Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

MEREKA ADALAH TUNJANG PENTARBIYAHANKU

Assalamualaikum....

JOM ZIKIR DULU YE SAHABAT2...

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!

khaifa haluka? ALLAH... insyaAllah dalam rahmat Allah sentiasa ye..

MEREKA ADALAH TUNJANG PENTARBIYAHANKU..

Siapa mereka tu?
-sudah semestinya naqibah kesayanganku..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

oh NAQIBAHKU...
ana tak akan kenal usrah kalau Allah tak kirimkan mereka untuk ana
ana tak akan tahu apa itu tarbiyah kalau Allah tak utuskan mereka untuk ana
ana tak akan tahu apa itu erti ukhwah kalau Allah tak dekatkan mereka dengan ana.

oh USRAHKU...
Ada apa dengan Usrah/Halaqah/Bulatan gembira?
Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya, namun mereka tidak tahu yang sebenarnya kita sedang membina batas.
Begitu juga usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang, tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita.

”Mari kita duduk sebentar dan beriman sejenak”.
- Muadz Bin Jabal 



ALLAH...ALLAH...ALLAH...
SYUKRAN YA ALLAH..

 kisah bermula....

KAK SYAKIRAH
permulaan perkenalan kami berdua nih macam best sikit tau, first ana dapat tahu ana terpilih untuk join usrah, pihak unit USRAH RPI tu keluarkan notis list name, group dan naqibah dekat board kolej, ana check nama ana dibawah usrah yang kak naqibahnya kak syakirah. Ana ambil no dia. seminggu dua juga ana tunggu mesej dari dia, ana tak contact dia sebab housemates ana, kak naqibahnya yang contact dia. So, ana tunggu je lah dengan harapan dia contact ana. Lepas tu ana ngadu dekat housemate kenapa kak naqibah ana tak contact ana selepas ana tengok housemate ana tu asyik turun jumpa naqibah je..
and then, housemate ana bagi cadangan dekat ana : "ada no dia kan? ce try contact dia, mungkin dia terlepas pandang, sebab banyak kan student dalam usrah tu"
jadi, ana pun beranikan diri contact dia, ana mesej je dulu, ana tanya "salam akak, ni kak syakirah kan? ni syahirah adik usrah akak, bila akak nak start buat usrah ye?"
tiba-tiba dia rep, serius seronok kot masa dia rep. Kak syakirah rep: "maaf dik, akak dah start buat usrah dah, insyaAllah sabtu nih akak buat usrah yang ke...." itu je yang ana ingat. Ayat dia lebih kurang macam tu la.. ana tak salah kan kak syakirah, ana tahu mungkin dia tak perasaan, tapi first ana jumpa dia, serius segan sangat, baru first time jumpa, dia dah care sangat2..ALLAH... indahnya ukhwah kerana ALLAH itu kan sahabat2? kak syakirah tu  
seorang yang baik sangat, always lending her ears to hear my bad story.. ahaks, dia comel sangat, usrah dengan dia sangat santai, alhamdulillah banyak yang ana belajar dengan dia, . alhamdulillah naik semester 3, ana diketemukan dengan kak syakirah lagi sebagai naqibah ana masa tu..kebetulan sama course dengan ana. Setiap kali ana jumpa dia, ana mesti akan tanya course yang ana ambil ni 'susah ke?' heh..Ana selalu kenakan dia.. dia redho je dengan perangai adik dia nih.. Allah.. Maaf ye kak.. adik suka bergurau. 
kepada kak syakirah:
sekali lagi maaf andai kata-kata, gurauan, dan tingkah laku adik ada yang tidak menyenangkan hati akak.
terima kasih sangat kerana pentarbiyahan adik bermula dari akak. :')
jasa akak hanya Allah saja yang mampu balas.. T_T


KAK IBRAH
perkenalan terbina dengan kak ibrah semasa sem 2, masa nih kak ibrah dah sem last. huhu. kak ibrah pun seorang yang santai juga, pendekatan nya lebih serius, jadi, secara tak langsung, sifat ana yang suka bergurau pun boleh jadi serius, makna kata dalam usrah tu, sifat kenakalan ana tu susah nak ditunjuk. :). tetapi, tarbiyah yang dia beri pada ana walaupun tak sampai satu sem bersama dengannya, terkesan sampai sekarang.. Alhamdulillah.. kata-katanya, nasihatnya sentiasa membuat diri ini ingin terus bersemangat untuk terus berjuang di jalan Allah ini.
kepada kak ibrah:
adik rindu akak sangat, maaf sekiranya adik ada terkasar bahasa dan ada certain-certain permintaan akak yang tak dapat adik tunaikan, maaf sangat ye kak...dan terima kasih akak atas segala2nya, walaupun usrah bersama akak sebentar, adik dapat merasai kemanisan islam itu.. Allah :'). ada umur yang panjang, insyaAllah kita akan berjumpa, even bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat kelak..


KAK SAPINAH
kak naqibah ana masa sem 2, selepas kak ibrah, ana berusrah dengan kak sapinah, ini lah satu-satunya kak naqibah yang bila ana kenakan dia, dia akan kenakan ana balik, hehe. Allah.... rindunya saat itu, dia mentarbiyah ana melalui pendekatan teknologi, selalu tunjuk video, main game dalam usrah yang ada main-main point tersendiri.
kepada kak sapinah :
Akak dapat degree dekat tempat yang sama kan. MABROUK ye kak!!  insyaAllah, kita akan selalu jumpa lagi, akak, rajin-rajin tegur adik sekiranya adik ada buat salah ye, adik tahu, mesti akan ada salah punya.
akhir kata untuk akak, maaf sebab selalu main-main kan akak, dan terima kasih kerana sudi mentarbiyah diri adik yang serba kekurangan ini.. ALLAHURABBI :'). nanti kita tengok pintu pusat islam sama-sama lagi ye. heh.


KAK DILA
naqibah ana sem 4,ahaks, ana suka dia. hehe, dia cantik sangat, ana pernah dulu berangan nak berusrah dengan dia, sebab ana suka cara dia lontarkan suara dan lontarkan pendapatnya , ala- ala macam seorang pembahas, serius ana respect sangat dekat dia. Alhamdulillah angan-angan ana menjadi kenyataan bila naik sem 4 ana diketemukan dengan dia (sem sekarang lah). Disebabkan ana ni susah nak serius, suka main-main, dengan kak dila pun ana dah terbuli.. huhu.. maaf ye kak.. dah jadi habit.. dia banyak menekankan ana dan ahli usrah lain untuk membaca buku apa ertinya AKU MENGANUT ISLAM. serius best buku tu, walaupun belum habis baca.. yang best lagi tentang kak dila ni, setiap kali usrah, ada je makanan yang dia bawak, dah tu bukannya beli makanan tu, tetapi homemade ok. Dia buat sendiri, baguskan dia.. ana memang suka bab2 makan nih..
kepada kak dila:
dapat main netball dengan kak dilla, kak dilla memang superb la! kak dilla jangan nangis tau, adik sedih tengok kak dila nangis untuk adik dan sahabat-sahabat lain, insyaAllah, adik akan menyambung perjuangan akak dila dan yang lain-lain nanti. Doakan adik ye kak dila.
Makanan yang kak dilla bawa tu sedap sangat, bila lah adik boleh rasa air tangan akak lagi kan.. hurm..
akhir kata untuk akak, maaf kerana kata-kata dan tingkah laku  adik sering melukakan hati akak, dan terima kasih sangat sudi layan mesej-mesej adik yang entah apa-apa time lewat-lewat malam lagi..


MEREKA INI LAH TUNJANG PENTARBIYAHANKU... :')

My Naqibah ,
Thanks for making my life so colorful, may Allah strengthen our ukhuwwah till jannah inshaAllah :) 

“Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
[Al-Anfal 8:63]

p/s: Ketika manusia lalai, jauh daripadaNya, Allah hantarkan seorang sebagai peringatan. Biarpun kita sambil lewa menerimanya, biarpun orang lain menghina, demi Allah, hidup kita hanyalah untukNya. Islam itu indah.

 #islam #usrah #tazkirah

6 comments:

Unknown said...

untung sapa yg berkawan dgn syira ni, rasa diri ni x lyk...huhuhu

Unknown said...

untung sapa yg berkawan dgn syira ni, rasa diri ni x lyk...huhuhu

Ana Farhana said...

suka kata-kata dekat header tu :)

NSA_TATMA said...

adibah : knapa plak.. huhu
ana : :-)

Unknown said...

nantikan kemunculan page anak2 usrahku pulak dari k.dila..hehe..
moga dikau menjadi pelapis pejuang muslimat yg tabah adikku... :)

NSA_TATMA said...

wardah shauqah :
Allahukabar... syukran kak dilla sayang... insyaAllah... doakan yang terbaik untuk adik...