Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Srinkadi Terpilih..

Assalamualaikum...

alhamdulillah... terpanggil lagi untuk menaip entri yang kali ini berkisahkan tentang seorang Srikandi Pilihan Allah yang terpilih untuk berjuang di bumi jihad UiTM..
sama juga dengan saya. cuma kali ini saya hendak menceritakan tentang seorang srinkandi yang mana sahabat terdekat saya di UiTM 

biodata ringkas tentang dirinya
insan tersebut diberi nama ADIBAH NABILAH BT YASAK 
atau lebih dikenali.. adib, dibah atau nabil..
saya suka panggil dia adib
asal dari SELANGOR..
umur insyaAllah sama dengan saya.
status: sudah dimiliki iaitu ALLAH...
insyaAllah itu saja..
nak tahu lebih lanjut tentang dirinya..
boleh terjah ke sini -- > ANY

alhamdulillah Allah telah menemukan kami dalam satu persatuan fasilitator semasa semester 1.
tapi tak serapat sekarang.
kami cuma kenal macam tu je.
bertegur sapa pun tak pernah..
apatah lagi melemparkan senyuman
tapi yang bestnya.. dia tak perasaan akan kewujudan saya.. 
lawakkan pertemuan tu..? hehe
bila berakhirnya persatuan tu... maka
tertamatlah perjumpaan saya dengan dia yang sepatutnya menjadi kerap..hurmm..
sehinggalah tamat semester 1 dah jarang jumpa dia... hurm..

semester 2
Allah tu Maha Kuasa.. Dia telah menemukan kan saya dan adib dalam majlis ilmu iaitu usrah..
kami satu usrah..
indahkan pertemuan yang Allah telah aturkan itu...
sejak dari situ kami sudah mula menerima ukhwah yang Allah beri ini untuk disemadikan dalam hati buat selama-lamanya.. subhanallah..

hari-hari demi hari sehinggalah semester 3..
ukhwah kami masih lagi bersemadi dalam hati...
bertambah kuat lagi..
bekerja dalam satu exco..
even dia ketua. saya anak buahnya..
dia tetap layan saya sebagai seorang sahabat... baguskan dia..
tetapi saya tetap respect dia sebagai seorang ketua dan pemimpin dalam exco tersebut.
setiap perkara yang saya buat.. saya akan rujuk kepada dia
dan bincang bersama dengan dia..
datang pusat islam sama-sama
selalu suruh saya study.. hee
kejut saya subuh..
buli?
selalu dia je buli saya.. uhh
tapi tak kisah.. sebab semua tu gurauan je.
secara tak langsung ukhwah kami bertambah erat..
dia pun dah anggap saya macam adik beradik...
ye lah kak adib! hee
dia serius tau...
garang juga kadang-kadang. hee
kadang-kadang takut juga dengan dia.. hee

baru-baru ini semua kecoh dengan pilihan raya kampus kan....
adib pun salah satu calonnya.. hurm... mula-mula macam tak sanggup untuk menerima semua ini. adib ketua exco saya, without dia dalam exco tu susah kerja nak berjalan (nampak sgt sentiasa harap dia..uhh), dalam fikiran terfikir macam-macam, kalau adib wakil pelajar mesti dia sibuk, mungkin secara tak langsung dia kena lepaskan jawatan dalam exco tu. sedihnya T_T
serius dalam hati saya nih tak nak lepas dia langsung..
tiba-tiba terpanggil pula untuk menolong calon wakil pelajar ni
antaranya adalah adib lah.
cuba bayangkan perasaan saya time tu
"aku dah tak sanggup nak lepaskan adib, alih-alih aku kena naikkan adib jadi wakil pelajar"
nak pulak saya wakil calon kepada adib..
saya bukannya menolak takdir, cuma saya memerlukan masa untuk menerima semua tu..
orang lain dah beri pengharapan dan kepercayaan kepada saya..
nak tak nak.. saya kena lakukan..
saya sayang sangat dekat adib..
dekat situ saya dah mula ikhlaskan diri..
saya cuma mohon satu je....
"BERIKANLAH YANG TERBAIK KEPADA ADIBAH NABILAH BT YASAK,
PERANCANGAN MU ADALAH YANG TERBAIK!"
saya buat yang saya mampu untuk adib...everything i will do for her..
sampai masa pengumuman... saya di sebelah dia pula yang rasa gementar habis.
muka dia tenang je.
mungkin bukan rezeki dia di situ... selesai semua.
saya pula yang terover menangis... dia dah henti nangis mula-mula tu..
nampak saya nangis... dia pun turut serta nangis...T_T
saya dapat rasakan apa yang dia rasa time tu..
orang lain dah mengharap pada dia tapi dia tak mampu memberi apa yang orang harap..
sepanjang kami berukhwah, pada hari tu saya dapat pegang tangan dia lama sangat...
rasa macam kekuatan ukhwah tu.... SUBHANALLAH.. menakjubkan..
rasa macam tak nak je lepas tangan tu... hurm..
dah bergenang air mata.. huhh...

