Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

qasidah- HABIB SYEKH AL SEGGAF

Assalamualaikum....

MasyaAllah dah lama tak berblog rupanya, ala maklum lah sebelum ini sibuk dengan final, tiada masa nak berblog, sekarang alhamdulillah final dan berakhir dengan jayanya dan berada di dalam percutian., insyaAllah. Berbalik kepada cerita sebenar, sahabat-sahabat semua pernah dengar tentang Qasidah.

Qasidah ni boleh dikatakan sebagai puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun  Rasulullah S.A.W. Qasidah sangat terkenal dalam kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid. Mereka menyampaikan Qasidah ini dengan alunan-alunan muzik yang indah semuanya. Banyak sebenarnya jenis-jenis Qasidah ini, tapi saya tak berapa pasti berapa.

SubhnaAllah,

Saya suka sangat mendengar orang berqasidah, suara mereka merdu, alunannya, tak dapat nak digambarkan. Sahabat-sahabat kenal HABIB SYEKH AL-SEGGAF? Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf .Beliau boleh jadi belum dikenal secara luas di masyarakat sebagai pendakwah. Namun di kalangan jamaah majlis selawat Beliau sangat dikenali. Terutama kerana tokoh yang satu ini memiliki suara yang sangat merdu.Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qasidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majelis shalawat maupun masyarakat awam.


baru-baru ni beliau datang ke Malaysia, untuk event 'MALAM CINTA RASUL' boleh la search utube cari, cuba dengar dan hayati bait-bait lirik tu, tentu sahabat-sahabat semua akan rasa syahdu je..

ini antara




p/s : selamat meminati Qasidah ye.. ^_^