Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Realiti hidup : Renungan Buat Pasangan

Assalamualaikum...

apa khabar iman kalian? insyaAllah ye sentiasa di bawah rahmat Allah ye...
semasa sedang blogwalking di setiap blog...
saya terjumpa satu kisah yang benar2 membuat saya rasa indahnya hidup itu sebenarnya...
ayuh kita hayati kisah ini bersama2 ye...

Kisah yang akan diceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri. Moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

    Saya bertolak ke tempat kerja di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN) sekitar jam 7.15 pagi. Dalam perjalanan, saya ternampak satu pasangan ini, menaiki basikal, kadangkala bertembung di Kubang Gajah, atau Jejawi. Kali pertama bertembung ok lagi,kali ke-2 dan seterusnya saya tertanya-tanya, dari mana datangnya pasangan tersebut dan nak ke mana? hampir setiap hari. Si suami mengayuh, Si isteri di belakang.

    Ditakdirkan saya bertembung lagi dengan pasangan tersebut, dalam perjalanan ke arau, 11 April 2012, sekitar jam 8 malam,  Si suami sedang menuntun basikalnya menaiki jambatan kereta api di Batas Liku, dengan Si isteri masih duduk dibelakang. Terdetik dihati untuk follow pasangan nie. Saya terus ikut mereka dari belakang.

   Mereka berhenti di sebuah gerai makan. Saya turut singgah, dan order makan walaupun perut tak lapar,sambil perhati pasangan ini, tak jauh dari meja mereka. Pasangan ini memesan air sejuk kosong dan air milo. Bila tauke kedai tanya 'nak makan apa?' , mereka nampak seperti berfikir, dan hanya memesan minuman sahaja.

   Pesanan makanan saya sampai,melalui meja pasangan tersebut. kata si suami, '' Abg teringin nak makan kuew teaw''.

   Selesai makan, saya bergerak ke meja pasangan tersebut,dan minta izin untuk duduk disitu. Berlaku perbualan antara kami.

   Si suami kerja di syarikat Idaman, yang setiap hari kerjanya mengutip sampah. Isterinya kerja jaga parking di kangar. Sewa rumah Rm150 sebulan. Mereka telah berkahwin setahun yang lalu, masih tak mempunyai anak. Upah si isteri pada hari itu hanyalah Rm51, upah tak menentu, bergantung pada jumlah motor yang parking.

   Yang menariknya, si suami memanggil isterinya 'Sayang' :) . Si suami berkata, mungkin x ada yang sanggup naik basikal berdua dari Arau ke Kangar sejauh 9 KM setiap hari, redah hujan panas.

Saya panggil tauke gerai makan untuk ambil order makanan pasangan tersebut. Nampak si isteri terkejut. Bila saya kata nak belanja,nampak mereka malu-malu, dan fikir panjang... dan order jugak :) Saya tinggalkan mereka sambil mereka nikmati makan malam.

pemilik asal kisah ini = Mutarabbi Terus Menyinar

gambar hiasan


jadikan kisah ini sebagai satu iktibar di mana pengorbanan diantara suami isteri itu perlu ada untuk mengukuhkan lagi masjid yang dibina kerana Allah itu insyaAllah....


No comments: