Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya keranaMu...
all praises to Allah....

Ukhti & akhi

APA KHABAR IMAN KALIAN ??

Assalamualaikum....
apa khabar iman....? entri kali ini saya nak kupaskan tentang Iman

Apakah yang kita faham berkenaan iman? Manusia sering menterjemahkan iman sebagai percaya. Tetapi sebenarnya, iman ini adalah lebih dari sekadar percaya. Segala unsur percaya, yakin, tiada ragu, semuanya bercampur dan sebati dalam kalimah ini. Iman, apabila ia memeluk hati manusia, maka ia mampu merubah manusia menjadi manusia yang lain. Manusia-manusia yang benar dalam keimanannya, akan mampu melakukan, apa yang manusia lain tidak mampu lakukan.

Percaya? Anda menggeleng nampaknya... hehe... maaf ye..
Baiklah, mari kita sorot kembali sirah Saidina Umar Al-Khattab. Dia ini asalnya merupakan penentang kuat terhadap dakwah Rasulullah SAW. Malah dia pernah bersumpah untuk memancung Rasulullah SAW. Tetapi, selepas dia beriman, dialah yang paling berani menyampaikan ISLAM, dan dialah antara karakter yang disegani kawan atau lawan. Dialah yang berkata kepada Rasulullah...ya Rasulullah, apakah kita ini berada di atas haq?
Ya wahai Umar
Maka apakah yang perlu kita takutkan lagi? Mari kita solat di masjidil haram secara terbuka!
Keislamannya menguatkan dakwah Rasulullah SAW.

Nampak tak???.. itulah dia iman yang sebenar. Bukan iman yang sekadar menari di mulut sahaja.
Iman boleh membuatkan kita, melakukan apa yang manusia lain tidak mampu lakukan? Bagaimana?

Adakah anda kenal dengan Bara bin Malik?
Di dalam satu peperangan dengan tentera Rom, dia meminta tentera muslimin melontarkannya ke dalam kubu musuh untuk dia membuka pintu kubu itu dari dalam. Kenapa Bara ini berani melakukan sedemikian? Jawapannya mudah. Iman kepada ALLAH, dan segala janji-janjiNya. Dia teramat yakin yang ALLAH tidak akan memungkiri janjiNya. ALLAH SWT berfirman,... Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang-orang yang beriman diri mereka dan harta mereka
untuk memberikan mereka syurga dengan iman yang sebenar, manusia sanggup menggadai nyawa, apatah lagi mengikuti segala arahan ALLAH SWT dengan redha dan rela? Maka iman itu bukanlah sekadar apa yang kita sebut-sebut dengan
mulut dan bicara.... Iman adalah apa yang kita buktikan dengan amal dan perbuatan kita.
Apa khabar iman kalian?
Marilah kita bersama-sama, berusaha menterjemahkan iman dalam kehidupan.... INSYAALLAH...


siapakah IMAM ku??

Assalamualaikum..
apa khabar qolb? SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI..

entri kali ini bukan entri jiwang ye...
ini sebagai... satu kenyataan untuk bakal IMAM saya....
Siapakah IMAM ku ???

Bismillahirrahmanirrahim......

IMAMKU....
Siapa dirimu tidak ku tahu,
Walau dimana kebradaan mu,
hanya satu yang aku mau,
Sudikah dirimu menjadi imamku...

IMAMKU....
Tidak ku minta segunung permata,
tidak ku mau berlian di mata,
cukuplah hanya imanmu didada,
untuk membawaku ke syurga bahagia...

IMAMKU....
Ingin ku titip sedikit ingatan,
supaya dapat dibuat pedoman,
Jadikan Al-Qu'an sebagai teman,supaya kelak menjadi haluan...

IMAMKU...
Aku bukan sehebat Khadijah,
bukan juga setabah Sarah,
tidak pula sekental Sumayyah,
Namun hati mau setia seperti Fatimah...

IMAMKU...
Tidak ku pinta putra khayangan,
bukan pula Raja hartawan,
hanya satu menjadi kemauan,
cukuplah AGAMA menjadi Landasan...

Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Janganlah kamu nikahi wanita karena kecantikannya,kelak kecantikannya itu akan membinasakannya,janganlah kamu nikahi wanita karena hartanya,boleh jadi hartanya akan menyebabkan kedurhakaanmu,sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama,itu adalah lebih baik bagimu,"[Riwayat Abdullah ibn Humaid]....

 

RUNNING MUJAHEEDAH

Assalamualaikum...

apa khabr qolbu? apa khabar iman?
insyaAllah... semoga sentiasa dilindungi Allah swt...

terasa lain tak dengan tajuk entri saya tu?? ada rasa macam pernah dengar tak?? pernah ea? dekat mana ea??
korean reality show?? ye ke? apa nama reality show tu?? apa?? RUNNING MAN?....
aish.... byk sungguh perSOALAN yang ditimbulkan kan... huhu....

betul la tu.... RUNNING MUJAHEEDAH vs RUNNING MAN...
tapi tak der la versus sangat... cuma tukar sikit je... kalau korean buat RUNNING MAN... RPI UiTM buat RUNNING MUJAHEEDAH....ala-ala sikit la... tapi ini untuk kaum muslimat sahaja....yang handle event ni pun kakak2 naqibah semuanya... maksudnya.... yang join halaqah..... tapi time tu siapa2 je yg dtg boleh je join kalau tak masuk halaqah pun kecuali muslimin lah....

berbalik kepada kisah yang sebenar.... aktiviti yang dijalankan dalam RUNNING MUJAHEEDAH tu byk... antaranya... futsal, badminton, chess, kerusi music, bola beracun, pertanyaan dan sampaikan ucapan.... menarik sebenarnya event2 mcm nie... mengeratkan lagi hubungan antara kakak naqibah dan adik naqibah serta sahabat seusrah....

pengalaman la semua ini.... dapat release tension sambil beriadah.... ada yang jatuh masa main futsal la...huhu... biasalah kan... adat permainan.... bola futsalnya tak masuk gol tapi masuk dalam longkang la.... hihi... rebut kerusi musik la...

aktiviti2 macam nie kita boleh tengok kerjasama dalam kumpulan tu sejauh mana.. passing bola dekat sahabat2... bagi semua merasa.. rebut kerusi la untuk menjadi yang pertama dan always alert bila melakukan sesuatu tindakkan... bukan kerusi pilihanraya tapi kerusi music... bola beracun... aim tepat nak baling bola dekat siapa dan kena cepat.. macam dunia realiti lah... kalau yang buruk tu kena cepat2 atasi supaya tak merebak membesar.....chess.. memerlukan daya fikiran yang tinggi... memasang strategi dengan baik...bukan hanya tahu nak makan pihak lawan je....Alhamdulillah... semua memberi kerjasama yang baik... respon yang baik.... dan akhir sekali... slot dari kak sapinah.... sampaikan ucapan kepada kak naqibah dan adik naqibah... 

ucapan kak naqibah saya (kak syakirah) kepada adik2 usrahnya
"assalamualaikum.. kepada bidadari2 syurga yg akak syangi keranaNya... Maafkan segala salah dan silap akak sepanjang kita berkenalan.. Jika ujian dtg bertimpa... itu tandanya DIA sgt mencintai kita.. jgn diminta dikurangkan ujian tetapi mintalah Hati yg tabah.. jaga-menjaga antara satu sama lain Adibah-Nursaibah-Anis-Syahira-Iman-Auni-Maryam kita 1 usrah.. usrati jannati... Moga bertemu di Jannah kelak...
-___________________________-
Bersama menggapai RedhaNya
Saranghaeyo!!"



gurau senda... gelak tawa bersama2 sahabat dapat dilihat..... betapa indahnya ukhwah antara sahabat2 itu sekiranya segala2nya demi Allah...
berjanjilah sahabatku ukhwah kita untuk selamanya....
sayang sahabat semua kerana ALLAH....


Renungan Bersama Kisah Jurumandi Mayat (Kisah Benar)

Assalamualaikum...

apa khabar qalb? sihat kah? insyaAllah... dalam keadaan baik2 ye...
entri kali ini mengisahkan tentang satu kisah yang saya ada terbaca dalam satu blog...
menarik... sebagai renungan kita bersama.....

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah 

benar ini diceritakan oleh seorang Ustaz. Ia berlaku dikawasan 
daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang kaya harta orangnya dan 
berpengaruh.

Begini ceritanya :-                                                                       
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. 

Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia 
akibat.......kemalangan, sakit tua, sakit jantung,bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, 
telah  mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup istimewa sepanjang                   
pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu              
dengan satu jenazah yang cukup aneh,menyedihkan, menakutkan dan sekali 
gus memberikan banyak iktibar.                                                         
                                                                                    
Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya 
nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak 
Allahyarham  menguruskan jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila 
saya hampir  sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu                                  
sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan 
banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila 
saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya                           
tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam 
perasaan...takut,  cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan  yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa                    
pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah,               

badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah 
diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut              
Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan.              
Allah itu Maha Berkuasa kerana pada saat tersebut, najis tidak keluar              
daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. Allahhuakbar......
Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu                
dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari              

mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan 
mata saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia 
tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang               
terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya,              
keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat 
yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari 
mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya. Allahyarham meninggal dunia 
akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya                     
menguruskan mayatnya hanya lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh,               
bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi                
sedemikian rupa?
Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut.       
Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa                

mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan 
panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke                 
muka mereka. Saya kata kepada mereka, inilah ujian Allah kepada                   
kita.                                                                             
                                                                                    
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil                 
kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang 
beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di 
luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya 
menasihati mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, 
bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai 
anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok 
imam, tok bilal, tok siak.
Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka         
Allahyarham juga pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan 

seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham 
tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu biarpun di saat akhir jasadnya di muka bumi ini.                                     
                                                                                    
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan             
mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, 
tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen 
itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja.                       
Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan 
berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu 
saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak 
diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu  cukup-cukup hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka 
saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu  menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak 

berapa elok, tetapi apa nak buat itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada 
masa yang sama saya berdoa kepada Allah, Ya Allah, jangan Kau hinakan 
jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini. Selepas itu 
saya berikan taklimat tentang sembahyang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. 
Yang hadir hanya 13 orang saja.                                                             
                                                                              
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. 
Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi 

yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada 
sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan 
bantuan.Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, 
tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak 
ramai, Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah 
itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya.


Renungkanlah,      
kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam.
Renungkanlah,
pernahkah kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam 
perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu

berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja 
jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke 
dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad 
jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar 
dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana  
datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.
Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendalkan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup.... naâuzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw. Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang 
diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air 

hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak 
Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi.
Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya cuma hanya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham 
semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta 

secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka terkilan pada sikap keluarga Allahyarham kerana membantu saya menguruskan 
jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan 
mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada 
masyarakat? Mereka kata TIDAK.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa? Sedangkan ini adalah petanda yang Allah turunkan agar kita mengambil ikhtibar di atas apa yang telah kita kerjakan. Allah lebih Maha Mengetahui dan Dia memberikan peringatan pada hambanya yang mahu berfikir.


dipetik dari blog Sebutir Kasih Sejuta Sayang

saat kesedihan mengawal diri

Assalamualaikum...

apa khabar iman? alhamdulillah.... semakin bertambah dari hari ke hari...

antum semua pernah mengalami perasaan sedih? mesti pernah kan....
apa yang antum semua lakukan ketika hari-hari antum diliputi kesedihan??
dengan masalah-masalah yang ada terasa macam menghimpit dada
rasa macam dunia ini dah tak indah......
perih rasanya di hati kan....



oughhh....

mana bahagia itu sebenarnya?
mana bahagia yang kita cari?? mana??
inilah saat antum semua memerlukan Nya..
mendekatiNya....
meminta kepadaNya...
pasrahkanlah semua masalah antum kepada Nya....
kerana seseungguhnya Dia lah yang mampu menolong antum, bukan yang lain.....
ALLAH MAHA BESAR!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan "
berdoa dan bersabarlah....
semuanya akan baik2 saja....
 Ketika datang perasaan sedih dalam diri, tiada lain kecuali kembali kpd Allah SWT, dan semua akan terasa ringan...

Lensa hati # 9

Assalamualaikum....

apa khabar qalb?
insyaAllah bertambah iman di dalamnya ye...


"MUHASABAH DIRI"

"kita bina HIDUP atas apa yang kita dapat
tapi kita bina KEHIDUPAN atas apa yang kita beri"

perjalanan ku....

Assalamualaikum....

apa khabar qalb? alhamdulillah... semoga berbahagia lah qalb kita di sisi Allah s.w.t. InsyaAllah...

sekali lagi alhamdulillah.... kerana dapat menempuh minggu nie dengan keadaan yang baik serta mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. dapat menyelesaikan speaking test dengan jayanya.... walaupun loghat english tu tak seberapa mantop.... tapi boleh la bagi at least point2 yang berkenaan dengan tajuk..... dari situ cuba muhasabah balik.....
perbaiki lagi kelemahan diri untuk membuat sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.... InsyaAllah...

minggu nie juga... ada site visit di langkawi.... 3 hari 2 malam.... semoga perjalanan menuju ke sana penuh dengan rahmat Allah s.w.t... InsyaAllah....

rasanya minggu nie tak dapat nak jumpa kak teng face to face lagi.... sebab terlalu sibuk.. kadang-kadang kita free... dia sibuk... kadang-kadang dia free, kita pula sibuk... tak menentu kan... tak pe... kena faham tugas sebagai pelajar macam tu la... apa yang penting... kita saling berdoa supaya ukhwah itu sentiasa berkekalan.....selalunya dalam seminggu mesti akan jumpa dia walaupun sekejap..... hari tu dah nampak dia... tapi time tu dia dah masuk lif.... tak sempat nak kejar.... apa tah lagi nak terjerit2 panggil dia... cuma apa yang saya harap.... dapat selisih dengan dia time nak pergi kelas pun jadi la walaupun sekejap...betul la orang kata.... biar jauh di mata... tapi dekat di hati... at least dapat tengok senyuman yang bererti kegembiraan di wajahnya.....InsyaAllah....

apa lagi ye?? itu saje kot dulu.... nie pun entri nak cepat... berapa2 jam lagi ada kelas... doakan yang terbaik ye... insyaAllah....

p/s : "SALAM UKHWAH"

Dasyat Surirumah itu...

Assalamualaikum......

apa khabar qalb? apa khabar iman? masih dipenuhi dengan bintik-bintik hitam dosa kita.... semoga tidaklah berlaku sedemikian...insyaAllah....

sebelum kembali ke bumi UiTMpp..... ingin saya coretkan beberapa cerita yang nak kata menarik tu tak la jugak.... tak menarik pun tak jugak... boleh la sekadar membaca dan jadikan sebagai iktibar....
sebenarnya sebagai seorang muslimat...... diri saya tiba-tiba terlintas nak lakukan kerja rumah separuh hari masa cuti terluang baru-baru nie.... basuh pinggan..... memasak..... basuh baju (guna mesin je pun )... dan kemas-kemas lah barang apa yang patut.... time tu baru sampai rumah.... entah la... penat pun tak rasa.... tetiba boleh buat kerja rumah sampai malam.... 
kalau sebelum2 nie... sampai rumah je.... terlentang tidurnya ha.... letih sangat berjalan dari delima ke pintu pagar uitm... pastu kena berdiri dalam bas rapid yang dihimpit dengan puluhan orang... masyaAllah.... hanya Allah saja yang tahu.... 
sama je la masa balik hari tu pun.. tapi alhamdulillah... kekuatan yang Allah bagi tu saya cuba hargainya dengan sebaik yang mungkin.......
masa jadi surirumah separuh hari tu.....tak terlintas pun nak mengeluh ke atau penat ke.... alhamdulillah...... yang paling mengejutkan lagi.... saya buat semua ini atas kehendak saya sendiri..... rasa macam dah jadi orang lain dah time tu... huhu......
sampai tak tersedar dah nak masuk magrib...... 
masa nak tidur tu baru terasa agak letih....
macam biasalah setiap malam akan bermuhasabah balik sebelum tidur.....
tetiba... terlintas satu persoalan....... "aku yg buat kerja rumah separuh hari pun dah rasa letih sgt2, macam mana mama yang buat kerja rumah tiap-tiap hari?"
subhanallah.... besar sungguh perjuangan Surirumah itu bukan.... memberi keselesaan yang secukupnya kepada keluarga tercinta......


p/s: cukup dulu entri before balik UiTMPP..... doakan perjalanan saya penuh dengan rahmat Allah InsyaAllah....

salam MAULIDUR RASUL...

Assalamualaikum.....

apa khabar iman? alhamdulillah...
bersyukur masih diberi nikmat islam, iman dan akal serta nikmat yang tak terhitung dariNya...

SALAM MAULIDUR RASUL....
BERSAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATI, MENGIKUTI SEGALA PERJUANGAN DAN SURUHAN KEKASIH ALLAH YANG TERCINTA......
SAAT BAGINDA MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR..... BAGINDA MASIH LAGI MENGINGATI UMATNYA...... UMATTI...UMATTI...UMATTI.... SUBHANALLAH... BESARNYA CINTA BAGINDA TERHADAP UMATNYA........

RINDUNYA DIRIKU PADAMU YA RASULULLAH......

HADIS-HADIS RASULULLAH....
SAHABAT TERCINTA TELAH MEMBERINYA KEPADA SAYA....



Monolog Keinsafan

Assalamualaikum....

apa khabar iman? alhamdulillah.... dalam keadaan yang penuh dengan keberkatan InsyaAllah...
anda semua pernah bermonolog? pernah dengar perkataan monolog tu? mesti pernah kan.... satu perkataan yang membawa satu perasaan yang tidak ketahui oleh umum... seperti... bercakap dalam hati.... atau percakapan yang tidak keluar dari mulut...

sebagai seorang manusia...... kekhilafan sentiasa berlaku.... tak kan pernah lari.... jadi supaya kekhilafan itu tidak berlaku lagi atau berhenti macam tu je... kita kena bermuhasabah balik... menginsafkan diri kembali dalam menyenangkan kekhilafan yang kita lakukan.... supaya hati kita lebih dekat lagi dengan Allah.s.w.t....

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa... semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa.... disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri.
kita cuba mencari dimana silapnya..... adakah kerana dosa-dosa masa lalu atau kerana jiwa kita terlalai dari mengingati Allah SWT..... kita pun bertaubat dan memanjangkan munajat kita namun jiwa tetap terasa kosong “seolah-olah doa dan munajat kita tidak sampai kelangit”..... kita cuba mengalirkan air mata keinsafan tetapi hati kita rasanya terlalu keras untuk itu; seolah-olahnya air mata kita telah kering untuk itu...... keyakinan terhadap apa yang Allah janjikan tidak lagi menguasai hati dan fikiran kita.... 
kita cuba pula membuka lembaran-lembaran al Quran… mencari ayat-ayat yang pernah menyentuh hati kita dan kita pun cuba menghayatinya agar hati kita kembali lembut dan lunak tetapi itupun gagal...... betul kan??....
kini kita tidak tahu lagi apa yang sebenarnya kita sedang cari dari kehidupan yang seketika ini...... kita mula kehilangan fokus dalam kerja-kerja kita dan ibadah kita mula kehilangan roh...... Segalanya terlalu kabur...... kehidupan kita disaat ini seolah-olahnya suatu fasa yang kita lalui secara terpaksa.... masa-masa yang ditempuhi terasa begitu perlahan bahkan kadang-kadang terasa seakan-akan jarum jam berhenti berputar beberapa kali.........

ini adalah salah satu fasa kehidupan yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan dirinya pada Rabbnya bahkan saya juga pernah melalui saat-saat detik sebegitu ketika usia masih mentah, belum matang pemikiran..... tapi alhamdulillah… pengalaman hari-hari mengajar erti kedewasaan.....saya cuba belajar dari hari-hari yang lalu agar dapat bertambah menjadi makin baik dari hari ke hari.
beberapa persoalan cuba saya timbulkan di dalam benak fikiran saya....
adakah sudah lagi tiada keredhaan Allah ???? bukankah memikirkan begini sememangnya telah menjauhkan kita dari rahmat-Nya dan mengundang kemurkaan-Nya...... bukankah Allah mencela mereka yang berputus asa dengan rahmat-Nya...... bukankah memikirnya adalah suatu kemungkaran yang akan mencemarkan aqidah??

