Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

berpisah lumrah bertemu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..
InsyaAllah.. semoga sahabat-sahabat semua sentiasa di bawah RAHMAT ALLAH sentiasa... amin...
sahabat2 semua mesti pernah dengar dan terbaca ayat ini
"hubungan seperti air... cincang lah macam mana pun.. tak akan terpisah...."
statement ini selalu dengar khusus untuk keluarga an... tapi apa kata kalau kita guna sebagai skop umum.. tak kisah lah, keluarga ke, sahabat ke, lecturer ke... dan lain-lain lagi lah..

apa yang nak dihuraikan dalam entri kali nih adalah tentang PERPISAHAN..

untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua kadang-kadang perpisahan ini tak nampak melalui pandangan mata kasar kita tau, dan certain ada yang berlaku 'on the spot'..
kadang-kadang tu sehingga kita sendiri tak sedar bahawa kita bakal, sedang dan telah kehilangan seseorang..
perpisahan itu kan lumrah pertemuan.... betul tak...?
kalau tak sanggup nak berpisah, tak payah bertemu lah.. senang cite an..
ohhh!!... TIDAK.. dalam ISLAM kita kena mengeratkan SILATURRAHIM...
WAJIB bertemu! untuk siapa? Untuk AGAMA ISLAM kita...

macam mana nak tegakkan ISLAM kalau tak bersatu?
macam mana nak bersatu kalau tak bertemu??

am I right? (copy paste ayat kak adawiyah)

so.. pentingnya pertemuan ini kan sahabat-sahabat...

disebabkan 2, 3 hari ni banyak perkara yang telah berlaku dan semuanya melibatkan tentang perkataan "PERPISAHAN"..

ana kongsi sedikit kisah yang berlaku pada diri ana

"sahabat2 pharmacist di kampus ana bakal menamatkan pembelajaran mereka di bumi barakah UiTM dan akan sambung pratikal
dan pada asalnya mereka semua nih berhasrat dan bercita2 tinggi nak sambung pratikal dekat tempat yang sama dengan UiTM nih. sehingga lah mereka di beritahu bahawa hospital2 sekitar P.Pinang PENUH...bererti mereka kena pulang ke kampung halaman untuk berbakti"

keadaan ana :
first dapat tahu diorang akan pratikal dekat-dekat je mestilah seronok, still boleh jumpa kan. masa tu baru start rapat, rapat sangat.. dah macam satu keluarga..
ada satu malam nak ke pagi tu, sahabat ana mesej ana, dia minta maaf dekat ana.......
ana macam shocked jugak sebab tiba-tiba kan... so ana assume maybe dia nak tidur, so dia mintak maaf dengan semua orang. ana reply mesej dia dengan harapan tamat lah mesej tu.. tiba-tiba
"tettt...tettt" mesej masuk lagi....dah lewat masa tu
ana dah tak sedap hati nih, sahabat ana reply "Saya rindu awak sangat2.........."
time tu muka macam ni  -_- (ngantuk + bluring) dalam hati apa yang sedang berlaku nih? rupa-rupanya masa tu sahabat-sahabat ana nih dah di beritahu yang mereka tak boleh pratikal dekat tempat P.Pinang...
sehinggalah ana diberitahu oleh sahabat pharmacist ana yang lain yang diorang tak boleh pratikal dekat sini
masa tu perasaan rasa macam............. nak nangis semua ada lah...

antara kenangan yang diberi oleh sahabat


kisah kedua
of course naqibah ana kak dila terutamanya, ana baru je nak start rapat dengan dia, kebetulan dia dah semester last... jadi apa yang ana buat sekarang ana tengah berusaha untuk menghargainya dengan sebaik mungkin walaupun masa singkat sangat, .. ana pun dah tak berusrah dengan dia, sebab ana tahu mungkin lepas ni susah nak jumpa, if dia sambung degree dekat tempat yang sama pun belum tentu boleh jumpa selalu. cuti tak sama.. ana sedih sangat nak berpisah dengan dia taw, sehingga satu masa tu, ana mohon sangat, kalau Allah tak temukan kami dekat duniawi nih, temukan lah kami dekat syurgaNya.. Allah..

kenangan dari ana untuk k.dila


siapa yang nak berpisah? ce habaq mai....
tapi semua tu takdir Allah... siapa yang berani lawan takdir ALLAH???
jadi kita kena juga hadapi semua tu...

sebagai seorang muslim/ah perkara-perkara macam ni kita kena sentiasa alert atau bersedia, sebab macam ayat ana yang first tadi, kemungkinan akan berlaku perkara-perkara yang kita tidak ingini secara mendadak (on the spot)..
untuk ana sendiri, ana dah mula suaikan keadaan diri ana dengan LUMRAH..
mind set: "bertemu berpisah kerana Allah"

kalau hubungan itu berpaksi kan Cinta ILAHI... jauh ke.. dekat ke...
kita tak kan rasa kita berpisah sebab HATI kita sentiasa diikat.
diikat dengan CINTA ALLAH.




1 comment:

Adibah Nabilah said...

insya Allah, panjang umur kte berjumpa lagi.. it is life, we need to follow...bertemu dan berpisah adalah pertemua <3