Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

1H 4W dalam ISLAM

Assalamualaikum
khaifa haluka sahabat-sahabat semua? insyaAllah di bawah lindungan Allah sentiasa ye..
macam mana nikmat ISLAM sahabat semua?
macam mana nikmat IMAN sahabat semua?
Allahurabbi... terasa kerdil sangat diri ini terhadap Allah. Apakah dengan peningkatan hari,bulan, tahun, serta umur, apakah amalan kita sepanjang menggunakan oksigen dari Allah ini meningkat? atau sebaliknya. Allahurabbi... ana tak layak untuk merungkai tentang sejauh mana amalan seseorang. Cuma apa yang kita boleh lakukan di sini, back to ourself, kembali kepada diri kita yang sebenar atau lebih dikenali sebagai MUHASABAH DIRI. 


rewind masa zaman sekolah dulu, Kalau semasa sekolah dulu mesti cikgu banyak tekankan tentang konsep 1H 4W dalam pelajaran kan? tambah2 dalam subjek english dan b.melayu, subjek yang memerlukan kefahaman yang tinggi dalam membina or mengararng ayat, Btol kan sahabat.? Sahabat semua mesti pernah dengar dan baca konsep itu kan.. 

H-how (bagaimana)
W-what (apa)
W-when (bila)
W-where (di mana)
W-why (kenapa)

jadi apa yang ana cuba sampaikan sekarang, dalam proses untuk menyebarkan dakwah, setiap perkara di atas sangat perlu.

1. APA- apa itu dakwah? apa itu islam? apa itu iman? apa itu ihsan?
setiap perkara yang berkaitan dengan islam haruslah difahamkan dan memahamkan.
2. BAGAIMANA- bagaimana nak faham? jawapannya adalah USAHA, setiap mukmin yang berjaya memiliki sifat usaha, bagaimana nak faham, usahalah mencari untuk belajar kerana tak semua benda akan turun bergolek dengan sendrinya. Sama juga seperti menuntut ilmu, 'tak kan lah nak masuk dewan exam, jawab exam macam tu je kalau tak ada preparation kan? preparation tu datangnya dari mana kalau bukan dari usaha kita bertahun-tahun belajar.' Kan sahabat-sahabat... 

3. BILA- bila nak belajar? bila nak berdakwah? bila nak beribadah? 
jawapannya bila-bila masa pun boleh sahabat-sahabat. Kalau boleh SETIAP SAAT sahabat. Menyebarkan dakwah dan nak beribadat tak pernah ada tarikh, tahun, hari yang khusus. Anytime kita boleh buat, ada je peluang, AMBIL! REBUT! kerana kita semua pasti menempa maut, bila? Bila-bila masa saja sahabat-sahabat.

Firman Allah :
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Barang siapa dijauhkan neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
(AL-IMRAN:185).

4. DI MANA- di mana nak berdakwah? di mana nak beribadah?
jawapannya, di mana2 pun boleh sahabat-sahabat. Kita menuntut ilmu di mana sahabat-sahabat? tadika kan, sekolah kan, ipta/ipts kan. Menuntut ilmu juga dikira sebagai satu ibadah juga ye sahabat-sahabat. Tajdid niat. 'AKU BELAJAR DAN MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH'

5. KENAPA- kenapa nak kena berdakwah? kenapa kena beribadah? kenapa kena buat semua tu, orang lain kan ada?
Back to our fitrah sahabat-sahabat ye, tiga persoalan yang perlu kita tahu, teliti dan fahamkan..

-dari mana kita datang?
-kenapa kita didatangkan?
-kemana kita akan pergi?

ana pergi satu-persatu persoalan ye. Dari mana kita datang? Kita datang dari ALLAH.
Kenapa kita didatangkan? Menjadi KHALIFAH dan mengabdikan diri kepadaNya.
Kemana kita akan pergi? Kembali kepada ALLAH.

Jadi, dekat sini kita dah boleh tahu apa matlamat hidup kita yang sebenar. 
Jadi kenapa mesti ada pertanyaan KENAPA? 
kalau bukan kita, siapa lagi sahabat-sahabat....
ayuh sahabat-sahabat.. kita adalah mad'u dan kita juga adalah daie.
sama-sama kita tegakkan khalimah ALLAH di bumi barakah ini..

ALLAHUAKBAR!!


p/s: jom baca buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? 
by FATHI YAKAN.

p/s: sahabat-sahabat semua jom like page ini 
Saham dunia, Saham AKHIRAT. INSYAALLAH. 




2 comments:

Unknown said...

Allahurabbi!! insya Allah... peringatan yg mengingatkn

NSA_TATMA said...

insyaAllah.. sama2 kita eh. :-)