Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Hidup Ini Tiada Yang Sempurna

Assalamualaikum....
apa khabar iman sahabat2? insyaAllah dalam keadaan yang baik sentiasa ye...
alhamdulillah masih diberi nikmat iman, nikmat islam, nikmat akal dan nikmat2 lain yang tak terhitung dariNya..
alhamdulillah...
cuti sem melanda sekarang.. result pun dah keluar..
alhamdulillah... syukur sangat...
cuti selama 2 bulan... lama kan?
tapi tak buat apa pun.... duduk dekat rumah je.... belajar untuk menjadi bakal surirumah berjaya... hihi..
disamping tu cuba untuk menghabiskan buku2 motivasi yang telah dibeli dengan baucer buku... hewhew...

so.. masa tengah belek2 buku FANZURU- MAKA LIHATLAH by HILAL ASYRAF...
ada tajuk yang betul2 membuat saya benar2 teruja untuk bacanya
tajuknya - Hidup Ini Tiada Yang Sempurna
siapa percaya hidup ini tiada yg sempurna?? 
saya!! hihi...

ok.. saya kongsikan sedikit apa yang dia tulis eh..saya skip2 dan olah guna ayat sendiri.. just nak tunjuk main point je..

-apabila namanya manusia, tentunya sifatnya tidak sempurna, melainkan Allah. Namun manusia ditegaskan untuk berusaha mencapai yg terbaik.. terdapat satu kisah yang didengari oleh Hilal Asyraf yang telah di beri oleh Dr 'Ala Hilat. 

"Dr 'Ala Hilat dan hamba Allah ini iaitu sahabat karibnya sama2 belajar di Universiti Muhammad Al-Khamis, di Ribat, Magribi. Dr 'Ala berkata mereka amat rapat. Dr 'Ala menyatakan hamba Allah ini amat baik, senang didekati, merendah diri, seorang yang kaya, berwajah kacak, berasal daripada keluarga berada dan sangat disenangi semua, hamba Allah ini jugak sangat genius, pakar dalam bidang sains, komputer dan agama.. Dia jugak telah melepasi ujian komputer yang dilakukan pihak tentera dengan mudah sekali, sekali gus dipilih menjadi salah seorang yang menguruskan hal-hal perkomputeran dalam tentera tetapi dia telah menolaknya dan memilih untuk mendalami agama di magribi. 

Kemudian hamba Allah itu berkahwin, dia berkahwin dengan seorang wanita yg amat jelita dan menjadi rebutan ramai. Dr 'Ala berkata, sahabatnya itu mempunyai semua perkara yg diidamkan oleh semua lelaki di muka bumi ini. 'Namun, tiada yang sempurna melainkan Allah.' hamba Allah itu telah diuji.. dia mendapat 3 cahaya mata tetapi ketiga-tiganya mengalami penyakit otak lambat berkembang.. sampai umur 10 tahun pun anak2 yang masih belum mampu menghafal 1-10, A-Z dgn baik.. Apabila mencecah umur 20 tahun barulah anak2 yang mampu berfikir seperti umur 10tahun. 

Masyarakat mula mengata-ngata di belakangnya. Teman-teman seperjuangan hamba Allah ini amat bersimpati dengannya, termasuk Dr 'Ala. Pada suatu hari Dr 'Ala menyatakan betapa dia kasihan dengan hamba Allah itu "Wahai sahabatku, andai aku mampu ubah kehidupan engkau, maka aku akan ubah anak-anak engkau. Kalau aku mampu rawat penyakit anak-anak engkau, maka aku akan rawat. Kalau duit boleh menyembuhkan anak-anak engkau, maka aku akan beri." kata Dr 'Ala.
kemudian hamba Allah itu bertanya kepada Dr 'Ala "itu sebabnya engkau kasihankan aku?"
hamba Allah itu tersenyum dan berkata "Ala, apa yang berlaku pada aku bukan untuk disedihkan, malah untuk disyukuri" jawab hamba Allah itu..
hamba Allah itu berkata lagi "setiap pagi, aku akan bangun awal dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat, kemudiaan usai solat, aku akan berdoa kepada Allah, 'YA ALLAH, AKU BERSYUKUR ENGKAU MENGURNIAKAN ANAK YANG SEDEMIKIAN RUPA KEPADA AKU."

Hamba Allah itu berkata lagi "Ala, aku mempunyai segala sebab untuk takabur, angkuh dn membesarkn diri drpada Allah. Aku kaya, genius, digilai, pakar dalam segala bidang tetapi Allah telah mengurniakan aku anak yang sedemikian, membuatkan aku beringat betapa Allah itu lebih tinggi dan lebih berkuasa atas sesiapa sahaja. Setiap kali aku melihat anak-anak aku, aku menyedari betapa aku hanya manusia biasa, hamba kepada Allah Yang Maha Perkasa. Anak-anak aku adalah peringatan kasih sayang Allah kepada aku, untuk menyelamatkan aku dari takabur dan memasukkan aku dalam syurga-Nya. Masakan aku tidak bersyukur?
"Andai kata anak-anak aku itu bukan daripada tulang sulbiku, maka aku akan katakan bahawa anak-anak itu adalah hadiah yg turun dari langit khas daripada Allah untuk aku. Menyelamatkan aku daripada menjauhi-Nya dan mendekatkan aku kepada-Nya"

jadi ap pandangan sahabat2 semua tentang kisah tersebut?
di sini kita boleh ambil iktibar dan pngajaran yg ditunjukkan oleh hamba Allah itu kepada kita. Bagai mana pulak kita memandang ujian yg Allah beri pada kita...
even kita pun tak hidup sesempurna macam hamba Allah itu, kaya, kacak, genius...dapat pulak anak-anak yang berpenyakit kemungkinan dia akan rasa malu tetapi sebaliknya dia mensyukuri apa yang Allah berikan kepadanya.. Subhanallah....

Di sini kita kembali muhasabah diri balik mengenanag semula kehidupan yang telah dan sedang kita lalui...

percubaan pertama XARA 3D

Assalamualaikum...

khaifa haluka ya akhi, ya ukhti?
Alhamdulillah bikhair...

seronok sbnarnya bila kita mempunyai satu ketertarikkan pada sesuatu dan kita sering mencubanya sehingga kita rasa puas hati... di sini kita boleh lihat... di mana bila kita ingin melakukan sesuatu perkara dengan penuh kesungguhan itu bererti kita tidak mudah untuk PUTUS ASA...

alhamdulillah dapat mengguna XARA 3D




why don’t you have a boyfriend ?!!

Assalamualaikum...
khaifa haluka akhi? ukhti?
lamanya tak terjah blog nih... lama sungguh menyepi... maaf ye..
sibuk sikit...
 saya nak kongsi satu kata2 dari REAL MUSLIMAH...
take a look..


««««««««««««« why don’t you have a boyfriend ? »»»»»»»»»»»»»»»»

She asked her : why don’t you have a boyfriend ?!! 



She replied with confidence : you tell me : why would I have a bf ?!

I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours :

First, I am a believer, I can’t do what displease my Creator, HE ordered me not to to take a bf so I should obey HIM.
Allah says in Qur’an: “nor those who take [secret] lovers. “(surat Al-Nisa-25)

Second, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman, I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in shaa Allah, because I am preserving myself to him only
My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man she never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.
Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell no one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty…

Dear Muslimahs…Know your worth! and Be that One In Million who love to have the love of Their Lord than the love of a boyfriend!!!
(via ladyinblack)

1924

Assalamualaikum...
apa khabar sahabat2 semua? insyaAllah... dalam keadaan yg sentiasa dirahmati Allah.. InsyaAllah ye...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Lailahailallah... Muhammadurrasulullah...


Saat lidah tidak mampu lagi untuk meratip kesyukuran,biarlah airmata yang menjadi saksi betapa gembiranya rasa hati tatkala semangat jihad itu semakin membara...

1924 menjadi saksi runtuhnya sebuah daulah khilafah.Di situlah perjalanan tarbiyah mula di gerakkan kembali oleh golongan2 yang memiliki hati nurani berpaksikan iman dan taqwa..

Bumi dan seluruh isi langit menyaksikan jiwa-jiwa yang syahid kembali kepada Tuhannya..Subhanallah...Hidup mulia atau mati syahid!..
Berjuta jiwa telah rebah atas nama cinta kepada Sang Penguasa Alam.....

Terkadang hati kecil ini berbisik....janji Allah swt itu Maha benar....tapi bilakah agaknya?? daulah itu akan tertegak kembali dengan kelancangan dan kebiadaban manusia hari ini yang begitu sombong dan angkuh pada Tuhannya?? Bagaimana agaknya hendak membebaskan manusia daripada cengkaman musuh yang nyata andai nafsu di dalam diri sahaja tidak mampu untuk di tewaskan?? Berapa ramai manusia yang benar-benar mengabdikan diri pada Tuhannya??

sahabat.....

Dalam langkahan yang rapuh ini...mata terus harus sentiasa memerhati dan memerhati.. SubhanAllah,anak bangsaku semakin berkembang....Allahuakbar! Benar,mukmin itu saling menguatkan sesama sendiri ibarat binaan bangunan yang saling menampung satu dengan yang lainnya....Aku mula melihat cahaya yang semakin berkilau di sebalik tempat belajarku... Apakah yang lebih indah bila hati tertaut atas nama aqidah yang satu?

'Dialah yang memberi engkau kekuatan dengan pertolongan-Nya dan dengan sokongan orang-orang yang beriman...'(Al-Anfal :62)

Penghargaanku kepada semua mujahid dan mujahidah yang telah kembali ke hadrat ilahi..
Maafkan kami pewaris generasimu yang terlalu lemah untuk mempertahankan Islam seperti yang telah kalian ukirkan..
Tapi kami berbai'ah,kami akan berusaha untuk meletakkan islam kembali ke TAKHTA nya....
Allahuakbar!

SAAT ITU TIBA...

Assalamualaikum....

apa khabar hati sahabat2 semua?
insyaAllah... sentiasa dalam lindungan Allah ye...

saat itu tiba.... apa yang tiba?
ajal....
cuba kita perhatikan betul2..ingat betul2
fahami betul2..
INI ADALAH TEMPAT DAN KEDUDUKAN KITA SEKARANG
BUKAN UNTUK SUATU HARI NANTI..TAPI BOLEH JADI
SETAHUN LAGI..
SEBULAN LAGI..
2 MINGGU LAGI?...
ATAU LUSA?...
ATAU ESOK?...
ATAU 5JAM LAGI?...
ATAU 5 MINIT LAGI?...
ATAU....
BELUM SEMPAT ANDA HABIS MEMBACA.........
AJAL SUDAH DATANG MENJEMPUT.........
ALLAHUAKBAR....
TAKUTNYA YA ALLAH.....
DISINILAH SELAMANYA JASADKU BERSEMADI.....
_____________________________________________

Tak kira siapa korang,
semua akan laluinya,
moga kita beringat,
tempat tinggal terakhir di dunia,
yang jarang kita fikir untuk menghadapinya...
Selamat berfikir...
____________________________________________

"Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratil-maut...
Wan-najati minannar...
Wal-afwa 'indal-hisab..."

"Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut,
Selamatkan kami dari api neraka,
Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan.


Realiti hidup : Renungan Buat Pasangan

Assalamualaikum...

apa khabar iman kalian? insyaAllah ye sentiasa di bawah rahmat Allah ye...
semasa sedang blogwalking di setiap blog...
saya terjumpa satu kisah yang benar2 membuat saya rasa indahnya hidup itu sebenarnya...
ayuh kita hayati kisah ini bersama2 ye...

Kisah yang akan diceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri. Moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

    Saya bertolak ke tempat kerja di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN) sekitar jam 7.15 pagi. Dalam perjalanan, saya ternampak satu pasangan ini, menaiki basikal, kadangkala bertembung di Kubang Gajah, atau Jejawi. Kali pertama bertembung ok lagi,kali ke-2 dan seterusnya saya tertanya-tanya, dari mana datangnya pasangan tersebut dan nak ke mana? hampir setiap hari. Si suami mengayuh, Si isteri di belakang.

    Ditakdirkan saya bertembung lagi dengan pasangan tersebut, dalam perjalanan ke arau, 11 April 2012, sekitar jam 8 malam,  Si suami sedang menuntun basikalnya menaiki jambatan kereta api di Batas Liku, dengan Si isteri masih duduk dibelakang. Terdetik dihati untuk follow pasangan nie. Saya terus ikut mereka dari belakang.

   Mereka berhenti di sebuah gerai makan. Saya turut singgah, dan order makan walaupun perut tak lapar,sambil perhati pasangan ini, tak jauh dari meja mereka. Pasangan ini memesan air sejuk kosong dan air milo. Bila tauke kedai tanya 'nak makan apa?' , mereka nampak seperti berfikir, dan hanya memesan minuman sahaja.

   Pesanan makanan saya sampai,melalui meja pasangan tersebut. kata si suami, '' Abg teringin nak makan kuew teaw''.

   Selesai makan, saya bergerak ke meja pasangan tersebut,dan minta izin untuk duduk disitu. Berlaku perbualan antara kami.

   Si suami kerja di syarikat Idaman, yang setiap hari kerjanya mengutip sampah. Isterinya kerja jaga parking di kangar. Sewa rumah Rm150 sebulan. Mereka telah berkahwin setahun yang lalu, masih tak mempunyai anak. Upah si isteri pada hari itu hanyalah Rm51, upah tak menentu, bergantung pada jumlah motor yang parking.

   Yang menariknya, si suami memanggil isterinya 'Sayang' :) . Si suami berkata, mungkin x ada yang sanggup naik basikal berdua dari Arau ke Kangar sejauh 9 KM setiap hari, redah hujan panas.

Saya panggil tauke gerai makan untuk ambil order makanan pasangan tersebut. Nampak si isteri terkejut. Bila saya kata nak belanja,nampak mereka malu-malu, dan fikir panjang... dan order jugak :) Saya tinggalkan mereka sambil mereka nikmati makan malam.

pemilik asal kisah ini = Mutarabbi Terus Menyinar

gambar hiasan


jadikan kisah ini sebagai satu iktibar di mana pengorbanan diantara suami isteri itu perlu ada untuk mengukuhkan lagi masjid yang dibina kerana Allah itu insyaAllah....


Ar-Rijal

Assalamualaikum...

Lelaki..
Jika kau tidak bermaksud menjadikan kami ketua bidadarimu
Jangan
Janganlah kau memberi kami seribu pengharapan

Bismillahirramanirrahim, Surat ini kutujukan buat seorang yang bergelar ar-rijal
Ar-Rijal..
Hadirmu pelindung kami...
Jangan pula kau mempergunakan kami...
Kami juga punya hati...
Hati yang selalu kau kejari...
Hati yang selalu kau kaburi...
Dengan janji manis yang tak pasti...
Kau menjual agamamu sebagai janji...
Agar mudah kami terbeli....
Dek kerana buta hati...
Kau kami percayai...
Takutlah kau pada Ilahi...
Jangan menabur janji dan terus melupai....
Sebaliknya bimbinglah kami...
Bawa kami ke Syurga Ilahi…….

ketahuilah.....

Assalamualaikum..

pernahkan sahabat2 semua mengenali seseorang yang berperwatakkan begini?
kalau pernah... ketahuilah disebaliknya.

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

nukilan dua hamba Tuhan :)



tamat sudah semester 2

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat2 semua...? insyaAllah dalam keadaan yang sihat2 saje ye...
alhamdulillah masih diberi nafas untuk menghayati keindahan penciptaan Creator kita..
alhamdulillah masih diberi kesihatan tubuh badan untuk sekali lagi dapat menaip entri untuk kali ini..

dah setahun berada di bumi UiTM.. macam tak percaya pulak... 
sem 2 berakhir dengan penuh tragis..ecece.. tak der tragis pun...gimik je lebih... ha begitu lah kira2nya... hihihi.
sekarang tengah cuti sem lah.. 2bulan pulak tu.... tak tahu nak buat apa.... tak pernh terfikir nak buat list pun untuk cuti yg sgt2 lama sy rasa.. hihi.. jadi... buat je apa yg diperlukan untuk buat... bidan terjun la senang kan...

perjalanan sepanjang sem 2....
saya ringkaskan lagi ye...
tengok gambar di bawah ye..

jam tangan saya yang paling saya sayang rosak pecah

nombor giliran.. time nih nak g pos barang dengan kak teng dekat pejabat pos...
first time kami berdua pergi pejabat pos... mana lah pernah pos barang...
selalunya mintak abah ja yg tolong pos kan...
tengok semua orang ambik nombor...kitorg pun pergi lah ambik.. nombor yg kitorg pegang tu tiba2 hilang..terjatuh mungkin... cari punya cari.. tak jumpa jugak...tak per lah.. tapi kitorg ingat la nombor tu... sampai je nombor kitorg dipanggil... tetibe meluru je sorang mak cik ni pergi dekat kaunter yang kitorg sepatutnya pergi.... saya tgk kak teng... kak teng tgk saya...tak nak lah tuduh mak cik tu ambik no kitorg... tak baik... so... kitorg buat derk je la... lepas tu kitorg pergi dekat kaunter sebelah nk tnya mcm mna nk post barang apa semua... so.. dia bagi kertas pos tu suruh isi...aduhh... kan bagus kalau g tnya awal2... huhu..
bila dah settle isi semua nk bg dekat orang dekat kaunter tu la.... orang tu cakap... 'adik pergi ambik no eh' haaa?? kitorg dgn muka tak larat... penat menunggu.... pergilah ambik nombor baru...'1380' lama jugak lah tunggu. dtg la seorang hamba Allah nie bagi no dia dekat kitorg.... '1362'... ALHAMDULILLAH.... terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami....
no yang kitorang dapat..huhu

no yg hamba Allah bagi...

perjumpaan kali kedua usrah dengan kak sapinah..
kak sapinah ajak buat penanda ini...
saya buat yang kaler oren tu... tapi saya dapat yang kaler purple...
adibah yang buat...

time final exam.... katil jadi tempat nk study... alih2 tertidur... huhu
study CITU
bekerja keras menghafal

buat nota sendiri

study week... kira duit yg dikumpul...
alhamdulillah...

pemandangan waktu malam di kolej delima
subhanallah

suka baca blog dia dan buku dia

release tension.. ajak kak teng keluar.... exam dh habis

kak teng asyik menang je lawan dengan saya..

balik je rumah.. abah pasang tv dalam keta... terkejutt.. haha

peneman di kala bosan masa dekat kolej

istiqomah diri
 lukisan autocad yang paling mencabar untuk disiapkan.. huhu ...ujian demi ujian dalam masa beberapa bulan untuk menyiapkan project ECM106.... AutoCad...

tapi Alhamdulillah... berkat semangat dan ingatan terhadap Allah... saya kembali bangun untuk menruskan tugas yang diamanahkan.......
setelah print project tersebut pun, masih lagi terdapat beberapa kesalahan dalam project tu.... yang sangat2 jelas dan nyata... 
alhamdulillah.... Sekali lagi Allah permudahkansegala urusan... apabila ada classmate saya yang sanggup menolong ana untuk print project tu sekali lagi...
JAZAKALLLAH SAHABAT..... maaf kepada group member saya atas kecuaian saya... membuang wang antum semua dengan begitu sahaja... TERIMA KASIH JUGAK ATAS KEJERSAMA SAHABAT2 LAIN, LECTURER...... YANG PALING PENTING TERIMA KASIH KEPADA ALLAH... MEMBERI PELUANG UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI INI... syukur ALHAMDULILLAH...

JUMAAT 17/2/2012 : DENGAN RASMINYA PROJECT AUTOCAD TELAH SIAP DAN TELAH DIHANTAR 


menjadi pengajaran kepada kecuaian diri sendiri



muka depan 

board yang sentiasa ditampal dgn bahan2 berguna


dewan final exam!

dikala kebosanan... kembali muhasabah...

terkenang kisah2 lama...

YEP... ISLAM IS MY WAY

alhamdulillah... selesai sudah semester 2.... selamat datang semester 3....
nanti result pulak keluar..... tawakal insyaAllah...

Aku cemburu...

Assalamualaikum...

