Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Srinkadi Terpilih..

Assalamualaikum...

alhamdulillah... terpanggil lagi untuk menaip entri yang kali ini berkisahkan tentang seorang Srikandi Pilihan Allah yang terpilih untuk berjuang di bumi jihad UiTM..
sama juga dengan saya. cuma kali ini saya hendak menceritakan tentang seorang srinkandi yang mana sahabat terdekat saya di UiTM 

biodata ringkas tentang dirinya
insan tersebut diberi nama ADIBAH NABILAH BT YASAK 
atau lebih dikenali.. adib, dibah atau nabil..
saya suka panggil dia adib
asal dari SELANGOR..
umur insyaAllah sama dengan saya.
status: sudah dimiliki iaitu ALLAH...
insyaAllah itu saja..
nak tahu lebih lanjut tentang dirinya..
boleh terjah ke sini -- > ANY

alhamdulillah Allah telah menemukan kami dalam satu persatuan fasilitator semasa semester 1.
tapi tak serapat sekarang.
kami cuma kenal macam tu je.
bertegur sapa pun tak pernah..
apatah lagi melemparkan senyuman
tapi yang bestnya.. dia tak perasaan akan kewujudan saya.. 
lawakkan pertemuan tu..? hehe
bila berakhirnya persatuan tu... maka
tertamatlah perjumpaan saya dengan dia yang sepatutnya menjadi kerap..hurmm..
sehinggalah tamat semester 1 dah jarang jumpa dia... hurm..

semester 2
Allah tu Maha Kuasa.. Dia telah menemukan kan saya dan adib dalam majlis ilmu iaitu usrah..
kami satu usrah..
indahkan pertemuan yang Allah telah aturkan itu...
sejak dari situ kami sudah mula menerima ukhwah yang Allah beri ini untuk disemadikan dalam hati buat selama-lamanya.. subhanallah..

hari-hari demi hari sehinggalah semester 3..
ukhwah kami masih lagi bersemadi dalam hati...
bertambah kuat lagi..
bekerja dalam satu exco..
even dia ketua. saya anak buahnya..
dia tetap layan saya sebagai seorang sahabat... baguskan dia..
tetapi saya tetap respect dia sebagai seorang ketua dan pemimpin dalam exco tersebut.
setiap perkara yang saya buat.. saya akan rujuk kepada dia
dan bincang bersama dengan dia..
datang pusat islam sama-sama
selalu suruh saya study.. hee
kejut saya subuh..
buli?
selalu dia je buli saya.. uhh
tapi tak kisah.. sebab semua tu gurauan je.
secara tak langsung ukhwah kami bertambah erat..
dia pun dah anggap saya macam adik beradik...
ye lah kak adib! hee
dia serius tau...
garang juga kadang-kadang. hee
kadang-kadang takut juga dengan dia.. hee

baru-baru ini semua kecoh dengan pilihan raya kampus kan....
adib pun salah satu calonnya.. hurm... mula-mula macam tak sanggup untuk menerima semua ini. adib ketua exco saya, without dia dalam exco tu susah kerja nak berjalan (nampak sgt sentiasa harap dia..uhh), dalam fikiran terfikir macam-macam, kalau adib wakil pelajar mesti dia sibuk, mungkin secara tak langsung dia kena lepaskan jawatan dalam exco tu. sedihnya T_T
serius dalam hati saya nih tak nak lepas dia langsung..
tiba-tiba terpanggil pula untuk menolong calon wakil pelajar ni
antaranya adalah adib lah.
cuba bayangkan perasaan saya time tu
"aku dah tak sanggup nak lepaskan adib, alih-alih aku kena naikkan adib jadi wakil pelajar"
nak pulak saya wakil calon kepada adib..
saya bukannya menolak takdir, cuma saya memerlukan masa untuk menerima semua tu..
orang lain dah beri pengharapan dan kepercayaan kepada saya..
nak tak nak.. saya kena lakukan..
saya sayang sangat dekat adib..
dekat situ saya dah mula ikhlaskan diri..
saya cuma mohon satu je....
"BERIKANLAH YANG TERBAIK KEPADA ADIBAH NABILAH BT YASAK,
PERANCANGAN MU ADALAH YANG TERBAIK!"
saya buat yang saya mampu untuk adib...everything i will do for her..
sampai masa pengumuman... saya di sebelah dia pula yang rasa gementar habis.
muka dia tenang je.
mungkin bukan rezeki dia di situ... selesai semua.
saya pula yang terover menangis... dia dah henti nangis mula-mula tu..
nampak saya nangis... dia pun turut serta nangis...T_T
saya dapat rasakan apa yang dia rasa time tu..
orang lain dah mengharap pada dia tapi dia tak mampu memberi apa yang orang harap..
sepanjang kami berukhwah, pada hari tu saya dapat pegang tangan dia lama sangat...
rasa macam kekuatan ukhwah tu.... SUBHANALLAH.. menakjubkan..
rasa macam tak nak je lepas tangan tu... hurm..
dah bergenang air mata.. huhh...

kepada adib: teruskan istiqamah dalam dunia ini, maafkan syira sepanjang kita berukhwah ini sekiranya syira sering melukakan hati adib secara tersembunyi atau terang-terangan. apa-apa je masalah boleh cerita dekat syira.. mungkin sedikit sebanyak boleh bantu..
apa-apa pun berlaku lepas ni... syira akan sentiasa berdiri sisi adib..pimpin adib..
andai kita berpisah dekat dunia ini... biarlah ianya menjadi.. kerana perpisahan itu hanya lah sementara...
kita bertemu di akhirat kelak..insyaAllah..
sayang adib. <3



curi satu gamba adib.. hee
inilah adib saya..




No comments: