Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Hidup Ini Tiada Yang Sempurna

Assalamualaikum....
apa khabar iman sahabat2? insyaAllah dalam keadaan yang baik sentiasa ye...
alhamdulillah masih diberi nikmat iman, nikmat islam, nikmat akal dan nikmat2 lain yang tak terhitung dariNya..
alhamdulillah...
cuti sem melanda sekarang.. result pun dah keluar..
alhamdulillah... syukur sangat...
cuti selama 2 bulan... lama kan?
tapi tak buat apa pun.... duduk dekat rumah je.... belajar untuk menjadi bakal surirumah berjaya... hihi..
disamping tu cuba untuk menghabiskan buku2 motivasi yang telah dibeli dengan baucer buku... hewhew...

so.. masa tengah belek2 buku FANZURU- MAKA LIHATLAH by HILAL ASYRAF...
ada tajuk yang betul2 membuat saya benar2 teruja untuk bacanya
tajuknya - Hidup Ini Tiada Yang Sempurna
siapa percaya hidup ini tiada yg sempurna?? 
saya!! hihi...

ok.. saya kongsikan sedikit apa yang dia tulis eh..saya skip2 dan olah guna ayat sendiri.. just nak tunjuk main point je..

-apabila namanya manusia, tentunya sifatnya tidak sempurna, melainkan Allah. Namun manusia ditegaskan untuk berusaha mencapai yg terbaik.. terdapat satu kisah yang didengari oleh Hilal Asyraf yang telah di beri oleh Dr 'Ala Hilat. 

"Dr 'Ala Hilat dan hamba Allah ini iaitu sahabat karibnya sama2 belajar di Universiti Muhammad Al-Khamis, di Ribat, Magribi. Dr 'Ala berkata mereka amat rapat. Dr 'Ala menyatakan hamba Allah ini amat baik, senang didekati, merendah diri, seorang yang kaya, berwajah kacak, berasal daripada keluarga berada dan sangat disenangi semua, hamba Allah ini jugak sangat genius, pakar dalam bidang sains, komputer dan agama.. Dia jugak telah melepasi ujian komputer yang dilakukan pihak tentera dengan mudah sekali, sekali gus dipilih menjadi salah seorang yang menguruskan hal-hal perkomputeran dalam tentera tetapi dia telah menolaknya dan memilih untuk mendalami agama di magribi. 

Kemudian hamba Allah itu berkahwin, dia berkahwin dengan seorang wanita yg amat jelita dan menjadi rebutan ramai. Dr 'Ala berkata, sahabatnya itu mempunyai semua perkara yg diidamkan oleh semua lelaki di muka bumi ini. 'Namun, tiada yang sempurna melainkan Allah.' hamba Allah itu telah diuji.. dia mendapat 3 cahaya mata tetapi ketiga-tiganya mengalami penyakit otak lambat berkembang.. sampai umur 10 tahun pun anak2 yang masih belum mampu menghafal 1-10, A-Z dgn baik.. Apabila mencecah umur 20 tahun barulah anak2 yang mampu berfikir seperti umur 10tahun. 

Masyarakat mula mengata-ngata di belakangnya. Teman-teman seperjuangan hamba Allah ini amat bersimpati dengannya, termasuk Dr 'Ala. Pada suatu hari Dr 'Ala menyatakan betapa dia kasihan dengan hamba Allah itu "Wahai sahabatku, andai aku mampu ubah kehidupan engkau, maka aku akan ubah anak-anak engkau. Kalau aku mampu rawat penyakit anak-anak engkau, maka aku akan rawat. Kalau duit boleh menyembuhkan anak-anak engkau, maka aku akan beri." kata Dr 'Ala.
kemudian hamba Allah itu bertanya kepada Dr 'Ala "itu sebabnya engkau kasihankan aku?"
hamba Allah itu tersenyum dan berkata "Ala, apa yang berlaku pada aku bukan untuk disedihkan, malah untuk disyukuri" jawab hamba Allah itu..
hamba Allah itu berkata lagi "setiap pagi, aku akan bangun awal dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat, kemudiaan usai solat, aku akan berdoa kepada Allah, 'YA ALLAH, AKU BERSYUKUR ENGKAU MENGURNIAKAN ANAK YANG SEDEMIKIAN RUPA KEPADA AKU."

Hamba Allah itu berkata lagi "Ala, aku mempunyai segala sebab untuk takabur, angkuh dn membesarkn diri drpada Allah. Aku kaya, genius, digilai, pakar dalam segala bidang tetapi Allah telah mengurniakan aku anak yang sedemikian, membuatkan aku beringat betapa Allah itu lebih tinggi dan lebih berkuasa atas sesiapa sahaja. Setiap kali aku melihat anak-anak aku, aku menyedari betapa aku hanya manusia biasa, hamba kepada Allah Yang Maha Perkasa. Anak-anak aku adalah peringatan kasih sayang Allah kepada aku, untuk menyelamatkan aku dari takabur dan memasukkan aku dalam syurga-Nya. Masakan aku tidak bersyukur?
"Andai kata anak-anak aku itu bukan daripada tulang sulbiku, maka aku akan katakan bahawa anak-anak itu adalah hadiah yg turun dari langit khas daripada Allah untuk aku. Menyelamatkan aku daripada menjauhi-Nya dan mendekatkan aku kepada-Nya"

jadi ap pandangan sahabat2 semua tentang kisah tersebut?
di sini kita boleh ambil iktibar dan pngajaran yg ditunjukkan oleh hamba Allah itu kepada kita. Bagai mana pulak kita memandang ujian yg Allah beri pada kita...
even kita pun tak hidup sesempurna macam hamba Allah itu, kaya, kacak, genius...dapat pulak anak-anak yang berpenyakit kemungkinan dia akan rasa malu tetapi sebaliknya dia mensyukuri apa yang Allah berikan kepadanya.. Subhanallah....

Di sini kita kembali muhasabah diri balik mengenanag semula kehidupan yang telah dan sedang kita lalui...

1 comment:

Anonymous said...

suka baca cerita ni.. pndi la beli buku^^