Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

PILIHAN IBU BAPA JODOH KITA....

Assalamualaikum...

apa khabar qolbi?

alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menulis blog di pagi yang indah ini....
pilihan ibu bapa jodoh kita..... persoalan disini..... masih wujudkah lagi pilihan ibu bapa ini zaman sekarang?

kebanyakkan manusia-manusia di luar sana masing-masing dah ada calon sendiri... itu bererti mereka dah bercinta sebelum kahwin.... kemanisan-kemanisan yang sepatutnya dilalui selepas mempunyai ikatan yang sah telah dirasa atau dilalui sebelum kahwin atau ZAMAN RANCAK BERCINTA......seronokkah?

orang selalu cakap....pilihan ibu bapa ada pilihan yang terbaik... memang.... itu lah hakikatnya.... sebab selalunya ibu bapa ini akan pilih calon yang terbaik untuk anak-anak mereka...
mana lah ada ibu bapa yang mahu tengok hubungan anak-anak mereka dengan pasangan mereka separuh jalan..... sedih..sedih....

sekarang semuanya anak-anak yang pilih jodoh masing-masing.... lepas beberapa tahun berkahwin... dah bercerai berai... tengok yang terdekat sudah la... ARTIS... tak sampai seminggu berkahwin pun ada yang dah bercerai berai? sebab? mereka dah kenal hati budi masing2 la tu sebelum kahwin, bosan mungkin......huhu.. yang dapat kekalkan hubungan mereka sehingga sekarang.....alhamdulillah..... mabrouk.... mungkin mereka dah sedar akan kepentingan berumah tangga kan....

kata mereka:
"ala... kalau pilihan ibu bapa, kitorang mana la nak kenal"
" kami bercinta la dulu, nak kenal hati budi masing2... kan elok tu.."

habis tu lepas kahwin tak boleh kenal ka? 
lepas kahwin tak boleh bercinta ka? 
lepas kahwin tak boleh kenal hati budi masing2 ka?

kalau betul2 nak kenal seseorang tu... biar parents kita je yang soal- selidik tentang bakal pasangan kita tu.... itu yang terbaik sebenarnya... kalau dah berkenan sangat..... masuk ja meminang... terus kahwin.... tak payah bercinta-cinta nie... kan mudah....

dekat sini bukanlah nak suruh anda  berpisah dengan kekasih anda dengan serta merta... cuma berbincang dengan baik.... cari jalan yang terbaik..... 
kita bertemu kerana Allah.... biarlah kita berpisah pun kerana Allah.... 

Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik...
lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik....

ingat kata-kata ini...


wallahualam...


2 comments:

Unknown said...

good one :)

Unknown said...

nice syira :) semoga awak juga dpt jodoh yg baik+soleh :) aminnn