Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

KENANGAN SPM 2010

Assalamualaikum....

apa khabar hati??

orang cakap yang lepas biar lepas..... tapi kenangan SPM 2010 memang tak akan dilupakan....  batch aku la tue.... hihi... alang-alang SPM 2011 dah nak datang.... tu yg nak story sikit pasal SPM 2010.... 
bukanlah nak bangga atau takbur... cuma batch kitorang dah pecah rekod sekolah sebab batch kitorang ada seorang student dapat straight A... terbaik la...sebelum-sebelum ni mana ada..... benda ni memang dah dijangka oleh cikgu-cikgu.... sebab masa PMR dulu pun batch kitorang jugak yang gempak.... dah la kelas 5SN paling kecoh sekali dulu.... macam2 hal ada...... tapi semua tu pengalaman yang mematangkan kami semua...

gambar sekitar Majlis SPM 2010
credit: CIKGU MUHAMMAD NIZAM JATIN 

 * tunggu masa nak ambik result *

 * kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, tetapi dalam hati... masing2 berdebar*

 *hilangkan stress... ketawa sebentar..hihi*

* tudia.... keluaq dah result... *

 * cari nama lekaih *

* 5A dengan teacher HEZRIN *

*5B dengan Cikgu SABARIAH ganti Teacher SURAYYA tak dapat dtg*

 * 5C dengan CIKGU JURIAH *

* 5E dengan Cikgu SITI HAJAR*

*5F dengan Cikgu SITI AMRA *

* 5D dengan Cikgu RUSNI*

 * kesyukuran antara guru dan pelajar *

 * best student dengan guru kelas *

 * best student dengan pengetua (2 dari kanan) Cikgu Azlee guru penasihat PKBM (kanan) dan Cikgu Nizam  (paling kiri)

  *best student SPM 2010*

*5SN student..... ce cari gambar aku... hihi*



btw ,
sekalung ucapan TAHNIAH kpd anda semua !
tak kira straight ke bengkang-bengkok ke result kita , kita tetap pnyumbang kepada kecemerlangan SPM 2010 !
dan penghargaan tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang mncurahkan ilmu 
sayang cikgu. SHUKRAN!!
tak lupa kepada ibu bapa kita jugak..... huhu

perkembangan pelajar 5 SAINS 2010 SEKARANG!!

putera

AIZAT SHAZMAN - IPGKPT KL

ARIF FASHLEE - UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN

AZZARUDDIN - PRE-UNIVERSITY SMK SYED SIRAJUDDIN

BADRI - KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM

KOH FOO HAU - AIMST UNIVERSITY

SYAKIR - PRE-UNIVERSITY SMK DATO' SHEIKH AHMAD

ARIF SUKIMAN dan SHAFIQ tak dapat dikenal pasti... maaf

puteri

ANIS DIYANA - AUCMS PENANG

FATIN SUHIMI - UiTM PP

MARJIHAH - UiTM SHAH ALAM

SITI NUR AZLEEN- UNISEL SELANGOR

NUR ZAHIDAH- KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

MUSYANI ADILA- KOLEJ PROFESIONAL  MARA AYER MOLEK

NUR ZAKIYAH ZAHIRAH- POLITEKNIK PENANG

ZATIE- POLITEKNIK PERAK

NOOR SHAMIRA- POLITEKNIK JITRA
NUR ANAS AMALINA- IPG SULTAN ABDUL HALIM
AMALINA HAMIZAH - KPTM ALOR STAR
NURUL SYAHIRAH- UiTM PP
'biar kita berpisah kerana Allah ingin menambahkan kasih sayang sesama kita'

alhamdulillah.... inilah tempat belajar kami sekarang selepas SMK SYED SIRAJUDDIN...

untuk smua adk2 form 5 2011 SEMSIRA.
all the best in SPM.
wat yg terbaik habis-habisan
harumkan nama SMK SYEDSIRAJUDDIN k.
berdoalah byk2, solat hajat jgn lupa.
jangan lawan cakap cikgu dan parents...
pohon supaya dipermudahkan segala urusan peperiksaan.
klu result korang meningkat, tahun depan confirm ampa dpt keuntungannya... hehe.
semoga calon SPM tahun nih mndapat STRAIGHT A..amin..

DARI KAKAK SENIOR YANG TAK SEBERAPA INI....(^_^)

Kenapa ALLAH hilangkan lidah ikan?

Assalamualaikum...

apa khabar iman?

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata  iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

p/s:  Dalam kehidupan seharian, kita memang tidak dapat lari dari perkara tersebut, mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat… harap-harap selepas membaca artikel ini semoga kita lebih mendapat kesedaran menjauhi perkara-perkara  yg tidak baik. Jadi, marilah kita ‘jaga’ lidah kita supaya hanya berkata yang baik kerana kata-kata yang baik merupakan satu sedekah.

AKU TELALU LEKA DENGAN NAFSU DUNIA.....T_T

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

apa khabar qolbiku?

aku terlalu leka dengan nafsu dunia!........ aku dibuai mimpi dengan cinta manusia yang aku sendiri langsung tidak tahu di mana pengakhirannya! MASYAALLAH...... aku khilaf Ya Allah....! aku khilaf... aku hampir2 tidak mampu untuk mengawal nafsu aku..... nafsu terhadap CINTA MANUSIA...tetibe semua ini mengingatkan aku dengan karakter aku yang sebelum nie dan bukan yang macam sekarang... aku pun tak mengerti kenapa aku boleh terjebak dengan masalah sebegini..... sehingga aku berfikir..... kenapa aku boleh kenal dengan dia??????? 

memang dah setahun berlalu..... tapi qolbi ini masih berdarah... belum sembuh sepenuhnya.... mencari kekuatan dan keyakinan kembali terhadap Allah SWT...  pertama kali dalam hidup aku...... aku terjerat dengan cinta manusia.... dan di waktu tersebutlah.....aku telah dikecewa dengan cinta manusia....aku cuba untuk menjadikan percintaan yang aku bina berlandaskan islam.... tapi hakikat yang sebenar..... hanya hubungan selepas ikatan yang sah sahaja mendapat redho dari Allah...

mungkin kawan-kawan aku tak percaya dengan statement aku.... tapi itulah realitinya.... dulu aku bukanlah sebaik sekarang..... terutama sekali kawan-kawan aku yang baru mengenali diri aku sekarang... mulai sekarang percayalah...... itu kehidupan realiti aku sebelum ini...  aku begitu leka dengan cinta manusia!.....sungguh aku katakan tersangat lah pahit untuk aku hadapi semua ini setelah aku dikecewakan untuk pertama kalinya! dan aku berharap tidak akan berlaku untuk seterusnya.......-_-

sungguh aku terkilan dengan tindakkan aku masa dahulu.... jujur aku katakan... aku hanya lah insan yang lemah lagi hina.... terlalu mudah qolbi ku diruntuhkan walupun hanya sekecil masalah.... mudah goyah... inilah ujian Allah yang terbesar dalam hidup aku..... tetapi.... pertemuan, perpisahan, kekecewaan yang berlaku antara kami adalah satu titik permulaan dan penghijrahan aku terhadap CINTA ALLAH....semua ini telah membuka mata aku bahawa kejarlah CINTA ALLAH..... sebelum mengejar CINTA MANUSIA! 

kekesalan yang berlaku ini benar-benar ingin mebuatkan diri aku berubah..... segala kenangan yang dicipta bersama dengan dia akan aku hapuskan sehalus-halus pasir di pantai..... atau udara yang sikit pun tidak boleh dirasa atau digenggam... segala-gala2nya lah.... sungguh aku malu padaNya....penyesalan ini betul2 membuat aku lebih bersemangat untuk memulakan penghijrahan baru aku ini... 

benarlah ada kata2 

"kadang-kadang Allah menemukan kita orang yg salah supaya kita sedar dan belajar dari hal tersebut"


alhamdulillah...~TERIMA KASIH ALLAH~

HADIRKANLAH INSAN YG JUGA MENCINTAIMU YA ALLAH

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 


apa khabar qolbi??

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)


"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..


aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..


aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..



aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..


aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?

qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...

qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..


aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahualam...



"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..

PLEASE ALERT!!!---HINGGA ANAK CUCU

Assalamualaikum

apa khabar iman?

wah.... seharian tak update blog... hurm.... maaf lah... sibuk sikit... tadi bergegas ke PENANG... hantar kakak tercinta untuk memulakan pekerjaannya yang baru di sana... semoga anda bekerja dengan baik ye... tak nak curi2 tulang.... tak baik taw....

berbalik kepada tajuk.... HINGGA AKHIR HAYAT.....<---- pernah dengar ayat nie? mesti la pernah kan... tapi paling selalu di dengar bila ada berlangsungnya pernikahan or perkahwinan... kalau korang perasaan.... tetamu2 yang hadir mesti akan ada yang wish dekat pengantin tu macam nie "SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU".... what the fish?? tak kan nak bahagia sampai anak cucu je....? dah ada cucu.... pastu cerai berai la??? like that?...yang wish "SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT" oklah kan.... at least dia bahagia sampai akhir nyawa dia kan...

hal-hal macam nie kita kena alert tau... sebab setiap kata-kata yang diucap atau keluar dari mulut seseorang umpama DOA..... jadi tak mustahillah kalau doa tu termakbul.... Allah itu Maha berkuasa.... yang alert akan hal nie bagus lah... teruskan alert anda tu... tapi yang baru sedar tu.... cuba2 lah untuk tukarkan ucapan anda tue....

kalau habis sangat pun.... wish je TAHNIAH!! simple je kan...

so... renung2kan dan selamat beramal...

DELIMA, INTAN DAN BAIDURI

Assalamulaikum....

apa khabar iman?

jumaat... penghulu segala hari... hari yang dinanti2 oleh semua orang kerana keesokkannya cuti... hahaha...  aku memang dah sentiasa cuti dah nie..... berapa minggu lagi baru masuk kolej balik.... berbalik kepada tajuk... DELIMA, INTAN dan BAIDURI.... actually nie nama kolej puteri untuk sem depan.....
sebelum nie aku menetap di kolej KRISTAL.... tapi sem depan, KRISTAL dah jadi hak milik putera.... huhu... sedih... banyak kenangan giler dekat situ....

jadi puteri terpaksa la berpindah di antara DELIMA, INTAN n BAIDURI..... Kolej DELIMA baru je siap..... rasmi pun belum... tapi sem depan dah boleh duduk...hurm.... ntah ler.... aku punya  nasib kolej mana pun ntah ler.... siapa yang dapat DELIMA sem depan... untung ler...blok baru kan... ala-ala apartment plak tu....tapi yang tak bestnya... jauh dengan kelas-kelas plak tue... KRISTAL dulu pun macam apartment jugak...seronok duduk situ... haha...  aku dapat mana-mana pun tak kisah.... yang penting ada tempat nak duduk..... pastu sem depan jugak nak kena membiasakan diri dengan roomate or housemate yang baru pulak... hurm..... 


blok KRISTAL A....


ini KRISTAL B.... blok aku.... huhu


Lensa Hati #6

Assalamualaikum...

gambar yang aku edit semata-mata...

"MUHASABAH DIRI"

Ya Allah... Jadikanlah aku wanita yang solehah yang baik antara yang terbaik.... dan kurniakanlah aku pendamping yang baik dalam mendapatkan yang terbaik darimu Ya Allah...
Amin....

MIE+ZA

Assalamualaikum....

apa khabar iman?

tak dapat aku tipu perasaan aku sendiri....bahawa aku sangat merindui teman baik aku semasa di SMK dulu...
miera dan zatie....

aku rapat dengan miera dari form 1 lagi... dan aku dah kenal macam mana perangai dia... sampai naik form 2 kitorang terpaksa berpisah sebab naik kelas berdasarkan final exam...sedihh... antara kawan2 aku yang aku rapat masa form 1... aku seorang ja yang dapat masuk kelas A...dia kelas B.... memang mula2 still ketemu, keluar rehat sama2... tapi bila dah lama2... masing2 dah jarang bertemu walupun still satu sekolah... ada kawan baru dalam kelas masing2....

tapi alhamdulillah... jodoh kitorang kuat.... kitorg kembali satu kelas masa form 3... dia masuk kelas aku... time tue zatie pun satu kelas dengan aku jugak...... tapi kitorang tak rapat sangat....zatie pun pernah ngaku dekat aku time tu dia tak suka aku....ok lah fine... tu hak dia dengan siapa dia nak suka ke tak... time tue mierah kawan baik dengan zatie... aku ada kawan lain... tapi cakap2 jugak la dengan diorang... dah satu kelas kan.....
*sepatutnya ada gmbar aku dekat sebelah... tapi aku crop... hihi... nie lah miera dan zatie*

nak kata lagi lah jodoh persahabatan kitorg tue kuat.... naik form 4 kitorang satu kelas lagi.... kitorang ambik course sains ... mula2 zatie dgn miera ambik Biology.... aku ambik LKJ... tak sampai seminggu dekat kelas BIO.... diorang mintak tukar nak masuk kelas LKJ... so... sama dengan aku lah..kawan2 yang aku rapat sebelum nie semuanya ambik BIO.....bila miera dengan zatie masuk kelas LKJ at least ada la kawan kan.....

start dari situ kitorang dah mula rapat balik.. diorang pun selalu tanya aku pasal LKJ apa semua.. kongsi2 ilmu.. sampailah form 5..... nak kata jodoh tue kuat lagi.... aku, miera dengan zatie decide tak nak ambik EST subject walupun dah hampir setahun lebih kitorang belajar... time tue... kitorang terpaksa buat keputusan yang sangat2 berat... dah la kitorang baik dengan teacher EST kitorang... dah tue nak drop subject tu last-last minit.. muka teacher cool je tapi kitorang tahu dalam hati dia mesti dia sedih... aku tak janji pun dengan miera or zatie nak drop subject tu...tapi miera dgn zatie memang dah ckp dekat aku diorang mmg tak nak ambik EST... aku pun balik rumah fikir balik.... mula2 aku memang nak ambik EST... pastu bila difikir2kan balik
teacher pernah ckp... EST nie tak menjamin apa pun... cuma nak tambah knowledge je....terus lah drop...

time budak2 kelas aku belajar EST...aku. miera dgn zatie g lepak dekat libry.. buat lah homewrk yg tak siap.... kadang2 kitorang g cari teacher kimia.. suruh ngajar kitorang kimia... ye lah... lemah subject kimia kan.... huhu.... macam-macam la story kitorang masa EST tu.... mengumpat lah... buat bising lah... gelak-gelak sampai tak ingat dunia....bincang pasal bbq lah... paling best sekali bercerita lah... macam2 cerita ada...haha... memang berdosa habis lah time tue.... start dari situ lah kitorang rapat..... g embik lesen keta dgn motor pun kadang-kadang sekali... wahhh.... rindu saat itu....

tapi sekarang masing2 dah sambung belajar..but still contact melalui FACEBOOK.. zatie belajar dekat politeknik perak... miera dekat politeknik jitra kedah... aku dekat uitmpp... so...kitorang still duduk dekat2... miera  dapat course sama dengan aku... untung la.... nanti kita apply kerja sama2 ea....hihihi...

cukup dulu kot.... nanti aku ada masa lagi... aku cerita pasal kawan-kawan aku yang lain pulak insyaAllah... bukan ape... hanya sekadar melepaskan rindu...

kepada miera dan zatie... all the best ye... belajar rajin2 taw.... sama2 nak dapat degree kan.... buat yang terbaik... aku sentiasa support dan doakan korang dari jauh..... insyaAllah... ada umur yang panjang kita jumpa ea nanti...... miss you all!



KERDILNYA DIRI INI....

Assalamualaikum...

apakah khabar aqidah (^_^)?

dulu masa sekolah menengah..... kawan-kawan selalu cakap... "ang tak pa lah, ang tabah, hati ang kuat"
kuatkah aku?? mungkin di luar.... aku nampak je kuat, tenang..... tapi dalam hati aku.....
lemahnya aku......

aku memang masih mampu tersenyum kalau ada sebarang masalah....
tetapi hati aku...... siapa yang tahu...... lemahnya aku.....

kadang-kadang aku tak mampu nak membuat keputusan sendiri kerana...
lemahnya aku...

kadang-kadang aku tak dapat nak tentukan aku mahu berada di jalan yang mana kerana...
lemahnya aku...

kadang-kadang melihat orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita... kita harus menerima hakikat... tapi dalam hati.... lemahnya aku..

hati merintih.... siapa yang tahu?....

segala yang dirancang... semuanya adalah dari izin Allah S.W.T.
Ya Allah...engkau kuatkanlah hatiku ini Ya Allah...

Tapi aku bersyukur kerana Allah memberi aku kekuatan untuk mengukir senyuman.
Mungkin itu kelebihannya? :) 
You can see my smiling face but, deep inside I'm crying.... huhu.. ye ke? 
wallahualam....

sesungguhnya aku adalah insan kerdil lagi hina...

KUATKAN SEMANGATMU

Assalamualaikum...

kalau kita sedang ada masalah.... apa kita akan buat?
lari dari masalah kah?
cuba untuk selesaikan masalah kah?
dan apa yang aku nak sampaikan hari ini adalah..
aku sendiri ada masalah agak berat apabila benda ini
melibatkan tentang tekanan perasaan..
apabila ahli keluarga kita mempunyai masalah yg BESAR,
secara automatiknya, kita sebagai salah seorang ahli keluarga kita 
akan turut merasa beban itu... aku sendri merasa diriku
benar2 dalam keadaan depresi, stress, tertekan...
aku buntu...buntu dan buntu....astagfirullahalazim...
ye lah... siapa yang nak lihat orang yg kita syg ditimpa masalah
tambah2 orang tu adalah darah daging kita sendiri... 
subhanallah..
YA ALLAH! lindungilah keluargaku dari segala musibah YA ALLAH...
permudahkanlah mereka menghadapi segala musibah dariMu YA ALLAH!

KEMAAFAN ANTARA MANUSIA

Assalamualaikum...


apa khabar hati?
ok... sihatkah anda semua? hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang "kemaafan" antara manusia..
sebelum aku melabuhkan tangan untuk menaip isi yang selanjutnya.. ingin aku bertanya kepada kalian semua.. pernah anda melakukan kesalahan? hurm.. mustahillah tiada kesalahan kan.... mesti akan ada kesalahan walaupun hanya sebesar kuman.. tetapi pernahkah anda memohon maaf atas kesalahan anda itu? hurm...atau pernahkah anda memaafkan kesalahan orang lain? itu yang ingin aku kupaskan hari ini...


ada aku petik dari blog seseorang... the simple the truth
Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.
Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.
Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.
Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.
Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

kata2 maaf tidak semestinya digunakan ketika Aidilfitri... maaf ini boleh digunakan ketika kita melakukan kesilapan... selalunya kita akan sering melakukan kesilapan.. jadi... setiap hari lah kita akan guna perkataan maaf itu.. sekiranya kita telah melakukan kesalahan kepada seseorang dan telah meminta maaf kepadanya... tetapi dia tidak memaafkan kita... usahlah la kita risau... lama kelamaan...akan terbuka lah pintu hatinya untuk menerima maaf kita..

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Anas RA disebutkan bahwa telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW. Dia lalu berkata, ”Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuat dosa.” Nabi menjawab, ”Mintalah ampun kepada Allah.” Lelaki itu kembali berkata, ”Aku bertobat, kemudian kembali berbuat dosa. ” Nabi bersabda, ”Setiap kali engkau berbuat dosa, maka bertobatlah, hingga setan putus asa.” Lelaki itu berkata lagi, ”Ya, Nabi Allah, kalau begitu dosa-dosaku menjadi banyak.” Maka, Nabi bersabda lagi, ”Ampunan Allah SWT lebih banyak daripada dosa-dosamu.”


Hadis Nabi Muhammad SAW ini mengisyaratkan bahwa meminta ampunan kepada Allah SWT selalu berkaitan dengan dosa dan salah. Meminta ampun sering kali dihubungkan dengan bertobat kepada Allah SWT. Keduanya merupakan aktivitas keagamaan yang harus dilakukan setiap manusia. Sebab, manusia adalah ciptaan Allah SWT yang secara fitrah dibekali dengan sikap salah dan lupa.
Permintaan ampun tidak akan menuai hasil bila tidak disertai dengan bertobat kepada-Nya,dan meminta maaf kepada orang yang dizalimi.



sebab itu ada lirik lagu kemaafan dendan yang terindah.. sedendam mana benci kita, marah kita terhadap seseorang... kita tetap kena memaafkan kesalahannya...... Nabi Muhammad Rasulullah SAW pun mahu memaafkan umatnya berjuta-juta.. sedangkan kita ini hanyalah manusia biasa tak kan lah tidak mampu memaafkan satu kesalahan...?.... mulai hari ini.. jadilah seorang pemaaf...



p/s: kepada kawan2 aku.. aku sudah lama memaafkan kalian semua dan maafkan aku jugak atas kesalahan yang sering aku lakukan.. kerana aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan..

HIMPUN-SELAMATKAN AKIDAH

Salam alaik...
apa khabar iman?

alhamdulillah, pagi sabtu 22/oktober... masih lagi diberi nafas untuk menulis idea dalam blog ini...
korang pernah dengar perkataan HIMPUN? tahu tak apa maksudnya? HIMPUN maksudnya berkumpul..
Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah. Percubaan untuk menghimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. Saya difahamkan bahawa sekretariat HIMPUN telah berjumpa dengan beberapa orang mufti untuk memohon restu. Para mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan padu ke atas niat murni ini, jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan negara tercinta, yang berasaskan sistem kenegeraan Melayu. Jangan biarlah negara ini menjadi Singapura yang kedua. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia mesti dipertahankan sehingga titisan darah yang terakhir. Jika tidak, kita akan menyesal dan dikutuk oleh generasi akan datang kerana gagal mempertahankan kalimah yang mulia ini. 

ikuti sabungannya di sini

LAGU TEMA HIMPUN- selamatkan akidah


Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah



HIMPUN....

HIMPUNAN SEJUTA UMMAT ISLAM

menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam

menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda AKIDAH Islam di negara ini khususnya ancaman murtad pemurtadan 

menegaskan dan mendokong institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini 

menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang negeri  yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama   selain daripada agama Islam kepada orang Islam..

"SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM "
ALLAHUAKBAR!

EVERGREEN....

Assalamualaikum...

apa khabar iman?
evergreen.... apakah? kalau di translate kan dekat google translate tu...maksudnya "malar hijau"... tapi aku search lagi dalam wikipedia, maksudnya... sejenis tumbuhan yang daun nya akan SENTIASA ADA di setiap musim... wahh... hebat tue....konklusinya....pokok evergreen nie memang special dan berbeza dengan pokok2 lain... kalau pokok2 lain.... tiba musim luruh je.... tinggal batang la pokok tue... hahaha.... 

kenapa tiba-tiba aku cakap pasal pokok nie... evergreen plak tue.... actually nak cerita pasal seorang kawan aku nie... dia selalu guna nama evergreen... aku pun tak pernah terlintas nak tanya dia apa maksud evergreen tue.. so... sekarang masing-masing dah duduk jauh... aku pun kena search la sendri dalam google...(mcm la tak boleh nak mesej dia kan.. huhu)... bukan tak nak mesej.. tak der kredit... huhu..

ce cari yang mana satu dia.. yang mana satu aku... hihi
banyak je gambar aku dengan dia... tapi aku still pilih yang nie dan edit... sebab gambar nie macam tak full taw...
aku pun tak berani nak letak2 gambar full nie... mcm2 berlaku sekarang nie... yang nie pun aku tak sempat nak tunjuk dan minta izin dekat dia.... maaf ye...

aku cite sikit tentang biodata dia ea...

TENGKU AMIRAH BT TENGKU MOHD AZAHAR nama diberi..
umur sama dengan aku...
warna kegemaran hijau dan apa ea dia gitau aku ritu..... rasanya putih kot... tak ingat pulak..
tempat lahir... dirahsiakan... hihi..
tarikh lahir bulan julai...
EE student-  Electrical Engineering
tempat belajar sama dengan aku lah..
ingat lagi tak post yang lepas ... yang --> ini 
nama dia pun ada dalam gabungan tu jugak...

aku pun tak tahu macam mana aku boleh start kenai dia... memang la kitorang satu rumah tapi cara macam mana pun aku dah tak ingat... siapa yang tegur siapa dulu... honestly.. memang aku tak ingat langsung... tapi seingat aku.. kitorang dah mula cakap minggu orientasi hari ke 4, 5 macam tu la... sampailah habis orientasi... 
and then mulalah... terjalin ukhwah fillah antara aku dan tengku amirah tue... time tu tak rapat sangat.... banyak buat hal masing-masing la... cuma time nak makan ke nak turun ke, baru kitorang saling mengajak la.. nak membiasakan diri mula2 tu memang la lambat sikit.. segan-segan pulak tue....

bila dah berbulan duduk sekali, memang rapat la kan... keluar sekali... selalunya keluar betiga dengan housemate seorang lagi... pastu masa nak dekat2 final exam dengan cuti sem nie kitorang keluar berdua je... ye lah.. dah tak der siapa nak keluar sekali... kami keluar je lah berdua...keluar makan dengan beli barang je la..

dalam rumah kitorang tue, dia lah yang paling matang antara kami-kami yang lain... memang dalam rumah tue, dialah salah seorang yang aku respect... aku selalu kacau dia, panggei kak teng... hehe.. mula2 bising jugak... lama2 dia ok... maaf ye tengku amirah.... aku kalau ada masalah apa2 ke, dengan tengku amirah nie lah aku sering bercerita masalah2 aku... dia pun selalu story pasal kisah hidup dia dekat aku, menarik sangat.. aku memang suka dengar2 orang bercerita ni... pendengar setia lah katakan... kalau nak mintak tulis buku pasal kisah hidup seseorang... boleh sangat...dah hafal dalam kepala hotak nie ha...huhu

akhir-akhir bulan before cuti sem dan time tue sedang sibuk dengan final exam...  kitorang jadi rapat sangat... nak pergi mana je.. kami berdua je.. makan berdua, minum berdua, pergi minimart berdua, keluar pun berdua, sembang berdua, pokoknya semua berdua lah... mandi tak berdua la.. masing2 la... ha... tidur pun berdua ok..haha.... bila teringat balik... kelakar pulak.. sedangkan dia bilik lain... aku bilik lain... boleh pulak tidur sekali... tak per lah... at least ada peneman nak tidur...

before nak tidur tu... aku selalu paksa dia cerita pasal kawan-kawan dia...bedtime story.. sedangkan masing2 dah ngantuk dah... kesian dia..... pernah sekali tu.... punyalah khusyuk dengar dia cite... sampai dah lewat pagi.....huhu....
seriusly mierah memang seorang yang tabah.... seteruk2 kisah silam aku.... dasyat lagi kisah silam dia... sampai aku pun dah terbawak2 dengan kisah silam dia ha.... haha... asyik dok fikir apasal la benda tu boleh jadi  dekat dia sedangkan dia tak pernah kacau orang.... ish..ish...

