Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

BELAJAR NO 1, TETAPI DAKWAH BUKAN NO 2

Assalamualaikum....

khaifa haluka ya akhi ya ukhti? masyaAllah.. dah berhabuk rupanya belog saya nih.
dikatakan sibuk... tak jugak.. cuma banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara kegemaran saya. edit gambar.

saya tertarik dengan tajuk entri kali ini dan saya ingin kongsi sedikit sebanyak tentangnya..

"Minta maaf, saya masih belajar.. jadi saya tiada masa nak berdakwah."
"Saya rasa, saya tidak sesuai terlibat di dalam medan dakwah ini."
"Saya belum bersedia berdakwah."

semua statement di atas ini merupakan pemikiran yang negatif kerana menolak sesuatu perkara tanpa usul periksa yang mungkin baik untuk kita... kan sahabat?

sebenarnya dulu saya pun berfikiran sedemikian.. Perkataan DAKWAH itu adalah satu perkataan yang sering ditakuti oleh sestengah orang.. tapi sebenarnya kalau kita mendefinisikan ke bahasa yang lebih simple, ia maksudnya berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjauhkan manusia daripada kemungkaran atau kata lain kerosakan/kejahatan...Ok... boleh faham setakat ini? kita baca lagi ye sahabat...

Sahabat.. belajar bukan menjadi penghalang kepada dakwah. Sebab? Ini adalah kerana belajar itu juga adalah salah satu medan DAKWAH. Oleh itu, dakwah dan pelajaran itu perlu berjalan seiring. Tiada yang lebih atau kurang. Go on together. Kadang-kadang pemikiran sesetengah orang dakwah itu adalah satu jalan yang berat dan itu adalah anggapan separuh salah.

masa dekat U dulu, time usrah, saya ingat lagi kami pernah berbincang tentang hal ini 
kak naqibah dan sahabat-sabahat ada cakap. "kita aktif event2 yang berkaitan dakwah, tiba2 datang exam.. result tak berapa elok, kita terus mengalahkan event2 yang kita join tu.. ye la.. kita tiada masa nak belajar la, letih la. Tapi semua tu bukan alasan untuk kita mengalahkan aktiviti yang kita join tu. Sedangkan Rasulullah dulu lagi sibuk dari kita tapi dia still berdakwah dan tak pernah berputus asa..cuma dekat sini kita kena bijak mengurus masa dan susun jadual dengan elok. 

Allah pun dah janji..."sekiranya kita menolong agama kita, Allah pasti akan membantu kita"
walaupun belajar adalah salah satu cabang dari DAKWAH, tetapi, ia masih lagi perlu diuruskan dengan sebaik yang mungkin. Hassan al-Banna pun tokoh dakwah bermula sejak alam kampus lagi tahu. Tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya disebabkan Dakwah. begitu juga sebaliknya, dia tidak akan mengabaikan dakwah disebabkan pelajarannya.. kedua-duanya berjalan seiring..

jadi itu saja yang ingin saya kongsikan di sini...
saya akui saya jugak manusia yang masih lemah dalam hal-hal berdakwah ini tapi saya jugak akan terus untuk berusaha untuk menyambung jihad Rasulullah yang tercinta dan akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.. InsyaAllah...
sama-sama kita bermuhasabah diri....


No comments: