Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

aku malu padaMu YA ALLAH

Assalamualaikum....

alhamdulillah.... khaifa haluka ya akhi ya ukhti? insyaAllah sentiasa di bawah rahmat Allah..
Anneyong haseyo? hee
sekali lagi alhamdulillah diberi nikmat iman, islam, akal serta nikmat-nikmat lain yang tak terhitung dariNya..
subhnaAllah.... terima kasih Ya Allah <3 <3

orang selalu cakap.. "kenangan yang lepas jangan dikenang-kenang lagi", 
"buang yang keruh, ambil yang jernih"
"buka buku baru, tutup buku lama"

mesti sahabat-sahabat pernah dengar dan baca ayat-ayat diatas kan...
maksudnya disebalik ayat itu supaya kita melupakan kisah-kisah pahit or hitam yang pernah menghantui kita dahulu..
tapi bagi saya tak semua perkara yang pahit dan hitam itu kita kena buang terus menerus.

jom ikuti kisah ini....

"beberapa tahun yang lepas..masih di alam persekolahan menengah dan di tingkatan 4..aku dan si dia diperkenalkan oleh Allah... mula-mula itu yang aku rasakan. TERIMA KASIH YA ALLAH kerana menemukan aku dan si dia... segala yang berlaku antara kami adalah kerana Allah.. kami satu kelas dari form 1 sehingga form 5..
pada masa yang sama aku takut hubungan aku dan si dia diketahui oleh ibu bapa aku.. 
dan aku juga merahsiakan nya daripada sahabat-sahabat aku dan dia.. tetapi sahabat-sahabat kami dapat menghidu hubungan kami kerana kami rapat di sekolah..
 aku pula seorang yang setia kawan.. kalau aku berada dengan si dia secara tak langsung aku juga mesti akan ajak sahabat-sahabat aku kerana aku berpendapat bahawa sahabat aku adalah sahabat dia juga..
di tingkatan 5.. cikgu-cikgu pun tahu hubungan kami.. even kami berdua tak pernah mengaku dekat orang yang kami bercinta.. mereka tetap menghidunya.. kadang-kadang hal ini membuatkan aku rasa tidak selesa..
ke mana sahaja aku pergi walaupun seorang diri, mesti akan ada orang yang tanya aku.. mana dia??
kami tidak pernah keluar dating berdua. kalau keluar pun semestinya aku akan ajak classmate yang lain...dia juga tak lupa untuk tegur aku, kejut aku bangun solat melalui call/mesej.. aku seronok sangat ada orang care kan.....
jadi aku cuba untuk mengenalkan dia dengan ibu bapa aku agar mereka mengenal dia...
tetapi aku belum ada kekuatan...
setiap masa kami akan bergaduh, kadang-kadang begaduh benda yang kecil, aku pula kuat cemburu, semestinya dia juga cemburu tapi tak sekuat aku.. aku still solat dan memohon doa agar hubungan kami diperkukuhkan.
kebetulan aku pula memegang jawatan setiausaha PUTERI ISLAM..antara orang penting dalam puteri islam.... jadi aku rapat dengan semua ustazah di sekolah aku.. jujur aku katakan.. kadang-kadang rasa  malu.. aku dah la memegang jawatan dalam puteri islam dan hampir kesemua tahu hal nie, adik-adik junior semua respect aku... pergi je mana-mana... mereka semua akan menegur aku.. cuba bayangkan bila aku dengan si dia bersama-sama kemudian terserempak dengan adik-adik junior aku.. mesti mereka fikir yang bukan-bukan.. pada masa yang sama aku rapat dengan seorang ustazah kebetulan dia juga mengajar kelas aku dan dia... ustazah pun tahu tentang hal ini.. dia tahu tapi dia tak terus menerus menolak aku dan dia.. malah dia selalu juga bergurau senda dengan kami.. aku dan ustazah terlalu rapat sehingga segala-galanya aku luahkan kepada ustazah.. ustazah banyak bagi semangat.. ustazah tak pernah berkasar dengan aku, tak pernah larang hubungan aku even dia tahu aku salah.. aku rasa tenang apabila bersama dengan ustazah.. banyak perkara yang telah diajarkan dia tentang erti kehidupan kepada aku..
jujur aku katakan..bila aku dengan si dia.... aku banyak meninggalkan sahabat-sahabat yang aku sayang tanpa aku sedar.. kerana aku terlalu taksub dengan cinta si dia.. kadang-kadang kredit yang aku ada habis kerana selalu mesej dengan si dia.. sehingga aku mengetepikan orang lain dan mengutamakan dia sahaja...
Allah itu Maha berkuasa apabila dia menguji aku dengan kuasa seorang sahabat kerana Allah tahu aku akan lemah sekiranya aku bergaduh dengan sahabat-sahabat aku..
maka berakhirlah hubungan aku dengan si dia....
tetapi masih lagi ada sahabat-sahabat yang sering membantu aku ketika aku jatuh....ustazah tersebut juga tak lupa untuk sentiasa memberi kata-kata semangat kepadaku..di situ baru aku tahu bahawa Allah itu masih sayangkan aku kerana dia memberikan aku sahabat-sahabat dan ustazah untuk aku bangun berdiri kembali.... sehinggalah sekarang aku tidak pernah memarahi si dia atau berdendam dengan si dia.. kerana masa itu kami sama-sama tidak mengenal cinta Allah.. kami jahil agama... setiap masa aku mendoakan dia agar meletakkan Allah sebagai yang utama dan berdoa suapaya dia berjumpa seseorang yang lebih baik...
rupa-rupa perkenalan kami adalah merupakan ujian daripada Allah kepada kami untuk melihat sejauh mana mujahadah kami melawan nafsu dan godaan syaitan...
Astagfirullahalazim....
sekarang aku benar-benar ingin kembali ke jalanMU YA ALLAH...aku tidak lagi mahu menyakiti perasaan sahabat-sahabatku lagi... Maafkan aku sahabatku.... Pengalaman yang lepas akan aku jadikan iktibar dan pengajaran agar aku tidak ulanginya untuk masa akan datang... juga untuk sahabat-sahabatku semua....

aku khilaf YA ALLAH...
sungguh aku malu padaMu YA ALLAH...
terasa kerdilnya diriku di hadapanMU YA ALLAH..
aku tidak layak untuk mendiami syurgaMU tetapi aku juga tidak sanggup untuk menanggung seksa nerakaMU WAHAI YA ALLAH......"

via : -NSA-




p/s : sahabat atau kekasih(manusia)?
aku akan pilih sahabat....
nikmat cinta yang sebenar harus dirasai selepas akad... itu yang terindah..


1 comment:

hijrahSANGhati said...

semoga silap lalu menjadi iktibar. ini juga nasihat untuk diri sendiri :)