Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

Motivasi: Ramadhan – Jadikan kali ini lebih berstrategi.


Assalamualaikum....

salam ramadhan Al-Mubarak ye semua...
dah hari keberapa kita puasa eh?
tahu tak sebenarnya ada macam-macam strategi untuk menghadapi Ramadhan ini.
sahabat-sahabat semua nak tahu? jom baca scroll ke bawah lagi ye.
Bagaimanakah hendak menghadapi Ramadhan dengan lebih berstrategi?
Ramai manusia-manusia yang berusaha melakukan kebaikan, di kala musim Ramadhan ini mereka akan mengeluarkan mutaba’ah amal. Apakah maksud mutaba’ah? Berasal dari perkataan toba’a, yang bermaksud ‘ikut’. Jadi mutaba’ah amal adalah “Pemeriksaan Amal.”
Namun biasanya mutaba’ah amal hanya menyediakan senarai amalan yang hendak dilakukan. Itu pada saya belum cukup strategis. Kerana, tetap masa untuk melaksanakan semua amalan itu belum wujud di dalam pandangan minda kita.
Ya, hendak menjalani Ramadhan dengan lebih berstrategi, yang perlu dilakukan adalah sinkronasi antara amal dan masa. Bukan sekadar tahu apa amal yang hendak dibuat, tetapi juga sudah menyusun ‘bila’ amal itu hendak dilakukan.
Pertamanya, mengapa jadual penting?
“Jadual? Ingat sekolah ke?”
Mungkin ada yang berkata demikian. Merasa terkongkong dengan jadual? Merasakan jadual rijip? Ya. Mungkin ada yang berfikiran demikian. Tetapi saya suka kita melihat dari skop yang lebih luas.
Sekiranya Bumi tidak patuh pada ‘jadual’ putarannya yang menjadikan setahun ada 365 hari itu, dan Bumi berputar mengikut sesuka hatinya, apakah yang akan terjadi kepada kehidupan manusia? Siang dan malam?
Sekiranya Planet-planet tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya, yang ini mahu lebih perlahan, yang sana mahu lebih laju, agak-agak apakah yang akan berlaku kepada tarikan magnet galaksi Bima Sakti? Pastinya kacau bilau dan akhirnya hancur..
Sekiranya binatang-binatang yang memerlukan hibernasi tidak mengikut ‘jadual’ hibernasi mereka, apa yang akan berlaku kepada kehidupan mereka?
Bagaimana agaknya sekiranya sistem kitaran air di dalam kehidupan kita ini tidak mengikut ‘jadual’nya? Air dari laut ikut suka hati hendak naik bila dia suka. Awan ikut suka hati nak bergerak menurunkan hujan bila dia suka. Apa yang akan terjadi?
Bagaimana agaknya sekiranya sistem peredaran darah dalam tubuh kita tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya? Di bahagian ini dia suka-suka nak laju, di satu bahagian lain selamba dia nak perlahan. Bagaimana?
Ya, di sini saya yakin kita sudah nampak betapa jadual itu mengekalkan sesuatu dalam keadaan yang baik dan sempurna. Begitu juga sebenarnya manusia. Sekiranya manusia tidak hidup dengan jadual, kehidupannya akan tunggang langgang dan membawa kehancuran kepada dirinya.
Banyak benda perlu dilakukan, tetapi kerana penyusunan masa yang buruk dia tidak mampu melaksanakannya. Bukankah ini satu kerugian?
Dan sekarang kita sedang berada di dalam Ramadhan, banyak peluang dan tawaran di dalamnya, apakah kita akan membiarkan masa terbazir begitu sahaja di dalam Ramadhan ini?
Maka kita susun strategi.
Ada amal apa yang hendak dilakukan semasa Ramadhan? Mari kita senaraikan.
Contohnya amalan yang hendak dilakukan adalah berikut:
Baca Al-Quran 1 juzu’ sehari, Solat Tarawih, Solat Fardhu di Masjid, Solat Sunat Dhuha, Sedekah RM10 seminggu, ziarah sahabat, studi, riadhah, qiamullail, program iftar jama’ie bersama sahabat, iktikaf di Masjid, selawat 100X, istighfar 100X.
Katalah itu yang hendak kita lakukan. Kalau tinggalkan begini sahaja, ia akan jadi mutaba’ah amal. Dah buat kita tick. Tetapi saya ingin kita buat lebih baik lagi.
Jadi kita susun. Susun dengan masa.
Bila nak baca Al-Quran? Kita letakkan masa baca Al-Quran adalah – Setiap kali lepas Solat Fardhu, baca 4 muka surat.
Solat Tarawih – Selepas solat sunat ba’diah Isya’, dan selepas baca Al-Quran 4 muka surat.
Solat Fardhu di Masjid – Pergi masjid 10 minit setiap sebelum masuk waktu solat.
Dhuha – Setiap hari pukul 10.30 pagi, ini adalah waktu melaksanakan Solat Dhuha.
Sedekah RM10 seminggu – Hari Jumaat, semasa pergi Solat Jumaat adalah waktu melakukannya.
Ziarah Sahabat – Setiap hari Sabtu, kita peruntukkan 2 jam berziarah ke rumah sahabat. Seminggu dua sahabat.
Studi – Sepanjang waktu persekolahan atau waktu kuliah, kita tumpukan perhatian. Jadi studi di rumah hanya perlukan sedikit waktu sahaja. Kita ambil sejam sebelum tidur untuk studi ulangkaji.
Riadhah – Ahad, Selasa, Khamis adalah waktu Riadhah. Lepas Asar. Selama 30 minit.
Program Iftar Jama’ie bersama sahabat – Setiap Hari Khamis.
Iktikaf di Masjid – Setiap antara Maghrib-Isya’. Setiap malam Jumaat(tidur masjid)
Qiamullail – Isnin, Rabu, Jumaat. Pukul 3.00 pagi hingga waktu sahur.
Selawat+Istighfar 100X – 10 minit sebelum tidur.
Begitu. Kita letak hari. Masa bila nak buat. Dan lepas tu barulah bila berjaya buat, kita tick. Ini baru namanya strategis. Kita susun masa. Jadi kita tahu bila nak buat bendanya. Dan kita dah kosongkan masa itu hanya untuk itu sahaja. Benda lain letak tepi. Fokus.
Bila buat begini, kita juga tahu berapa masa kosong lagi kita ada. Untuk kita isi dengan perkara lain pula. Justeru bila buat begini, secara tidak langsung kita juga menjadi proaktif.
Minggu demi minggu
Bila buat begini, kita juga boleh menyusun strategi peningkatan. Jadual di atas hanyalah contoh sahaja. Kita boleh susun dengan lebih detail lagi. Contohnya strategi qiamullail. Nak solat apa dalam Qiamullail? Jadi mungkin kita akan rasa letih kalau di awal-awal itu terus hendak solat banyak. Maka kita buat strategi minggu demi minggu.
Minggu pertama Ramadhan, qiamullail kita adalah 2 solat sahaja.
Minggu kedua Ramadhan, qiamullail kita adalah 4 solat pula, ditambah bacaan Al-Quran.
Minggu ketiga Ramadhan, qimaullail kita adalah 8 solat pula, baca Al-Quran ditambah zikir.
Minggu keempat Ramadhan, qiamullail kita adalah 10 solat, baca Al-Quran, zikir dan tazkirah.
Begitu juga dengan iktikaf di Masjid. Minggu pertama dua kali sahaja iktikaf di masjid. Minggu kedua empat kali. Minggu ketiga 5 kali. Minggu keempat, 7 hari kita iktikaf di Masjid.
Dan begitulah. Meningkat dan meningkat.
Strategi.
Biar kita tidak memecut dan kemudian kelelahan lalu berhenti.
Tidak. Tetapi kita berlari steady. Tidak membazirkan tenaga. Kekal bergerak hingga ke akhirnya.
Penutup: Laksanakan Ramadhan ini sebaik mungkin.
Sama-sama kita amalkan.
Laksanakan Ramadhan dengan penuh strategi. Bukan semberono. Jangan biar ada masa yang terbazir. Terus-terusan berusaha agar setiap detik di dalam Ramadhan ini bermakna.
Sungguh, kita tidak mahu rugi pada bulan yang sepatutnya menguntungkan orang-orang mukmin.
Ayuh!
Menggapai Ramadhan dengan penuh strategi! semoga terus istiqamah ye sahabat-sahabat...

medan dakwah MULTI-MEDIA

Assalamualaikum...

khaifa haluka ya akhi ya ukhti? insyaAllah dalam rahmat Allah selalu... 
MasyaAllah... dah lama saya tak menjengah blog saya nih.. asif sangat kepada sesiapa yg selalu follow blog saya ye.. tu pun kalau ada... huhu.. disebabkan dah lama tak update blog.. mungkin dah lupa siapa pemilik blog ni kan.. so.. kita taaruf dulu ye..
nama diberi NSA-Nurul Syahirah Azmi
asal dari negeri Darul Sunnah insyaAllah
belajar di Universiti Islam Tentera Muhammad :bak kata senior saya.. insyaAllah
course kemudahan AWAM..
itu saja kot...

kita berbalik kepada tajuk lah "medan dakwah MULTI-MEDIA"..
saya suka teknologi..dan saya suka gadget.. dan saya suka explore... 
sahabat-sahabat semua tahu tak? kita nak berdakwah ada banyak cara..
antaranya usrah, kempen, ceramah, forum dan sebagainya..
tapi ada lagi alternatif lain untuk berdakwah... tahu tak apa?
"MULTI-MEDIA"
MULTI-MEDIA ni merangkumi ke semua aspek teknologi.. ICT.. media massa... dan lain2 lah..
tahu tak... sekarang dunia famous dengan apa? MUKA BUKU kan? mukabuku pun boleh jadi medan dakwah kalau kita guna betul2.. betulkan sahabat? semua orang nak kejar pahala kan..mudahnya nak dapat pahala.. so, why we don't try it? make it full with bless..InsyaAllah..

Sahabat-sahabat semua tahu tak macam mana datangnya pengaruh barat ke negara-negara islam di seluruh dunia? Dari MULTI-MEDIA lah. Kalau mereka membawa masuk pengaruh mereka melalui MULTI-MEDIA.. tak mustahil melalui MULTI-MEDIA juga kita sebagai pejuang agama boleh membangunkan islam..

anak-anak kecil yang usia 7-9tahun pun tahu buka utube, muka buku kan.. so kenapa tak kita buat something yang boleh menarik mereka lebih mendekati islam dengan mengguna cara yang sama. Kita bukan nak tiru mereka or something else tetapi cuma nak tukar pengaruh mereka dari barat ke ISLAM selama-lamanya. Faham tak? Kanak-kanak zaman sekarang semuanya dah celik IT. Tokwan, nenek semua dah tahu guna handphone touchscreen tau. Mesti sahabat-sahabat semua tak pernah terfikir akan perkara ni kan. Jadi sekarang saya nak suruh diri saya dan sahabat-sahabat semua fikir tentang perkara ni. Kita tak nak negara kita dijajah oleh PENGARUH BARAT..
sebenarnya medan dakwah MULTI-MEDIA ini lah salah satu alternatif yang mudah dan senang untuk berdakwah atau mengajak sahabat-sahabat semua.
macam saya. dekat rumah tak der astro. before ni. saya tak kenal langsung siapa ustaz DON DANIYAL tu.. tapi bila buka mukabuku. Banyak orang post pasal ustaz Don. Saya try explore dan bila dah tahu owh.. bestnyer dia sampai dakwah. Dah terkesan dekat saya. conclusionnya Dari mana saya tahu?? MUKA BUKU kan? so muka buku under apa MULTI-MEDIA kan....

itu saja dari saya... selamat beramal
NEVER FORGET TO SMILE 
^________^