Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman

Assalamualaikum....

apa khabar hati?? InsyaAllah...dalam keadaan yang sihat dan penuh Nur Allah....
Kali ini ingin berkongsi Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.  
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.  
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.   
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarangmelakukan zina. 
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 
 Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.  
 Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok  dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.

Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.


sekitar 10AM...

Assalamualaikum.....

apa khabar qolbi?
alhamdulillah.... di sini saya memohon maaf atas ketidak keupdatean entri yang begitu lama....
seperti yang diwar2kan dalam entri2 lepas..... saya banyak dengan exam... memang tak sempat la nak update....
sekarang pun tengah sibuk packing barang nak balik PERLIS...... hihi....
cuti raya cina..... tak celebrate pun.... tapi sibuk nak cuti..hehe... untug kan tinggal kat Malaysia.... setiap kali perayaan je cuti.... walaupun perayaan tu tak disambut oleh orang Islam....
paling best sekali... cuti nak bawak balik kak teng!.... sahabat yang tersayang....
dia tak pernah lagi datang perlis.... so... bawa la dia datang perlis....
segala story mory dengan dia nanti.... saya akan cerita lain ye.....

KADANG-KADANG APA YANG KITA SUKA, TAK SEMESTINYA AKAN MENJADI SEBAHAGIAN DALAM HIDUP KITA... TETAPI....
TAK MUSTAHIL....APA YANG KITA TAK SUKA, AKAN MENJADI SEBAHAGIAN DALAM HIDUP KITA.... 
SEBAGAI INGATAN DAN PERINGATAN UNTUK SAHABAT DAN DIRI INI YANG SELALU LALAI MELAKUKAN SURUHANNYA.....

SELAMAT BERCUTI NA... JAGA IMAN DAN SOLAT... DAN PERBANYAKKANLAH AMAL IBADAT SEPANJANG CUTI INI....
SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH ♥

Surat buat Sahabatnya yang sedang bercinta

Assalamualaikum.....

apa khabar iman? alhamdulillah... semoga bertambah selalu ya....
maaf lah sebab lama tak update blog..... kekangan masa....
minggu nie penuh dengan test.... sibuk la sikit.....
jadi hari ini ada masa free sikit.... boleh lah kita luangkan masa sikit ye...

Wahai sahabat,

Baik lelaki atau perempuan, sedih bila melihat mereka bergaul secara bebas, sama ada secara bertemu atau berbual di Internet. 

Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al- Isra' ayat 32, " Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Bila ditegur, ni jawabnya, "alah kami cuma berbual saja, bukan berzina pun," atau "sekadar belajar, berurusan" yang tidak tahu sama ada benarnya, jika melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja. Jika benar, mereka patut ada orang perempuan lain untuk ditemani untuk mengelakkan Fitnah. 

Ayat tersebut menyebut "Janganlah mendekati zina.." bermaksud menjauhi perkara2 yg mengalakkan zina. Zina itu terbahagi kepada lima. Zina mata, Zina tangan, Zina Lidah, Zina Kaki, dan Zina Hati. Rasulullah SAW bersabda" Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dgn berpegangan, kaki boleh berzina dgn brjalan kearah tempat maksiat, dan hati merindui, mengingati dan membayangi si dia." dalam Bab larangan melihat Wanita, Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi.

Adalah menjadi suatu lumrah lelaki dan perempuan saling mencintai. Kenapa perlu berselindung di sebalik alasan atas dasar agama, kerja, belajar, dan berkawan jika berdua-duaan? Ini yang menimbulkan Fitnah kerana apa sahaja boleh terjadi tanpa orang menemani.Manusia tidak melihat, namun Allah SWT melihat hati mereka.

Adakah CINTA itu kerana Allah atau berlandaskan NAFSU semata2 ?? Maaf, jika bukan kerana Allah SWT, itu bukan Cinta, itu nafsu. 

Tamatkan saja Fitnah ini dengan Kahwin. Allah SWT mencipta CINTA dan kahwin adalah landasan kebenarannya. Tiada cinta sebelum kahwin. Yang ada hanyalah NAFSU. Tiada CINTA Islamik tapi Islamkanlah CINTA.

Adalah berdosa meletakkan cinta manusia melebihi cinta Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tidak kamu mndapat pengajaran dari kisah2 nabi? Nabi Adam AS terpisah dgn Hawa oleh Allah SWT selama 40 tahun setelah turun ke Bumi kerana Nabi Adam terlalu mencintai Hawa. Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di Mekah atas perintah Allah SWT, Kedua2nya redha atas perpisahan itu kerana cintakan Allah SWT. Begitu juga kisah Nabi Muhammad SAW dan Aisyah RA. Inilah CINTA kepada Allah SWT dan rasulNya dimana cinta manusia sbg pengorbanannya. Dapatkanlah cinta yg hakiki dan abadi drpd cinta manusia yg sementara dgn pengorbanan. Jika mencintai dia, jumpalah walinya dan kahwinlah. Itu pengorbanan utk mencintai seseorang kerana mencintai Allah SWT. Doa pohonlah petunjuk dariNya dan jika benar jodoh ini pohonlah keberkatan atas CINTA ini. 

Tolonglah wahai sahabat, tamatkanlah Fitnah ini.. Salahkah saya membawamu masuk ke Syurga Allah SWT bersma org yg dicintai??

Seorang sahabat tidak membiarkan sahabatnya melakukan kemungkaran, sebaliknya mengajak melakukan kbaikan dan
menjauhi keburukan sebab dia pun nak kawan dia masuk syurga juga.

Alahai, diri ini mampu membenci dengan hati.. itulah selemah-lemah iman. Lemahnya iman ini. Tapi tangan ini mahu mencegah dengan menaip surat yang menyatakan kemahuan utk menegakkan kebenaran.

Nilailah mesej yang disampaikan kerana Allah SWT bukan pada penyampainya, kerana Allah SWT saja yang tau apa yg terbaik buat kita.. 

Wallahu'alam.

kerja mid sem

Assalamualaikum...
apa khabar qolbi??

alhamdulillah... semoga....sihat-sihat ye.....
kerja cuti mid sem saya.......



























 credit to : Amzar Kurin