kepada adib: teruskan istiqamah dalam dunia ini, maafkan syira sepanjang kita berukhwah ini sekiranya syira sering melukakan hati adib secara tersembunyi atau terang-terangan. apa-apa je masalah boleh cerita dekat syira.. mungkin sedikit sebanyak boleh bantu..
apa-apa pun berlaku lepas ni... syira akan sentiasa berdiri sisi adib..pimpin adib..
andai kita berpisah dekat dunia ini... biarlah ianya menjadi.. kerana perpisahan itu hanya lah sementara...
kita bertemu di akhirat kelak..insyaAllah..
sayang adib. <3



curi satu gamba adib.. hee
inilah adib saya..




UJIAN TIDAK SELALUNYA MUSIBAH

Assalamualaikum...

sahabat-sahabat semua sihat? insyaAllah.. 
masyaAllah... apa sudah jadi dengan blog saya ini..?
sudah lama tak menjenyah.
berkepuk-kepuk dah debu...
fuhhhh ,'hembusan kasturi'.. hehee

alhamdulillah dah nak masuk bulan oktober kan..
hurm... study week..
ramai yang cakap study week minggu yg membosankan..
minggu kita hendak rehat...
minggu di mana KITA ENJOY! ?
hurmm...
sebenarnya untuk pengetahuan sahabat.. study week 
merupakan minggu yang betul-betul kita kena hargai dan 'pulun' sehabis-habisnya untuk study..
sebab?
lepas "study week" final will come around.
do you understand?
for sure mestilah faham kan...
entri kali ini bukan nak bagi tips ke apa ke...

tapi sedikit peringatan untuk diri saya dan pembaca-pembaca semua.

sepetang bersama sahabat 
berborak mengenai masalah yang dalam proses untuk mencari solusinya..
terdapat sedikit pengajaran..

"kenapa dalam banyak-banyak org. mesti nama aku yg kena?"
"kenapa aku je yang asyik kena marah. bukan dia?"

tak adil kah namanya itu??
persoalan-persoalan yang tidak akan berpenghujung dari insan-insan disekeliling kita...
 atau mungkin dari diri kita sendiri....
 persoalan-persoalan yang berkisar tentang kehidupan seharian kita... 
kenapa, mengapa, bagaiamana, apakah??
berulang-ulang bermain di dalam minda kita an... 
then, kita selalu mempersoalkan tentang perkara-perkara yang berlaku...
 kekadang marah, hilang rasional untuk berfikir...
bila dah marah, semua benda tak kena je di pandangan kita...
 time itu kita telah ditunggangi oleh syaitan...
 melontarkan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan...

sebenarnya ujian yang Allah beri kepada kita tanda Allah sayang kepada kita..
kadang-kadang keistimewaan, kesenangan dan kenikmatan yang Allah beri pada kita juga merupakan satu ujian. 
Ujian untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri itu...
ingat... ujian itu tidak selalunya musibah...
terima lah ujian itu sebagai satu TEST kita dan AMALAN kita untuk kita bawa kepada PEMERIKSA kelak...

insyaAllah yang baik itu datang dari Allah... yg buruk dtg dari kelemahan diri saya sendiri. hakikatnya datang dari Allah....


#mood final exam