Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Surat buat Sahabatnya yang sedang bercinta

Assalamualaikum.....

apa khabar iman? alhamdulillah... semoga bertambah selalu ya....
maaf lah sebab lama tak update blog..... kekangan masa....
minggu nie penuh dengan test.... sibuk la sikit.....
jadi hari ini ada masa free sikit.... boleh lah kita luangkan masa sikit ye...

Wahai sahabat,

Baik lelaki atau perempuan, sedih bila melihat mereka bergaul secara bebas, sama ada secara bertemu atau berbual di Internet. 

Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al- Isra' ayat 32, " Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Bila ditegur, ni jawabnya, "alah kami cuma berbual saja, bukan berzina pun," atau "sekadar belajar, berurusan" yang tidak tahu sama ada benarnya, jika melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja. Jika benar, mereka patut ada orang perempuan lain untuk ditemani untuk mengelakkan Fitnah. 

Ayat tersebut menyebut "Janganlah mendekati zina.." bermaksud menjauhi perkara2 yg mengalakkan zina. Zina itu terbahagi kepada lima. Zina mata, Zina tangan, Zina Lidah, Zina Kaki, dan Zina Hati. Rasulullah SAW bersabda" Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dgn berpegangan, kaki boleh berzina dgn brjalan kearah tempat maksiat, dan hati merindui, mengingati dan membayangi si dia." dalam Bab larangan melihat Wanita, Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi.

Adalah menjadi suatu lumrah lelaki dan perempuan saling mencintai. Kenapa perlu berselindung di sebalik alasan atas dasar agama, kerja, belajar, dan berkawan jika berdua-duaan? Ini yang menimbulkan Fitnah kerana apa sahaja boleh terjadi tanpa orang menemani.Manusia tidak melihat, namun Allah SWT melihat hati mereka.

Adakah CINTA itu kerana Allah atau berlandaskan NAFSU semata2 ?? Maaf, jika bukan kerana Allah SWT, itu bukan Cinta, itu nafsu. 

Tamatkan saja Fitnah ini dengan Kahwin. Allah SWT mencipta CINTA dan kahwin adalah landasan kebenarannya. Tiada cinta sebelum kahwin. Yang ada hanyalah NAFSU. Tiada CINTA Islamik tapi Islamkanlah CINTA.

Adalah berdosa meletakkan cinta manusia melebihi cinta Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tidak kamu mndapat pengajaran dari kisah2 nabi? Nabi Adam AS terpisah dgn Hawa oleh Allah SWT selama 40 tahun setelah turun ke Bumi kerana Nabi Adam terlalu mencintai Hawa. Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di Mekah atas perintah Allah SWT, Kedua2nya redha atas perpisahan itu kerana cintakan Allah SWT. Begitu juga kisah Nabi Muhammad SAW dan Aisyah RA. Inilah CINTA kepada Allah SWT dan rasulNya dimana cinta manusia sbg pengorbanannya. Dapatkanlah cinta yg hakiki dan abadi drpd cinta manusia yg sementara dgn pengorbanan. Jika mencintai dia, jumpalah walinya dan kahwinlah. Itu pengorbanan utk mencintai seseorang kerana mencintai Allah SWT. Doa pohonlah petunjuk dariNya dan jika benar jodoh ini pohonlah keberkatan atas CINTA ini. 

Tolonglah wahai sahabat, tamatkanlah Fitnah ini.. Salahkah saya membawamu masuk ke Syurga Allah SWT bersma org yg dicintai??

Seorang sahabat tidak membiarkan sahabatnya melakukan kemungkaran, sebaliknya mengajak melakukan kbaikan dan
menjauhi keburukan sebab dia pun nak kawan dia masuk syurga juga.

Alahai, diri ini mampu membenci dengan hati.. itulah selemah-lemah iman. Lemahnya iman ini. Tapi tangan ini mahu mencegah dengan menaip surat yang menyatakan kemahuan utk menegakkan kebenaran.

Nilailah mesej yang disampaikan kerana Allah SWT bukan pada penyampainya, kerana Allah SWT saja yang tau apa yg terbaik buat kita.. 

Wallahu'alam.

No comments: