Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Ini Jalan yang kita PILIH!

Assalamualaikum

sahabat-sahabat semua sihat? iman sihat? hati macam pulak?
amalan? ALLAH sahaja yang tahu..
saya
hanyalah insan biasa
seperti manusia lain
yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan
even sebesar zarah pun kesalahan itu
confirm Allah tahu
dah janji tak ulang kesilapan itu..
tapi....
bisikan syaitan tu begitu menggoda.
NA'UZUBILLAH!
dulu saya bukan lah diri saya yang sekarang.
saya tak liar
saya tak sosial
cuma saya kurang pratikkan ilmu agama.
agama apa?
semestinya agama ISLAM.
agama yang SEMPURNA
agama yang MUDAH
pokoknya segala-galanya ada dalam ISLAM.
saya tahu semua tu penting tapi saya tak cuba untuk amalkannya.
memang khilaf saya.
parents dah berbuih mulut ingatkan saya tentang perintah Allah.
tapi saya?
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
uuh... semua itu dulu...
semua orang nak berubah kan.
tiada bantuan dari Allah untuk perubahan diri 
kalau diri sendiri tak nak berubah..
butalah hati bagi diorang yang membohongi diri sendiri..
Sampai bila-bila pun tetap akan begitu selagi diorang mahukan diri diorang macam tu…
yang penting keinginan dan usaha.
kadang-kadang, 
kehidupan ini begitu sukar untuk hadapi 
walaupun kita sentiasa cuba untuk tidak mahu kehilangan tetapi at last kita kalah. 
cuma ingat,
setiap kehilangan adalah proses pembelajaran
dan menjadi gembira 
dan bersyukur kerana apa yang kita telah belajar kerana orang lain mungkin tidak hadapi situasi ini. 
so. beruntunglah kan.
berjanjilah,
walau apa pun yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.
mungkin akan ada ketenangan di situ
berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.
berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA “kenapa”..
dan jangan sesekali meminta untuk dikurangkan ujian itu
tetapi mintalah untuk dikuatkan hati untuk hadapi ujian itu
berjanjilah,
bahawa,
walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.
berjanjilah,
bahawa,
walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya baik-baik je nanti.
berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.
berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.

tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukanNYA.


#semoga Allah melindungi kitadari rasa putus asa

19 tahun menjenyah..

Assalamualaikum....

alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk berblogging semula.
how come I can blogging back?
sekarang cuti. balik rumah. ada wifi.
cuti sebab?
cuti RAYA! oyeah...
huhu... raya pun belum lagi. entah sempat raya atau tidak semuanya rahsia Allah.

khaifa haluka ya akhi ya ukhti? yang duduk terengganu tu darul iman kan? macam mana iman antum?
yang duduk di perlis darul sunnah kan? dah perbanyakkan amalan sunnah ke?
dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya..
sayu rasa hati ini ingin meninggalkan ramadahan.
pejam celik lagi 3 hari syawal bakal tiba... huhu
dah cukup amalan yang kita lakukan semasa bulan ramadan. antum semua tak rasa sedih ke nak meninggalkan ramadan. antum semua tahu tak.. akan ada yang dilepaskan bila dah tamat ramadan nanti.. antum semua tahu tak apa itu? SYAITAN.. mereka akan kembali menyesatkan anak cicit adam sehingga hari akhirat. sepatutnya semasa bulan ramadan ini kita berlumba-lumba untuk beribadah.. tapi banyak pula yang mengejar juadah di bazaar untuk berbukak.. huhu... itulah masyarakat sekarang kan...

okeh... berbalik kepada tajuk...
alhamdulillah... umur saya dah mencecah 19 tahun pada 14/8 yang lalu.. tarikh yang  bermakna untuk.. tarikh di mana saya menjejak ke dunia yang nyata. tarikh di mana saya adalah seorang muslimah. tarikh di mana bermulalah hidup saya sebagai khalifah Allah... bermakna benar tarikh itu pada saya..
alhamdulillah.. ramai sahabat yang mengingati dan mungkin ada yang tak ingat.. ahaks... 

alhamdulillah... semoga pada umur yang baru ini akan lebih "matured" huhu
dan dipermudahkan urusan insyaAllah..

malam sebelum 14/8
classmate dah ajak berbukak di luar.
makan-makan dan diikuti dengan celebrate besday saya.
mereka yang terlibat :AUNI, NANA, SALMY, FARAH, CHEKU, NAIM
time tu terjumpa pula dengan ADIBAH dan NABILA.. mereka juga turut serta
actually masa tu adibah dan nabila tak mahu cakap dengan saya... huhu... sedih sgt... rupanya diorg berlakon.. huhu... saya tertipu... tapi tak kisah pun...

setelah balik dari berbukak kat luar. balik rumah. tengok hadiah yang diberi. 
seperti rutin biasa. nak bukak laptop..
sekali cari laptop TAK JUMPA!.. 
seyes agak cuak.. tapi cool dulu... mungkin ada siapa-siapa pinjam...tanya housemate.. diorg tak tahu.
SAKINAH HAMID n HIJRAN cakap masa diorg balik kelas rumah tak berkunci! ohmaigad!!
tapi yang best nya charger laptop ada.. mustahillah kalau orang pinjam tak ambik charger... dah la laptop tu cepat habis bateri.. tapi nak jugak sedap kan hati.. mesej sahabat baik saya TENGKU.. sebab before tu dia ada cakap nak pinjam lappy.. "kot2" la dia pinjam even tahu dia memang tak kan pinjam tanpa charger..HUHU. 
tetiba mesej masuk "Tengku Amirah :  X. Sy xpnjam. Awak da blik ke?"
uhh... seyes hati bertambah berkeceramuk...

ok.. cuba lagi tenangkan hati.... baca buku yang baru dihadiahkan oleh classmate "KAU MEMANG CANTIK"
alhamdulillah tenang sikit... baca sampai terlelap.. seyes memang letih sangat. nana kejut suruh mandi. tiba-tiba fikiran kembali berfikir tentang laptop balik.. sebenarnya tak kisah kalau laptop hilang.. cuma terfikir macam mana nak bagitahu abah tercinta. dah la abah yang hadiahkan.. huhuhu... nampak sangat tak reti nak menghargainya. before laptop hilang. saya letak bawah katil. yang paling best sekali. laptop member lain pun ada je yang terbongkang dekat luar tapi kenapa LAPTOP SAYA!! astagfirullahalazim... berfikiran positif kembali "mungkin aku orang yang bertuah menerima ujian ini.. alhamdulillah Ya Allah kau memberi aku ujian ini"....  diriku kembali tenang.. 

nabila still marah saya.. muka cool je.. dalam hati "sampai hati bella buat syira macam ni.. huhu!"

tiba-tiba adibah pun muncul tanya macam mana laptop boleh hilang apa semua..
even rasa malas nak jawab soal laptop tu.  tapi saya still jawab. sebab saya sayang adibah... setiap pertanyaannya saya jawab tanpa tertinggal.. kemudiaan dia berlalu pergi... huhu... 

salmy pun datang tanya soalan yang sama... huhuhu... kemudian berlalu macam tu je... huhu

nana on laptop HUDA. tgk rancangan apa entah.. ada johan.. kebetulan saya suka tengok lawak johan..gelak-gelak.. hilang la sikit rasa resah gelisah tu.. tiba-tiba hijran terjerit2 panggil nana.. saya time tu letih. macam malas nak layan.. kemudian nabila dan hijran lak masuk panggil "SYIRA!!...SYIRA!!" 
saya pergi la tengok apa yang berlaku..... ada lah scene yang mengerikan yang telah dilakonkan oleh huda dan housemate yang lain.... tak payah cite kot scene tu..
dah habis diorang lakonkan scene tu...
nampak adibah pegang laptop saya... huhu
terus sujud syukur... huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.......

semua ini adalah rancangan mereka... tak pernah kena prank time bufday..
apa-apa pun memang salute lah lakonan diorang...

terima kasih ye sahabat-sahabat semua...


ini antara present yang sahabat2 bagi

 ini antara ucapan yang diberi melalui kad..

itu saja... terima kasihh....

