Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

jom muhasabah diri wahai srikandi Islam pejuang Ilahi

Assalamualaikum...

wahai srikandi Islam yang sentiasa disayangi dan dirindui. 
alhamdulillah....
kita terpilih oleh Allah untuk masih bernafas dan mensyukuri segala nikmat iman, islam, akal dan nikmat2 lain yang tak terhitung dariNya..
alhamdulillah sekali lagi... dapat menghabiskan 4 paper untuk final exam.... actually ada 5... tapi yang last belum tiba lagi... jadi saya update blog dulu ye... ok.. enough about exam...
now, we focus to our main points..
tahu tak apa itu muhasabah diri....?
sebenarnya ianya macam satu proses membaiki diri...
Ambil sedikit masa untuk mengenang kembali perilaku kita sepanjang hari tersebut.... 
hitung balik apa yang kita buat sepanjang hari tu... 
dah bertambah ke amal kebaikan yang kita nak bawak bertemu pencipta kita nanti?
jadi dari situ kita boleh tahu... sejauh mana amalan kita... sekiranya belum cukup... tambahnya lagi untuk hari esok dan seterus2nya... itu perlu nya bermuhasabah diri...


sebenarnya dalam sehari at least sekali pun cukup lah... kalau macam saya... selalunya before tidur time malam...
penghujung hari untuk menghadapi hari esoknya...
jadi
mari kita muasabah diri kita kembali...
sebagai seorang hamba kepada Ilahi...
dan sebagai seorang khalifah di muka bumi....

sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya?
adakah masih terleka dengan nikmat dunia yang mempersona? itulah hakikat di akhir zaman sekarang...
adakah kita masih lalai dalam pengurusan kita terhadap masa? masa itu EMAS...
adakah kita buat tak endah soal hukum ketentuanNya? yang haram dijadikan halal... T_T

bagaimana kedudukan hati kita sekarang ni....?
ambil satu kertas... 
lukis bentuk hati kita...
dan sekiranya sahabat2 semua melakukan satu dosa..
tanda kan satu titik hitam...
dan sahabat2 semua tgk...
berapa banyak titik hitam dekat hati sahabat2 semua...
sekiranya banyak..... HATI TU TELAH MATI.... cepat cari jalanNya..
sekiranya titik hitam tu sikit... AYUH.... kita cari antivirus hati untuk mencuci dosa2 yang kecil itu...
adakah sahbat2 semua peka dengan keadaan sekeliling atau terus hanyut dengan arus jahiliyah yang bergelora?
nauzubillah...

mari sahabat, kita spotcheck iman kita...
kita tetap hambaNya buat selama-lamanya...
kita tidak boleh berhenti dalam melakukan amalan kepadaNya...

bagaimana amalan kita setakat ini?...
adakah dipayung dengan lembaran cintaNya tiap hari?...
atau masih lagi sibuk berchatting dengan kawan di fb?...
yang mana satu sahabat?

bagaimana kita menghabiskan masa kita kini.....??
janganlah kita terpesona dengan duniawi...
kelak merana diri didepan Ilahi di akhirat nanti
sesal tiada berguna lagi.....
time tu dah tak der lagi peluang kedua buat diri menebus kesalahan nanti....

mari kita muhasabah diri kita kembali
dimana kita letak DIA di hati kita, di dalam kehidupan kita?? sebagai yang utamakah??
atau kita telah meletakkn cinta yang tiada penghujungnya??
atau adakah kita telah membelakanginya?.....
solat 5 waktu bila kita tunaikannya?adakah di awal atau dipenghujung waktu solat?

mari kita muhasabah diri kita semula ya....
kita hanya seorang manusia yang sering terleka dan mudah sangat terlupa... kata DR.M melayu muda lupa..
menjadi tanggungjawab sesama kita dalam mengingati antara satu sama lain..... GIVE AND TAKE!
moga kebahgiaan yang kita kecapi di dunia ini
akan terussss kekal sehingga di syurgaNya nanti insyaAllah....
kebahagiaan abadi bersama dengan insan-insan yang disayangi..... ngee~~ <3 <3
menjadi satu cita di hati....
agar kita kan dapat bertemu semula di syurgawi



uhibbukumfillah <3
salam ukhwahfillah <3 <3 <3


p/s : doakan untuk saya last paper nnti 29/3 geology....

1 comment:

Miss Y said...

nice...
wlau da yg kta nobody perfect but we still need to judge our deeds...

Allah syg hamba-Nya yg sntiasa mmbaiki dri untuk-Nya... wallahualam