselawat ke atas Rasul tak kira bila-bila masa dan dimana. okeh. InsyaAllah.

berbalik kepada tajuk ana,
seorang junior ana bertanya pada ana

soalannya berbunyi lebih kurang macam ni la
"Assalamualaikum kak syira, ape makna kun fayakun nieh? bole x akak tolong jelaskan dengan
detail . tq."


jadi ana pun rasa terpanggil untuk explain pada sahabat-sahabat juga tentang erti "kun fayakun" ini tapi tak secara detil la ye.

kun = jadilah, fayakun = maka jadilah 

maksudnya, bila Allah nak something tu terjadi, tak ada apa pun yang boleh halang benda tu untuk terjadi.
 cuma terpulang pada kita, nak terus percaya dengan kuasa Dia ataupun nak putus asa ;)
kun fayakun;

mengajar kita supaya terus berharap pada Dia;

 untuk terus yakin dengan Dia;

 untuk tetap setia dengan Dia walau seberapa banyak pun ujian yang Dia bagi.

 have faith on Him.
so bila rasa down *atau seumpama dengannya*, ingat ayat tu. kalau Allah dah tetapkan something tu untuk

terjadi, kudrat manusia takkan mampu untuk menghalang :)

maaf, ana tak boleh nak explain dengan terperinci sebab ana cuma tahu maksud ayat tu, tapi bukan tafsirnya.

 cubalah rujuk kitab-kitab tafsir kalau nak lebih jelas atau boleh tanya ustaz/ustazah yang lebih arif...
barakallahu fik, ^^