Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA......

Assalamualaikum...

apa khabr qolbiku??

alhamdulillah...pejam celik...pejam celik.... sudah tiba raya haji.... kuih raya adilfitri punya pun tak habis lagi... huhu...ingat lagi masa akhir tahun 2007 dulu.... aku sambut raya haji tanpa mama dan abahku yang tercinta... dimana mereka pergi untuk menunaikan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan iaitu menunaikan haji...
sedih tu sedih la jugak.... first time kan masa tu... lagipun masa tu budak2 je lagi..... manja lagi... huhu...

bila nampak ja mama dengan abah balik... Ya Allah... tak mampu diucap dengan kata2.... hanya mampu tersenyum sambil menangis..... gembira kot....... dan aku tanam azam.... aku nak belajar elok2... kerja elok2.... aku nak bawa satu family aku menunaikan haji bersama2.... InsyaAllah......

sebut pasal hari raya aidiladha atau raya korban nie... tahu tak kisah disebaliknya?? tak tahu??
aku ceritakan ye.... baca taw.... panjang sikit la...

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

betapa besar sungguh kuasa Tuhan itu.... ALLAHUAKBAR....

AKHIR KATA....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH S.W.T. INI... 

1 comment:

NZ Diaz said...

rasa terharu sangat bila dengar kisah ni. kita nak bagi RM10 secara ikhlas pun susah..