Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Upgrade VS Update

Assalamualaikum...

Allah...Allah... khaifa haluka?
 setelah sekian lama menyepi dari dunia blog sekarang tiba-tiba muncul kembali, pernah juga terfikir untuk menghilangkan diri selama2nya, nak retired dari dunia blog nih. Tapi bila difikirkan balik, banyak benda yang ana pelajari dan rugilah pada diri ana sekiranya tak dikongsikan bersama ye dak? ini pun salah satu medium dakwah jugak. malah sahabat ana pun ada tegur "lama syira x update blog?"  Allah. InsyaAllah untuk entri kali ni seperti tajuk ana Upgrade VS Update. Sebenarnya tak perlu nak versus sangat pun.. dua perkataan ni perlu bersama2

Upgrade yang dimaksudkan ana ialah amalan dan tarbiyah, sekarang dalam musim cuti, amalan kena sangat2 jaga, mungkin masa dekat kampus, banyak prog2 tarbiyah yang boleh kita join, follow up, ada kuliah magrib, kelas bahasa arab dan sebagainya lah, byk kn? dan yang selebihnya terpulang pada diri kita nak MEMAKSA diri pergi atau tak. Jadi bila dah cuti nih, nak rehat? yes boleh kalau nak rehat. Tafadhal.. tapi amalan dan tarbiyah tak pernah cuti taw. dekat mana prog2 tarbiyah yang boleh kita dapat time cuti nih? jadi, kena usaha dan cari, kena jugak paksa diri. Antaranya buat checklist amalan (mutbaah amal), pergi masjid dengar kuliah (mesti ada kan), kalau tak der sangat pun, youtube berlambak dah sekarang tunjuk kuliah. insyaAllah, bila ada keinginan nak menuntut ilmu Allah, pasti Allah permudahkan..
 Upgrade dan terus Upgrade. kalau tak upgrade, nanti amalan kita dok takat tu ja. tak naik-naik. Tak best la kan.. Orang lain dah melimpah2 amalan, tapi kita?... huhu.. muhasabah diri


Update: insyaAllah update tentang diri ana, baru habis final for the first sem in the last year, Pray For me please, sekarang tengah cuti semester, Alhamdulillah, cuti ni banyak dapat tawaran buat design anything lah, button, poster, and logo. Sedang mengusun gerak kerja untuk semestar hadapan. Nantikan prog2 yg mantop dari RAKAN PUSAT ISLAM UiTMPP...

InsyaAllah takat ini dulu untuk entri yg pertama setelah lama menghilangkan diri...