Aku cemburu
Tuhan,
Aku cemburu
Aku cemburu pada perasaanku sendiri
Aku cemburu pada perasaan mereka pada-Mu

Tuhan,
Aku cemburu
Aku cemburu pada mereka yang sebentar-sebentar teringat pada-Mu
Aku cemburu pada mereka yang sebentar-sebentar menyebut nama-Mu

Tuhan,
Aku cemburu
Aku cemburu pada mereka yang selalu mendekat kepada-Mu
Aku cemburu pada mereka yang selalu menjaga cinta kepada-Mu

Tuhan,
Aku cemburu
Aku cemburu pada mereka yang santun bicaranya
Aku cemburu pada mereka yang lembut tingkah lakunya
Aku cemburu pada mereka yang diam-diam mendoakan saudaranya
Aku cemburu saat mereka bilang semua itu karena-Mu

Tuhan,
Aku cemburu
Aku cemburu karena aku mencintai-Mu

don't do that...

Assalamualaikum....



Ewww, i will never.. 


Have you ever cried?

Assalamualaikum....

take a look of this picture
Have you ever cried out of the fear of Allah?
Have you ever cried because of Allah’s mercy?
Have you ever cried because you felt alone but knew only Allah could hear you?
Have you cried for the blessing that is Islam?
Be thankful and show gratitude to Allah by following the footsteps of our beloved prophet and repenting to HIM. No one knows when they will die.


Have you ever cried out of the fear of Allah?
Have you ever cried because of Allah’s mercy?
Have you ever cried because you felt alone but knew only Allah could hear you?
Have you cried for the blessing that is Islam?
Be thankful and show gratitude to Allah by following the footsteps of our beloved prophet and repenting to HIM. No one knows when they will die....


<3 <3

Be beautiful in Allah eyes

Assalamualaikum....

Sometimes we always focus on what people will think
and forget what Allah will see.. Astagfirullah.. 

"Sometimes we always focus on what people will thinkand forget what Allah will see.. Astagfirullah.. "

do you see it?

Assalamualaikum..

"If you saw yourself, would you see someone you admire?"

Cinta itu Indah....

Assalamualaikum.....
bismilliahirrahmanirrahim....

Telah ditentukan fitrah insani Ingin bercinta dan dicintai Cinta pada Tuhan Cinta pada insan 
Demi kebahagiaan kesejahteraan 
Namun cinta penuh kembara 
Mudah menyimpang bahagia dicita 
Tapi sengsara 
Cinta yang di mata nafsu melulu 
Bahagianya sementara 
Manis bahasa kosong dan palsu Oh...
 kembalilah Pada cinta hakiki Cinta pada Illahi 
Cinta fitrah lagi murni Itulah cinta yang abadi


Thank you, Allah

Assalamualaikum...

Thank you, Allah.
Even though I clutch my blanket and growl when the alarm rings, Thank you, Allah that I can hear. There are many who are deaf.

 Even though I keep my eyes closed against the morning light as long as possible, Thank you, Allah that I can see. Many are blind.

Even though I huddle in my bed and put off rising, Thank you Allah, that I have the strength to rise. There are many who are bedridden.

Even though the first hour of my day is hectic, when socks are lost, toast is burned and tempers are short, Thank you Allah, for my family. There are many who are lonely.

Even though our breakfast table never looks like the pictures in magazines and the menu is at times unbalanced, Thank you Allah for the food we have. There are many who are hungry.

Even though the routine of my job is often monotonous, Thank you Allah, for the opportunity to work. There are many who have no job.

Even though I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest, Thank you Allah, for life.

Ya Allah... forgive me because always forgot YOU and give YOU nothing T_T...


As a women

Assalamualaikum....

apa khabar qolbi sahabat2? insyaAllah sentiasa dalam perlindungan dari rahmatNya ye..

bismillahirrahmanirrahim....

pengongsian dari saya untuk sahabat2 semua...


semoga semua ini menjadi pengajaran bagi wanita2 di luar sana..
tutuplah aurat mu dengan sempurna...
supaya tidak dapat dilihat oleh mana2 lelaki ajnabi...
kerana kita membawa suruhan dari Allah...
ISLAM is beautiful...