Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Monolog Keinsafan

Assalamualaikum....

apa khabar iman? alhamdulillah.... dalam keadaan yang penuh dengan keberkatan InsyaAllah...
anda semua pernah bermonolog? pernah dengar perkataan monolog tu? mesti pernah kan.... satu perkataan yang membawa satu perasaan yang tidak ketahui oleh umum... seperti... bercakap dalam hati.... atau percakapan yang tidak keluar dari mulut...

sebagai seorang manusia...... kekhilafan sentiasa berlaku.... tak kan pernah lari.... jadi supaya kekhilafan itu tidak berlaku lagi atau berhenti macam tu je... kita kena bermuhasabah balik... menginsafkan diri kembali dalam menyenangkan kekhilafan yang kita lakukan.... supaya hati kita lebih dekat lagi dengan Allah.s.w.t....

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa... semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa.... disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri.
kita cuba mencari dimana silapnya..... adakah kerana dosa-dosa masa lalu atau kerana jiwa kita terlalai dari mengingati Allah SWT..... kita pun bertaubat dan memanjangkan munajat kita namun jiwa tetap terasa kosong “seolah-olah doa dan munajat kita tidak sampai kelangit”..... kita cuba mengalirkan air mata keinsafan tetapi hati kita rasanya terlalu keras untuk itu; seolah-olahnya air mata kita telah kering untuk itu...... keyakinan terhadap apa yang Allah janjikan tidak lagi menguasai hati dan fikiran kita.... 
kita cuba pula membuka lembaran-lembaran al Quran… mencari ayat-ayat yang pernah menyentuh hati kita dan kita pun cuba menghayatinya agar hati kita kembali lembut dan lunak tetapi itupun gagal...... betul kan??....
kini kita tidak tahu lagi apa yang sebenarnya kita sedang cari dari kehidupan yang seketika ini...... kita mula kehilangan fokus dalam kerja-kerja kita dan ibadah kita mula kehilangan roh...... Segalanya terlalu kabur...... kehidupan kita disaat ini seolah-olahnya suatu fasa yang kita lalui secara terpaksa.... masa-masa yang ditempuhi terasa begitu perlahan bahkan kadang-kadang terasa seakan-akan jarum jam berhenti berputar beberapa kali.........

ini adalah salah satu fasa kehidupan yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan dirinya pada Rabbnya bahkan saya juga pernah melalui saat-saat detik sebegitu ketika usia masih mentah, belum matang pemikiran..... tapi alhamdulillah… pengalaman hari-hari mengajar erti kedewasaan.....saya cuba belajar dari hari-hari yang lalu agar dapat bertambah menjadi makin baik dari hari ke hari.
beberapa persoalan cuba saya timbulkan di dalam benak fikiran saya....
adakah sudah lagi tiada keredhaan Allah ???? bukankah memikirkan begini sememangnya telah menjauhkan kita dari rahmat-Nya dan mengundang kemurkaan-Nya...... bukankah Allah mencela mereka yang berputus asa dengan rahmat-Nya...... bukankah memikirnya adalah suatu kemungkaran yang akan mencemarkan aqidah??

Pernah seorang pemuda yang menangis di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan tangisannya begitu dahsyat hinggakan Saidina Umar RA yang melihat keadaannya turut menangis tanpa sempat bertanya kenapa. Apabila Rasulullah datang dan bertanya lalu pemuda itu menceritakan dosanya yang bukan kepalang dan dia takut Allah tidak mengampunkan dosanya.

Kita pun mungkin akan fikirkan begitu; seorang pemuda yang kerjanya mencuri kain kapan disetiap malam apabila siangnya ada mayat yang dikebumikan sehinggakan akhirnya suatu malam dia terpegun dengan kecantikan mayat seorang gadis yang telah dilondehkan kain kapannya. lalu pemuda tersebut menyetubuhi mayat gadis tersebut yang telah dimandikan dan dikapan sempurna. Dosa yang terlalu besar untuk diampunkan. namun kerana keikhlasan dan keinsafannya Allah SWT tetap mengampunkan dosanya dan dan mati dalam keadaan terampun dosanya apabila dia sendiri terkejut kerana Allah masih mengampunkan dosanya. Dan kerana kejutan itu dia lalu rebah dan terus meninggal dunia.
Mungkin ini sememangnya ujian dari Allah SWT untuk menguji benar atau tidaknya keyakinan kita padaNya dan pada hari pertemuan dengan-Nya. Kalau ini benar-benar ujian dari Allah, yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah terus bermunajat dan memohon kekuatanNya. Ya……semua orang akan diuji. Cuma mungkin ujian yang diterima oleh setiap orang itu ternyata berbeza, namun ianya tetap ujian dan sekiranya kita berjaya maka tentunya akan lebih hampir kepada-Nya.
Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka. Jadi kalau kita ingin tetap berada di atas jalan kebenaran dan mengikut jalan pengikut para nabi maka ujian ini adalah satu kemestian.

Katakanlah: “Jika kalian (benar – benar) mencintai Alloh, ikutilah aku.” (Q.S. Ali Imron (3): 31).


wahai jiwa yang tenang, ikhlaskanlah semuanya pada ketaatan dan ketentuan-NYA demi ridhA-NYA..... kunci terbesar dalam membuka segala permasalahan ialah IKHLAS.... seperti mana yang telah diajari oleh guruku yang mulia.... Sesungguhnya syaitan tidak akan mampu melawan jiwa yang selalu Ikhlas dalam segala aspek ibadahnya...... ingatlah, musuh terbesar diri ini adalah hawa nafsu kita sendiri......s ebab itulah kita harus mampu mendidik nafsu kita ini untuk patuh dan tunduk pada perintah-Nya..... bukan mengikuti segala kemahuannya! Binasalah kita!!

[Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-NYA (Q.S. Al – Fajr (89): 27-28)]

sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan..... sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya.....Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…


amin ya Allah...untungnya menjadi orang mukmin, semakin musibah melanda semakin mustajab doanya...bukan perjuangan tanpa kesulitan..tetapi dalam kesulitan terselit ketenangan..semuanya menguji kekuatan jiwa insan, sesungguhnya kita tidak pernah sendirian kerana ada Ar-Rahman yang Maha Penyayang..Pesan pada diri kuatkan semangat, pesan pada hati, kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa kerana Allah sentiasa ada bersama kita..!"hidup cuma sementara...mati adalah pasti...apakah cukup amalan utk dihadapkan kpd ILAHI.??Tanyalah iman setulus hati...Ya Allah...matikan kami dlm husnul khatimah...amin


Semoga Allah taala sudi mengampuni diriku ini…

No comments: