Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

ROAD TO AGM

Assalamualaikum..

pejam celik, pejam celik, diploma dah habis..
means memegang pimpinan RPI juga bakal habis....
Allah...
berbaki hanya sebulan sebelum pembubaran SAF PIMPINAN 2013/14
Tipulah kalau cakap tak sedih...
selama 2 tahun macam-macam rasa dan lalui 

Kenangan dalam RPI.

Baik pahit atau manis,itu yang menjadikan siapa kita sekarang. Kalau bukan kerana luka semalam,tak mungkin kita boleh jadi sebegini kuat sekarang. Kalau bukan kerana keindahan cerita semalam,mana mungkin kita boleh tahu apa itu kebahagiaan. Rencana Tuhan itu indah...Segalanya punya hikmah...
Jangan kita saling membenci. Jadilah kita saling mencintai. Jadilah kita manusia yang selalu memikirkan kesalahan sendiri. Jangan membongkar kesalahan orang lain seandainya ada yang salah di antara kita. Ajaklah mereka ke jalan yang baik dengan cara yang baik.
Jangan mendabik dada mengatakan ‘aku kuat untuk hadapi semua ujian ni’ 
Bukan. 
Yang kuat itu bukan kita tapi Allah yang menguji kita sesuai dengan kemampuan kita.
La yukallifullahu nafsan ila wus ‘aha. 
Itu yang Allah janji.
Percayalah, 
Seberat mana pun ujian tu kita rasa, tapi bila Allah mengetahui bahawa kita memang mampu menghadapinya, maka Dia uji kita.
Masa itu hampir tiba, 
di tempat tarbiyah yg sama,
Dalam persatuan yang sama,
Cuma orangnya bakal berbeza,
Mungkin akan ada yang kekal,
Mungkin akan ada yang bakal berjuang di tempat lain,
Tapi Percayalah Allah sentiasa mengikat hati-hati kita dalam memperjuangkan satu matlamat yang sama. InsyaAllah...



Nabilah, Faizah, Atiah, Ain, Rahmawati, Fahimah, Fatin, Syera Ramli, Aishah, Atiqah halim
Fikri, Syah, Muslim, Nursyahmi, Buqari, Amir, Syahmi, Zaid, Naqiu, Faris, Zharfan



kepada BAKAL2 PELAPIS KAMI: jaga RPI elok2 naa.... hampa kna jaga ukhwah hampa, susah senang kena sama2 naa... kurangkan gelak dalam meeting, serius sikit buat keja, jgn buat keja last minit naa..






2 comments:

Unknown said...

dah lama tak jenguk sini ^^

Unknown said...

dah lama tak jenguk sini ^^