Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Ini Jalan yang kita PILIH!

Assalamualaikum

sahabat-sahabat semua sihat? iman sihat? hati macam pulak?
amalan? ALLAH sahaja yang tahu..
saya
hanyalah insan biasa
seperti manusia lain
yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan
even sebesar zarah pun kesalahan itu
confirm Allah tahu
dah janji tak ulang kesilapan itu..
tapi....
bisikan syaitan tu begitu menggoda.
NA'UZUBILLAH!
dulu saya bukan lah diri saya yang sekarang.
saya tak liar
saya tak sosial
cuma saya kurang pratikkan ilmu agama.
agama apa?
semestinya agama ISLAM.
agama yang SEMPURNA
agama yang MUDAH
pokoknya segala-galanya ada dalam ISLAM.
saya tahu semua tu penting tapi saya tak cuba untuk amalkannya.
memang khilaf saya.
parents dah berbuih mulut ingatkan saya tentang perintah Allah.
tapi saya?
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
uuh... semua itu dulu...
semua orang nak berubah kan.
tiada bantuan dari Allah untuk perubahan diri 
kalau diri sendiri tak nak berubah..
butalah hati bagi diorang yang membohongi diri sendiri..
Sampai bila-bila pun tetap akan begitu selagi diorang mahukan diri diorang macam tu…
yang penting keinginan dan usaha.
kadang-kadang, 
kehidupan ini begitu sukar untuk hadapi 
walaupun kita sentiasa cuba untuk tidak mahu kehilangan tetapi at last kita kalah. 
cuma ingat,
setiap kehilangan adalah proses pembelajaran
dan menjadi gembira 
dan bersyukur kerana apa yang kita telah belajar kerana orang lain mungkin tidak hadapi situasi ini. 
so. beruntunglah kan.
berjanjilah,
walau apa pun yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.
mungkin akan ada ketenangan di situ
berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.
berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA “kenapa”..
dan jangan sesekali meminta untuk dikurangkan ujian itu
tetapi mintalah untuk dikuatkan hati untuk hadapi ujian itu
berjanjilah,
bahawa,
walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.
berjanjilah,
bahawa,
walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya baik-baik je nanti.
berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.
berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.

tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukanNYA.


#semoga Allah melindungi kitadari rasa putus asa

No comments: