Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Hidup Ini Tiada Yang Sempurna

Assalamualaikum....
apa khabar iman sahabat2? insyaAllah dalam keadaan yang baik sentiasa ye...
alhamdulillah masih diberi nikmat iman, nikmat islam, nikmat akal dan nikmat2 lain yang tak terhitung dariNya..
alhamdulillah...
cuti sem melanda sekarang.. result pun dah keluar..
alhamdulillah... syukur sangat...
cuti selama 2 bulan... lama kan?
tapi tak buat apa pun.... duduk dekat rumah je.... belajar untuk menjadi bakal surirumah berjaya... hihi..
disamping tu cuba untuk menghabiskan buku2 motivasi yang telah dibeli dengan baucer buku... hewhew...

so.. masa tengah belek2 buku FANZURU- MAKA LIHATLAH by HILAL ASYRAF...
ada tajuk yang betul2 membuat saya benar2 teruja untuk bacanya
tajuknya - Hidup Ini Tiada Yang Sempurna
siapa percaya hidup ini tiada yg sempurna?? 
saya!! hihi...

ok.. saya kongsikan sedikit apa yang dia tulis eh..saya skip2 dan olah guna ayat sendiri.. just nak tunjuk main point je..

-apabila namanya manusia, tentunya sifatnya tidak sempurna, melainkan Allah. Namun manusia ditegaskan untuk berusaha mencapai yg terbaik.. terdapat satu kisah yang didengari oleh Hilal Asyraf yang telah di beri oleh Dr 'Ala Hilat. 

"Dr 'Ala Hilat dan hamba Allah ini iaitu sahabat karibnya sama2 belajar di Universiti Muhammad Al-Khamis, di Ribat, Magribi. Dr 'Ala berkata mereka amat rapat. Dr 'Ala menyatakan hamba Allah ini amat baik, senang didekati, merendah diri, seorang yang kaya, berwajah kacak, berasal daripada keluarga berada dan sangat disenangi semua, hamba Allah ini jugak sangat genius, pakar dalam bidang sains, komputer dan agama.. Dia jugak telah melepasi ujian komputer yang dilakukan pihak tentera dengan mudah sekali, sekali gus dipilih menjadi salah seorang yang menguruskan hal-hal perkomputeran dalam tentera tetapi dia telah menolaknya dan memilih untuk mendalami agama di magribi. 

Kemudian hamba Allah itu berkahwin, dia berkahwin dengan seorang wanita yg amat jelita dan menjadi rebutan ramai. Dr 'Ala berkata, sahabatnya itu mempunyai semua perkara yg diidamkan oleh semua lelaki di muka bumi ini. 'Namun, tiada yang sempurna melainkan Allah.' hamba Allah itu telah diuji.. dia mendapat 3 cahaya mata tetapi ketiga-tiganya mengalami penyakit otak lambat berkembang.. sampai umur 10 tahun pun anak2 yang masih belum mampu menghafal 1-10, A-Z dgn baik.. Apabila mencecah umur 20 tahun barulah anak2 yang mampu berfikir seperti umur 10tahun. 

Masyarakat mula mengata-ngata di belakangnya. Teman-teman seperjuangan hamba Allah ini amat bersimpati dengannya, termasuk Dr 'Ala. Pada suatu hari Dr 'Ala menyatakan betapa dia kasihan dengan hamba Allah itu "Wahai sahabatku, andai aku mampu ubah kehidupan engkau, maka aku akan ubah anak-anak engkau. Kalau aku mampu rawat penyakit anak-anak engkau, maka aku akan rawat. Kalau duit boleh menyembuhkan anak-anak engkau, maka aku akan beri." kata Dr 'Ala.
kemudian hamba Allah itu bertanya kepada Dr 'Ala "itu sebabnya engkau kasihankan aku?"
hamba Allah itu tersenyum dan berkata "Ala, apa yang berlaku pada aku bukan untuk disedihkan, malah untuk disyukuri" jawab hamba Allah itu..
hamba Allah itu berkata lagi "setiap pagi, aku akan bangun awal dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat, kemudiaan usai solat, aku akan berdoa kepada Allah, 'YA ALLAH, AKU BERSYUKUR ENGKAU MENGURNIAKAN ANAK YANG SEDEMIKIAN RUPA KEPADA AKU."

Hamba Allah itu berkata lagi "Ala, aku mempunyai segala sebab untuk takabur, angkuh dn membesarkn diri drpada Allah. Aku kaya, genius, digilai, pakar dalam segala bidang tetapi Allah telah mengurniakan aku anak yang sedemikian, membuatkan aku beringat betapa Allah itu lebih tinggi dan lebih berkuasa atas sesiapa sahaja. Setiap kali aku melihat anak-anak aku, aku menyedari betapa aku hanya manusia biasa, hamba kepada Allah Yang Maha Perkasa. Anak-anak aku adalah peringatan kasih sayang Allah kepada aku, untuk menyelamatkan aku dari takabur dan memasukkan aku dalam syurga-Nya. Masakan aku tidak bersyukur?
"Andai kata anak-anak aku itu bukan daripada tulang sulbiku, maka aku akan katakan bahawa anak-anak itu adalah hadiah yg turun dari langit khas daripada Allah untuk aku. Menyelamatkan aku daripada menjauhi-Nya dan mendekatkan aku kepada-Nya"

jadi ap pandangan sahabat2 semua tentang kisah tersebut?
di sini kita boleh ambil iktibar dan pngajaran yg ditunjukkan oleh hamba Allah itu kepada kita. Bagai mana pulak kita memandang ujian yg Allah beri pada kita...
even kita pun tak hidup sesempurna macam hamba Allah itu, kaya, kacak, genius...dapat pulak anak-anak yang berpenyakit kemungkinan dia akan rasa malu tetapi sebaliknya dia mensyukuri apa yang Allah berikan kepadanya.. Subhanallah....

Di sini kita kembali muhasabah diri balik mengenanag semula kehidupan yang telah dan sedang kita lalui...

percubaan pertama XARA 3D

Assalamualaikum...

khaifa haluka ya akhi, ya ukhti?
Alhamdulillah bikhair...

seronok sbnarnya bila kita mempunyai satu ketertarikkan pada sesuatu dan kita sering mencubanya sehingga kita rasa puas hati... di sini kita boleh lihat... di mana bila kita ingin melakukan sesuatu perkara dengan penuh kesungguhan itu bererti kita tidak mudah untuk PUTUS ASA...

alhamdulillah dapat mengguna XARA 3D




why don’t you have a boyfriend ?!!

Assalamualaikum...
khaifa haluka akhi? ukhti?
lamanya tak terjah blog nih... lama sungguh menyepi... maaf ye..
sibuk sikit...
 saya nak kongsi satu kata2 dari REAL MUSLIMAH...
take a look..


««««««««««««« why don’t you have a boyfriend ? »»»»»»»»»»»»»»»»

She asked her : why don’t you have a boyfriend ?!! 



She replied with confidence : you tell me : why would I have a bf ?!

I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours :

First, I am a believer, I can’t do what displease my Creator, HE ordered me not to to take a bf so I should obey HIM.
Allah says in Qur’an: “nor those who take [secret] lovers. “(surat Al-Nisa-25)

Second, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman, I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in shaa Allah, because I am preserving myself to him only
My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man she never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.
Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell no one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty…

Dear Muslimahs…Know your worth! and Be that One In Million who love to have the love of Their Lord than the love of a boyfriend!!!
(via ladyinblack)

1924

Assalamualaikum...
apa khabar sahabat2 semua? insyaAllah... dalam keadaan yg sentiasa dirahmati Allah.. InsyaAllah ye...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Lailahailallah... Muhammadurrasulullah...


Saat lidah tidak mampu lagi untuk meratip kesyukuran,biarlah airmata yang menjadi saksi betapa gembiranya rasa hati tatkala semangat jihad itu semakin membara...

1924 menjadi saksi runtuhnya sebuah daulah khilafah.Di situlah perjalanan tarbiyah mula di gerakkan kembali oleh golongan2 yang memiliki hati nurani berpaksikan iman dan taqwa..

Bumi dan seluruh isi langit menyaksikan jiwa-jiwa yang syahid kembali kepada Tuhannya..Subhanallah...Hidup mulia atau mati syahid!..
Berjuta jiwa telah rebah atas nama cinta kepada Sang Penguasa Alam.....

Terkadang hati kecil ini berbisik....janji Allah swt itu Maha benar....tapi bilakah agaknya?? daulah itu akan tertegak kembali dengan kelancangan dan kebiadaban manusia hari ini yang begitu sombong dan angkuh pada Tuhannya?? Bagaimana agaknya hendak membebaskan manusia daripada cengkaman musuh yang nyata andai nafsu di dalam diri sahaja tidak mampu untuk di tewaskan?? Berapa ramai manusia yang benar-benar mengabdikan diri pada Tuhannya??

sahabat.....

Dalam langkahan yang rapuh ini...mata terus harus sentiasa memerhati dan memerhati.. SubhanAllah,anak bangsaku semakin berkembang....Allahuakbar! Benar,mukmin itu saling menguatkan sesama sendiri ibarat binaan bangunan yang saling menampung satu dengan yang lainnya....Aku mula melihat cahaya yang semakin berkilau di sebalik tempat belajarku... Apakah yang lebih indah bila hati tertaut atas nama aqidah yang satu?

'Dialah yang memberi engkau kekuatan dengan pertolongan-Nya dan dengan sokongan orang-orang yang beriman...'(Al-Anfal :62)

Penghargaanku kepada semua mujahid dan mujahidah yang telah kembali ke hadrat ilahi..
Maafkan kami pewaris generasimu yang terlalu lemah untuk mempertahankan Islam seperti yang telah kalian ukirkan..
Tapi kami berbai'ah,kami akan berusaha untuk meletakkan islam kembali ke TAKHTA nya....
Allahuakbar!