Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Upgrade VS Update

Assalamualaikum...

Allah...Allah... khaifa haluka?
 setelah sekian lama menyepi dari dunia blog sekarang tiba-tiba muncul kembali, pernah juga terfikir untuk menghilangkan diri selama2nya, nak retired dari dunia blog nih. Tapi bila difikirkan balik, banyak benda yang ana pelajari dan rugilah pada diri ana sekiranya tak dikongsikan bersama ye dak? ini pun salah satu medium dakwah jugak. malah sahabat ana pun ada tegur "lama syira x update blog?"  Allah. InsyaAllah untuk entri kali ni seperti tajuk ana Upgrade VS Update. Sebenarnya tak perlu nak versus sangat pun.. dua perkataan ni perlu bersama2

Upgrade yang dimaksudkan ana ialah amalan dan tarbiyah, sekarang dalam musim cuti, amalan kena sangat2 jaga, mungkin masa dekat kampus, banyak prog2 tarbiyah yang boleh kita join, follow up, ada kuliah magrib, kelas bahasa arab dan sebagainya lah, byk kn? dan yang selebihnya terpulang pada diri kita nak MEMAKSA diri pergi atau tak. Jadi bila dah cuti nih, nak rehat? yes boleh kalau nak rehat. Tafadhal.. tapi amalan dan tarbiyah tak pernah cuti taw. dekat mana prog2 tarbiyah yang boleh kita dapat time cuti nih? jadi, kena usaha dan cari, kena jugak paksa diri. Antaranya buat checklist amalan (mutbaah amal), pergi masjid dengar kuliah (mesti ada kan), kalau tak der sangat pun, youtube berlambak dah sekarang tunjuk kuliah. insyaAllah, bila ada keinginan nak menuntut ilmu Allah, pasti Allah permudahkan..
 Upgrade dan terus Upgrade. kalau tak upgrade, nanti amalan kita dok takat tu ja. tak naik-naik. Tak best la kan.. Orang lain dah melimpah2 amalan, tapi kita?... huhu.. muhasabah diri


Update: insyaAllah update tentang diri ana, baru habis final for the first sem in the last year, Pray For me please, sekarang tengah cuti semester, Alhamdulillah, cuti ni banyak dapat tawaran buat design anything lah, button, poster, and logo. Sedang mengusun gerak kerja untuk semestar hadapan. Nantikan prog2 yg mantop dari RAKAN PUSAT ISLAM UiTMPP...

InsyaAllah takat ini dulu untuk entri yg pertama setelah lama menghilangkan diri...

"kun fayakun"

Assalamualaikum.
dah selawat hari ini?
jom selawat ke atas Rasul dulu ye.


alhamdulillah...  tahu tak apa kelebihan berselawat?

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa

 Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka

 Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan

sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh

 darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297,

 Ahmad, sahih.]


besarkan kelebihannya? apa kata lepas nih, kita semua sama-sama berselawat ke atas Rasul tak kira bila-bila masa dan dimana. okeh. InsyaAllah.

berbalik kepada tajuk ana,
seorang junior ana bertanya pada ana

soalannya berbunyi lebih kurang macam ni la
"Assalamualaikum kak syira, ape makna kun fayakun nieh? bole x akak tolong jelaskan dengan
detail . tq."


jadi ana pun rasa terpanggil untuk explain pada sahabat-sahabat juga tentang erti "kun fayakun" ini tapi tak secara detil la ye.

kun = jadilah, fayakun = maka jadilah 

maksudnya, bila Allah nak something tu terjadi, tak ada apa pun yang boleh halang benda tu untuk terjadi.
 cuma terpulang pada kita, nak terus percaya dengan kuasa Dia ataupun nak putus asa ;)
kun fayakun;

mengajar kita supaya terus berharap pada Dia;

 untuk terus yakin dengan Dia;

 untuk tetap setia dengan Dia walau seberapa banyak pun ujian yang Dia bagi.

 have faith on Him.
so bila rasa down *atau seumpama dengannya*, ingat ayat tu. kalau Allah dah tetapkan something tu untuk

terjadi, kudrat manusia takkan mampu untuk menghalang :)

maaf, ana tak boleh nak explain dengan terperinci sebab ana cuma tahu maksud ayat tu, tapi bukan tafsirnya.

 cubalah rujuk kitab-kitab tafsir kalau nak lebih jelas atau boleh tanya ustaz/ustazah yang lebih arif...
barakallahu fik, ^^

warkah cinta RAKAN PUSAT ISLAM

Assalamualaikum...

Allah...Allah...Allah..
Alhamdulillah... tamat sudah perjalanan ana dalam semester yang keempat di bidang pengajian Kejuruteraan ini...
apa-apa keputusan yang diperoleh nanti, sama ada bakal mengubah atau static je... 
semuanya kena kembali kepada ALLAH... 

insyaAllah dikesempatan ini
dikelapangan yang sedikit ini
dikegembiraan yang terpancar di wajah ini *dh hbis payper kan...*

warkah kali ini adalah warkah cinta dari RAKAN PUSAT ISLAM
tajuk entri ana tak nak kalah beb.. *perasan giler*
syarat2 nak berblog ni, tajuk kena gempak... baru org tertarik nak baca even isi kandungan nya lemau je.. betol tak.. betol tak...

sedikit biodata tentang RAKAN PUSAT ISLAM

NAMA PENUH : RAKAN PUSAT ISLAM UITMPP
NAMA SINGKAT : RPI UITMPP
TRADEMARK : MENERAJUI TEKNOKRAT MUSLIM
: RPI DIHATIKU ^_^
MISI, VISI, OBJEKTIF : INSYAALLAH BOLEH TGK DI SINI --> RPI


ni logonya

cantek kan? Allah...

tarbiyah ana dalam bumi barakah UiTMPP nih adalah bermulanya dari RAKAN PUSAT ISLAM..
tanpa RPI ana tak kan tahu APA ITU TARBIYAH?
APA ITU UJIAN?
APA ITU USRAH? HALAQAH? BULATAN GEMBIRA??? *bulatan=bulat, gembira=happy, bulat yang sedang happy..err?? (annoying)..*

dari RPI juga, ana kenal banyak sahabat2 dari fakulti2 lain. farmasi, elektrik, mechanical, maltech, envi, hotel, statitistik..
dari RPI juga, ana ada banyak sangat kakak..adik... abang *errm.... *
dapat iftar sama-sama, kongsi suka duka bersama-sama, dapat belajar sama-sama dengan kakak senior dan adik-adik junior..


sedikit tatapan untuk antum semua, kenangan terindah bersama RAKAN PUSAT ISLAM

barisan kepimpinan helwi Rakan Pusat Islam sesi 2012/2013

main boling

Annual Grand Meeting

family day

ce teka di mana kah pokok ini berada?
untuk student UiTMPP je laa..

fashion show pun ada
boleh BERFESYEN asalkan MENGIKUT SYARIAT ISLAM

ustzh FATIMAH SYARHA n FARAH ASYIKIN
"ADA APA DENGAN WANITA?"
kakak2 senior yang mantop2.
dari kiri bekas presiden helwi Rakan Pusat islam ,kak mas sporting, kak dila syg, kak yana comel, kak adawiyah cute
ih...baju sama kaler lah.. ana pun terinterprem kat situ..

kembara mencari cahaya
slot muhasabah diri

ust. DON

running trial's of life

EXKEP = expo kelab dan Persatuan
jum sertai RPI

IM. AZHAR 


sehari bersama RPI


kem Kepimpinan

barisan urusetia Malam Penutupan Kempen

malam rabitah (malam penghargaan kepada yang dapat dean list)

night of ukhwah

Study skill "OSMAN AFFAN"

Running trial of Life 2012/2013

family day + jamuan last

tukar2 hadiah... best kan?.. hee

riadah bersama2 sahabat (diorang nak pergi dah.. huhu..)

sukan netball

antum semua excited tak tengok gambar2 nih? mesti ada yang jeles kan... hee.. so... nak rasa semua nih? jom lah join RPI.. masih belum terlambat lah..
yang bukan stay dekat UiTMPP, antum try lah cari persatuan yang macam nih dekat kampus antum, mesti ada punya....

 mereka semua nih adalah keluarga baru untuk ana...
honestly ana katakan, ana sayang sangat RPI..
selagi ana bertapak di bumi barakah UiTMPP nih, selagi tu ana akan jaga RPI..

RPI juga merupakan salah satu medan dakwah untuk mahasiswa2 UiTMPP berdakwah...
kita dalam konsep amal jamaie (bergerak dalam satu kumpulan untuk berdakwah), means kita bergerak dalam satu persatuan untuk mentarbiyah dan ditarbiyah...
kita memberi, kita menerima...



insyaAllah kepada adik2 lepasan SPM... 

"ditakdirkan antum semua dapat menjejakkan kaki ke bumi barakah UiTMPP,
sertailah kami dan carilah kami dalam RAKAN PUSAT ISLAM..
antum semua akan merasai kemanisan tarbiyah, kemanisan dakwah, kemanisan menuntut ilmu, kemanisan berukhwah
yang dilandaskan atas SYARIAT ALLAH..."

"AYUH UBAH DESTINI ANAK BANGSA TO BE THE REAL KHALIFAH"


p/s : kepada sahabat2, adik2 dan akak2yang bakal meninggalkan bumi barakah UiTMPP.. entri ini khas untuk antum.. teruskan perjuangan di mana saja antum berada... InsyaAllah.. :')
RPI DIHATIKU...




berpisah lumrah bertemu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..
InsyaAllah.. semoga sahabat-sahabat semua sentiasa di bawah RAHMAT ALLAH sentiasa... amin...
sahabat2 semua mesti pernah dengar dan terbaca ayat ini
"hubungan seperti air... cincang lah macam mana pun.. tak akan terpisah...."
statement ini selalu dengar khusus untuk keluarga an... tapi apa kata kalau kita guna sebagai skop umum.. tak kisah lah, keluarga ke, sahabat ke, lecturer ke... dan lain-lain lagi lah..

apa yang nak dihuraikan dalam entri kali nih adalah tentang PERPISAHAN..

untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua kadang-kadang perpisahan ini tak nampak melalui pandangan mata kasar kita tau, dan certain ada yang berlaku 'on the spot'..
kadang-kadang tu sehingga kita sendiri tak sedar bahawa kita bakal, sedang dan telah kehilangan seseorang..
perpisahan itu kan lumrah pertemuan.... betul tak...?
kalau tak sanggup nak berpisah, tak payah bertemu lah.. senang cite an..
ohhh!!... TIDAK.. dalam ISLAM kita kena mengeratkan SILATURRAHIM...
WAJIB bertemu! untuk siapa? Untuk AGAMA ISLAM kita...

macam mana nak tegakkan ISLAM kalau tak bersatu?
macam mana nak bersatu kalau tak bertemu??

am I right? (copy paste ayat kak adawiyah)

so.. pentingnya pertemuan ini kan sahabat-sahabat...

disebabkan 2, 3 hari ni banyak perkara yang telah berlaku dan semuanya melibatkan tentang perkataan "PERPISAHAN"..

ana kongsi sedikit kisah yang berlaku pada diri ana

"sahabat2 pharmacist di kampus ana bakal menamatkan pembelajaran mereka di bumi barakah UiTM dan akan sambung pratikal
dan pada asalnya mereka semua nih berhasrat dan bercita2 tinggi nak sambung pratikal dekat tempat yang sama dengan UiTM nih. sehingga lah mereka di beritahu bahawa hospital2 sekitar P.Pinang PENUH...bererti mereka kena pulang ke kampung halaman untuk berbakti"

keadaan ana :
first dapat tahu diorang akan pratikal dekat-dekat je mestilah seronok, still boleh jumpa kan. masa tu baru start rapat, rapat sangat.. dah macam satu keluarga..
ada satu malam nak ke pagi tu, sahabat ana mesej ana, dia minta maaf dekat ana.......
ana macam shocked jugak sebab tiba-tiba kan... so ana assume maybe dia nak tidur, so dia mintak maaf dengan semua orang. ana reply mesej dia dengan harapan tamat lah mesej tu.. tiba-tiba
"tettt...tettt" mesej masuk lagi....dah lewat masa tu
ana dah tak sedap hati nih, sahabat ana reply "Saya rindu awak sangat2.........."
time tu muka macam ni  -_- (ngantuk + bluring) dalam hati apa yang sedang berlaku nih? rupa-rupanya masa tu sahabat-sahabat ana nih dah di beritahu yang mereka tak boleh pratikal dekat tempat P.Pinang...
sehinggalah ana diberitahu oleh sahabat pharmacist ana yang lain yang diorang tak boleh pratikal dekat sini
masa tu perasaan rasa macam............. nak nangis semua ada lah...

antara kenangan yang diberi oleh sahabat


kisah kedua
of course naqibah ana kak dila terutamanya, ana baru je nak start rapat dengan dia, kebetulan dia dah semester last... jadi apa yang ana buat sekarang ana tengah berusaha untuk menghargainya dengan sebaik mungkin walaupun masa singkat sangat, .. ana pun dah tak berusrah dengan dia, sebab ana tahu mungkin lepas ni susah nak jumpa, if dia sambung degree dekat tempat yang sama pun belum tentu boleh jumpa selalu. cuti tak sama.. ana sedih sangat nak berpisah dengan dia taw, sehingga satu masa tu, ana mohon sangat, kalau Allah tak temukan kami dekat duniawi nih, temukan lah kami dekat syurgaNya.. Allah..

kenangan dari ana untuk k.dila


siapa yang nak berpisah? ce habaq mai....
tapi semua tu takdir Allah... siapa yang berani lawan takdir ALLAH???
jadi kita kena juga hadapi semua tu...

sebagai seorang muslim/ah perkara-perkara macam ni kita kena sentiasa alert atau bersedia, sebab macam ayat ana yang first tadi, kemungkinan akan berlaku perkara-perkara yang kita tidak ingini secara mendadak (on the spot)..
untuk ana sendiri, ana dah mula suaikan keadaan diri ana dengan LUMRAH..
mind set: "bertemu berpisah kerana Allah"

kalau hubungan itu berpaksi kan Cinta ILAHI... jauh ke.. dekat ke...
kita tak kan rasa kita berpisah sebab HATI kita sentiasa diikat.
diikat dengan CINTA ALLAH.