dia pun dah menjerat aku ke dalam dunia k-pop... haha... yang nie memang aku tak akan lupa... dulu habis-habisan aku cakap apa yang best sangat k-pop nie.... last sekali aku pun suka dah... hahaha.. mierah baca nie confirm marah aku nanti.. hahaha. actually Aku yang kalut2 g dekat dia yang tgh sibuk layan kpop tue... bertempek tepi dia.... tanya la dia... yang mana satu dia suka lah apa lah... sekali aku pun terpikat... hahaha..

aku ingat lagi aku pernah buat dia marah time tu kitorang keluar berdua...punya la lama kitorang tunggu bas.. sekali datang prebet... dia nak masuk la...dah lama tunggu bas... kesian dia penat.. sekali aku tahan dia... siap cakap.... ih... muat ke tue.... sebab time tu ada orang lain pun nak masuk... rasanya muat je kalau kitorang nk masuk lagi pun.. tapi aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam tue time tue.... muka dia pun dah lain... aku rasa bersalah sangat time tue... maaf ye mierah.. aku harap tue lah kali pertama dan terakhir aku buat dia marah... tak nak tgk dia terluka lagi... huhu

keesokkan tu dia ada exam... aku tak der.... so... aku ambik kesempatan tidur lama la sikit pagi tu... bila dah bangun tengok dia dah balik dari exam dah lama dah..... bising2 je kat luar dengan housemate yg lain.. hahaha... aku pun keluar la dengan muka baru bgun tidur..pastu g lah bersiap diri apa semua.. dah lepas aku siap semua... aku ngadap la laptop.. pastu mierah datang ajak aku makan... dia cakap mcm nie tak silap aku la "aku nak tunggu kau makan sekali, nak kejut kau tadi kesian plak". huhuhuhu..... kesian dia... pastu aku cakap.. aku tak nak lah turun makan, ko g lah turun makan dengan ina... dia pun tak makan lagi.. pastu mierah pun g lah ajak ina... ina pun tak nak turun makan... mierah kembali dengan muka sedih... katanya... ina tak nak turun makan... dia ambik Al-Quran... masuk bilik mengaji.... aku teruskan mengadap laptop <---- teruk kan aku... huhu... pastu lama jugak aku tunggu... mierah tak keluar2 dari bilik... aku g lah tgk dia... tgk2 dia dah terlantar atas katil tidur sambil memeluk Al-Quran dengan muka yang sangat letih.... serius aku kesian dekat dia... aku kejut dia ajak makan..... turun lah kami berdua makan... ngeee~~... maaf ye mierah... nanti kalau ko lapar... tak dak teman nak ajak makan... col aku atau text aku... insyaAllah aku akan teman kau...

Alhamdulillah..... aku lebih dekat dengan Allah setelah kenal rapat dengan mierah... dia banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar... sekali tu pernah aku rasa down sangat.... sebelum nie kalau aku ada masalah.... aku still boleh hadapinya.... tapi time tu memang aku jatuh...... aku memikirkan tentang kisah silam aku....aku takut kisah silam aku akan berlaku sekali lagi... aku gitau la dia... 

aku ingat lagi dia cakap dekat aku "ko bukan hidup untuk persahabatan tetapi persahabatn itu yang hidup kerana ko syahirah" time tu masalah kawan kan..... malam tu aku fikir dalam-dalam apa yang dia cakap tue... baru aku sedar... aku terlalu memikirkan tentang persahabatan aku sehingga perasaan aku sendri tak terjaga..

ayat-ayat yang selalu dengar dari mulut dia

syahirah, behave yourself
don't break my heart
utamakan yang perlu bukan yang kita mahu...

semua ayat nie tak kan aku lupa mierah..... huhu..

kalau nak diceritakan lagi.... memang tak kan habis..... banyak sangat.... walaupun hanya beberapa bulan ja aku kenal ko mierah..... aku dah mula sayang ko sebagai seorang sahabat....insyaAllah.... diberi umur yang panjang... kita jumpa lagi sem depan ok.... ngee~~

saranghea mierah <3 bogoshipo mierah <3 <--- mierah yg ajar... hihi...

okbai...