Motivasi: Ramadhan – Jadikan kali ini lebih berstrategi.


Assalamualaikum....

salam ramadhan Al-Mubarak ye semua...
dah hari keberapa kita puasa eh?
tahu tak sebenarnya ada macam-macam strategi untuk menghadapi Ramadhan ini.
sahabat-sahabat semua nak tahu? jom baca scroll ke bawah lagi ye.
Bagaimanakah hendak menghadapi Ramadhan dengan lebih berstrategi?
Ramai manusia-manusia yang berusaha melakukan kebaikan, di kala musim Ramadhan ini mereka akan mengeluarkan mutaba’ah amal. Apakah maksud mutaba’ah? Berasal dari perkataan toba’a, yang bermaksud ‘ikut’. Jadi mutaba’ah amal adalah “Pemeriksaan Amal.”
Namun biasanya mutaba’ah amal hanya menyediakan senarai amalan yang hendak dilakukan. Itu pada saya belum cukup strategis. Kerana, tetap masa untuk melaksanakan semua amalan itu belum wujud di dalam pandangan minda kita.
Ya, hendak menjalani Ramadhan dengan lebih berstrategi, yang perlu dilakukan adalah sinkronasi antara amal dan masa. Bukan sekadar tahu apa amal yang hendak dibuat, tetapi juga sudah menyusun ‘bila’ amal itu hendak dilakukan.
Pertamanya, mengapa jadual penting?
“Jadual? Ingat sekolah ke?”
Mungkin ada yang berkata demikian. Merasa terkongkong dengan jadual? Merasakan jadual rijip? Ya. Mungkin ada yang berfikiran demikian. Tetapi saya suka kita melihat dari skop yang lebih luas.
Sekiranya Bumi tidak patuh pada ‘jadual’ putarannya yang menjadikan setahun ada 365 hari itu, dan Bumi berputar mengikut sesuka hatinya, apakah yang akan terjadi kepada kehidupan manusia? Siang dan malam?
Sekiranya Planet-planet tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya, yang ini mahu lebih perlahan, yang sana mahu lebih laju, agak-agak apakah yang akan berlaku kepada tarikan magnet galaksi Bima Sakti? Pastinya kacau bilau dan akhirnya hancur..
Sekiranya binatang-binatang yang memerlukan hibernasi tidak mengikut ‘jadual’ hibernasi mereka, apa yang akan berlaku kepada kehidupan mereka?
Bagaimana agaknya sekiranya sistem kitaran air di dalam kehidupan kita ini tidak mengikut ‘jadual’nya? Air dari laut ikut suka hati hendak naik bila dia suka. Awan ikut suka hati nak bergerak menurunkan hujan bila dia suka. Apa yang akan terjadi?
Bagaimana agaknya sekiranya sistem peredaran darah dalam tubuh kita tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya? Di bahagian ini dia suka-suka nak laju, di satu bahagian lain selamba dia nak perlahan. Bagaimana?
Ya, di sini saya yakin kita sudah nampak betapa jadual itu mengekalkan sesuatu dalam keadaan yang baik dan sempurna. Begitu juga sebenarnya manusia. Sekiranya manusia tidak hidup dengan jadual, kehidupannya akan tunggang langgang dan membawa kehancuran kepada dirinya.
Banyak benda perlu dilakukan, tetapi kerana penyusunan masa yang buruk dia tidak mampu melaksanakannya. Bukankah ini satu kerugian?
Dan sekarang kita sedang berada di dalam Ramadhan, banyak peluang dan tawaran di dalamnya, apakah kita akan membiarkan masa terbazir begitu sahaja di dalam Ramadhan ini?
Maka kita susun strategi.
Ada amal apa yang hendak dilakukan semasa Ramadhan? Mari kita senaraikan.
Contohnya amalan yang hendak dilakukan adalah berikut:
Baca Al-Quran 1 juzu’ sehari, Solat Tarawih, Solat Fardhu di Masjid, Solat Sunat Dhuha, Sedekah RM10 seminggu, ziarah sahabat, studi, riadhah, qiamullail, program iftar jama’ie bersama sahabat, iktikaf di Masjid, selawat 100X, istighfar 100X.
Katalah itu yang hendak kita lakukan. Kalau tinggalkan begini sahaja, ia akan jadi mutaba’ah amal. Dah buat kita tick. Tetapi saya ingin kita buat lebih baik lagi.
Jadi kita susun. Susun dengan masa.
Bila nak baca Al-Quran? Kita letakkan masa baca Al-Quran adalah – Setiap kali lepas Solat Fardhu, baca 4 muka surat.
Solat Tarawih – Selepas solat sunat ba’diah Isya’, dan selepas baca Al-Quran 4 muka surat.
Solat Fardhu di Masjid – Pergi masjid 10 minit setiap sebelum masuk waktu solat.
Dhuha – Setiap hari pukul 10.30 pagi, ini adalah waktu melaksanakan Solat Dhuha.
Sedekah RM10 seminggu – Hari Jumaat, semasa pergi Solat Jumaat adalah waktu melakukannya.
Ziarah Sahabat – Setiap hari Sabtu, kita peruntukkan 2 jam berziarah ke rumah sahabat. Seminggu dua sahabat.
Studi – Sepanjang waktu persekolahan atau waktu kuliah, kita tumpukan perhatian. Jadi studi di rumah hanya perlukan sedikit waktu sahaja. Kita ambil sejam sebelum tidur untuk studi ulangkaji.
Riadhah – Ahad, Selasa, Khamis adalah waktu Riadhah. Lepas Asar. Selama 30 minit.
Program Iftar Jama’ie bersama sahabat – Setiap Hari Khamis.
Iktikaf di Masjid – Setiap antara Maghrib-Isya’. Setiap malam Jumaat(tidur masjid)
Qiamullail – Isnin, Rabu, Jumaat. Pukul 3.00 pagi hingga waktu sahur.
Selawat+Istighfar 100X – 10 minit sebelum tidur.
Begitu. Kita letak hari. Masa bila nak buat. Dan lepas tu barulah bila berjaya buat, kita tick. Ini baru namanya strategis. Kita susun masa. Jadi kita tahu bila nak buat bendanya. Dan kita dah kosongkan masa itu hanya untuk itu sahaja. Benda lain letak tepi. Fokus.
Bila buat begini, kita juga tahu berapa masa kosong lagi kita ada. Untuk kita isi dengan perkara lain pula. Justeru bila buat begini, secara tidak langsung kita juga menjadi proaktif.
Minggu demi minggu
Bila buat begini, kita juga boleh menyusun strategi peningkatan. Jadual di atas hanyalah contoh sahaja. Kita boleh susun dengan lebih detail lagi. Contohnya strategi qiamullail. Nak solat apa dalam Qiamullail? Jadi mungkin kita akan rasa letih kalau di awal-awal itu terus hendak solat banyak. Maka kita buat strategi minggu demi minggu.
Minggu pertama Ramadhan, qiamullail kita adalah 2 solat sahaja.
Minggu kedua Ramadhan, qiamullail kita adalah 4 solat pula, ditambah bacaan Al-Quran.
Minggu ketiga Ramadhan, qimaullail kita adalah 8 solat pula, baca Al-Quran ditambah zikir.
Minggu keempat Ramadhan, qiamullail kita adalah 10 solat, baca Al-Quran, zikir dan tazkirah.
Begitu juga dengan iktikaf di Masjid. Minggu pertama dua kali sahaja iktikaf di masjid. Minggu kedua empat kali. Minggu ketiga 5 kali. Minggu keempat, 7 hari kita iktikaf di Masjid.
Dan begitulah. Meningkat dan meningkat.
Strategi.
Biar kita tidak memecut dan kemudian kelelahan lalu berhenti.
Tidak. Tetapi kita berlari steady. Tidak membazirkan tenaga. Kekal bergerak hingga ke akhirnya.
Penutup: Laksanakan Ramadhan ini sebaik mungkin.
Sama-sama kita amalkan.
Laksanakan Ramadhan dengan penuh strategi. Bukan semberono. Jangan biar ada masa yang terbazir. Terus-terusan berusaha agar setiap detik di dalam Ramadhan ini bermakna.
Sungguh, kita tidak mahu rugi pada bulan yang sepatutnya menguntungkan orang-orang mukmin.
Ayuh!
Menggapai Ramadhan dengan penuh strategi! semoga terus istiqamah ye sahabat-sahabat...

medan dakwah MULTI-MEDIA

Assalamualaikum...

khaifa haluka ya akhi ya ukhti? insyaAllah dalam rahmat Allah selalu... 
MasyaAllah... dah lama saya tak menjengah blog saya nih.. asif sangat kepada sesiapa yg selalu follow blog saya ye.. tu pun kalau ada... huhu.. disebabkan dah lama tak update blog.. mungkin dah lupa siapa pemilik blog ni kan.. so.. kita taaruf dulu ye..
nama diberi NSA-Nurul Syahirah Azmi
asal dari negeri Darul Sunnah insyaAllah
belajar di Universiti Islam Tentera Muhammad :bak kata senior saya.. insyaAllah
course kemudahan AWAM..
itu saja kot...

kita berbalik kepada tajuk lah "medan dakwah MULTI-MEDIA"..
saya suka teknologi..dan saya suka gadget.. dan saya suka explore... 
sahabat-sahabat semua tahu tak? kita nak berdakwah ada banyak cara..
antaranya usrah, kempen, ceramah, forum dan sebagainya..
tapi ada lagi alternatif lain untuk berdakwah... tahu tak apa?
"MULTI-MEDIA"
MULTI-MEDIA ni merangkumi ke semua aspek teknologi.. ICT.. media massa... dan lain2 lah..
tahu tak... sekarang dunia famous dengan apa? MUKA BUKU kan? mukabuku pun boleh jadi medan dakwah kalau kita guna betul2.. betulkan sahabat? semua orang nak kejar pahala kan..mudahnya nak dapat pahala.. so, why we don't try it? make it full with bless..InsyaAllah..

Sahabat-sahabat semua tahu tak macam mana datangnya pengaruh barat ke negara-negara islam di seluruh dunia? Dari MULTI-MEDIA lah. Kalau mereka membawa masuk pengaruh mereka melalui MULTI-MEDIA.. tak mustahil melalui MULTI-MEDIA juga kita sebagai pejuang agama boleh membangunkan islam..

anak-anak kecil yang usia 7-9tahun pun tahu buka utube, muka buku kan.. so kenapa tak kita buat something yang boleh menarik mereka lebih mendekati islam dengan mengguna cara yang sama. Kita bukan nak tiru mereka or something else tetapi cuma nak tukar pengaruh mereka dari barat ke ISLAM selama-lamanya. Faham tak? Kanak-kanak zaman sekarang semuanya dah celik IT. Tokwan, nenek semua dah tahu guna handphone touchscreen tau. Mesti sahabat-sahabat semua tak pernah terfikir akan perkara ni kan. Jadi sekarang saya nak suruh diri saya dan sahabat-sahabat semua fikir tentang perkara ni. Kita tak nak negara kita dijajah oleh PENGARUH BARAT..
sebenarnya medan dakwah MULTI-MEDIA ini lah salah satu alternatif yang mudah dan senang untuk berdakwah atau mengajak sahabat-sahabat semua.
macam saya. dekat rumah tak der astro. before ni. saya tak kenal langsung siapa ustaz DON DANIYAL tu.. tapi bila buka mukabuku. Banyak orang post pasal ustaz Don. Saya try explore dan bila dah tahu owh.. bestnyer dia sampai dakwah. Dah terkesan dekat saya. conclusionnya Dari mana saya tahu?? MUKA BUKU kan? so muka buku under apa MULTI-MEDIA kan....

itu saja dari saya... selamat beramal
NEVER FORGET TO SMILE 
^________^