Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

BERHENTI MENGHARAP.........

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

mengharap??? dulu aku suka mengharap, mengharap dan terus mengharap akan sesuatu yang mustahil untuk aku kecapi....dan... alhamdulillah....ada setengah perkara yang aku berharap telah berjaya aku genggam dengan tangan ku sendiri.... tanpa pertolongan orang lain....

sehingga harapan yang aku genggam itu, terlepas dari tangan aku dan membuatkan hatiku berasa sungguh sedih..kecewa...remuk.... tetapi semua itu tidak pernah membuatkan aku untuk berhenti mengharap....kerana suatu penantian itu akan ada buah hasilnya....cuma belum tiba masanya lagi......

dan yang paling penting..... jangan sesekali berhenti mengharap kepada pencipta kita ALLAH S.W.T... kerana Dia adalah segala-galanya....Dia sentiasa bersama-sama dengan kita..Hidup di dunia ini akan berdepan dengan kesukaran yang menggila. Ada saat-saatnya aku berasa seolah-olah aku telah ditakdirkan untuk kalah, dan semua yang telah aku lakukan semuanya serba tak kena. Manusia yang terlihat hanyut ,ada masanya tidak memilih untuk terus menjadi hanyut... Namun, ada masanya mereka tertewas,dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.

Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah mereka terlalu banyak atau terlalu membebankan. Andailah kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seolah-olah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan renyuk tanpa mampu berfikir dengan sebaik-baiknya.

Percayalah, di mana ada masalah,di situ jua ada ALLAH S.W.T. Masalah itu diciptakan supaya aku sedar bahawa aku hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangku kerana sujud yang begitu asyik.

Percayalah,setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kita mempunyai kesabaran.

Setiap kali datangnya saat-saat yang kita tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang mengujimu.

Ya Allah, rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan.

Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini , hiaskan wajah-wajah berdosa  ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu..

Wallahualam.

2 comments:

Zaid Huda said...

setiap penantian ada jawapan. cepat atau lambat sahaja persoalannya. kalau kita sabar, Insha'Allah penantian kita akan berbaloi.
:)

mazmiesya (-_-) said...

ZAID HUDA: betul tu