Pernah seorang pemuda yang menangis di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan tangisannya begitu dahsyat hinggakan Saidina Umar RA yang melihat keadaannya turut menangis tanpa sempat bertanya kenapa. Apabila Rasulullah datang dan bertanya lalu pemuda itu menceritakan dosanya yang bukan kepalang dan dia takut Allah tidak mengampunkan dosanya.

Kita pun mungkin akan fikirkan begitu; seorang pemuda yang kerjanya mencuri kain kapan disetiap malam apabila siangnya ada mayat yang dikebumikan sehinggakan akhirnya suatu malam dia terpegun dengan kecantikan mayat seorang gadis yang telah dilondehkan kain kapannya. lalu pemuda tersebut menyetubuhi mayat gadis tersebut yang telah dimandikan dan dikapan sempurna. Dosa yang terlalu besar untuk diampunkan. namun kerana keikhlasan dan keinsafannya Allah SWT tetap mengampunkan dosanya dan dan mati dalam keadaan terampun dosanya apabila dia sendiri terkejut kerana Allah masih mengampunkan dosanya. Dan kerana kejutan itu dia lalu rebah dan terus meninggal dunia.
Mungkin ini sememangnya ujian dari Allah SWT untuk menguji benar atau tidaknya keyakinan kita padaNya dan pada hari pertemuan dengan-Nya. Kalau ini benar-benar ujian dari Allah, yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah terus bermunajat dan memohon kekuatanNya. Ya……semua orang akan diuji. Cuma mungkin ujian yang diterima oleh setiap orang itu ternyata berbeza, namun ianya tetap ujian dan sekiranya kita berjaya maka tentunya akan lebih hampir kepada-Nya.
Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka. Jadi kalau kita ingin tetap berada di atas jalan kebenaran dan mengikut jalan pengikut para nabi maka ujian ini adalah satu kemestian.

Katakanlah: “Jika kalian (benar – benar) mencintai Alloh, ikutilah aku.” (Q.S. Ali Imron (3): 31).


wahai jiwa yang tenang, ikhlaskanlah semuanya pada ketaatan dan ketentuan-NYA demi ridhA-NYA..... kunci terbesar dalam membuka segala permasalahan ialah IKHLAS.... seperti mana yang telah diajari oleh guruku yang mulia.... Sesungguhnya syaitan tidak akan mampu melawan jiwa yang selalu Ikhlas dalam segala aspek ibadahnya...... ingatlah, musuh terbesar diri ini adalah hawa nafsu kita sendiri......s ebab itulah kita harus mampu mendidik nafsu kita ini untuk patuh dan tunduk pada perintah-Nya..... bukan mengikuti segala kemahuannya! Binasalah kita!!

[Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-NYA (Q.S. Al – Fajr (89): 27-28)]

sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan..... sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya.....Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…


amin ya Allah...untungnya menjadi orang mukmin, semakin musibah melanda semakin mustajab doanya...bukan perjuangan tanpa kesulitan..tetapi dalam kesulitan terselit ketenangan..semuanya menguji kekuatan jiwa insan, sesungguhnya kita tidak pernah sendirian kerana ada Ar-Rahman yang Maha Penyayang..Pesan pada diri kuatkan semangat, pesan pada hati, kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa kerana Allah sentiasa ada bersama kita..!"hidup cuma sementara...mati adalah pasti...apakah cukup amalan utk dihadapkan kpd ILAHI.??Tanyalah iman setulus hati...Ya Allah...matikan kami dlm husnul khatimah...amin


Semoga Allah taala sudi mengampuni diriku ini…

kembali pulang...

Assalamualaikum....

~apa khabar qolb? alhamdulillah.... semoga penuh dengan amal ibadat yang mendekatkan Kita dengan pemilik hati kita iaitu Allah....

~alhamdulillah.. sekali lagi berpijak di bumi perlis untuk berjumpa dengan keluarga tersayang kerana lepas nie dah tak der cuti before final test....

~insyaAllah dalam masa terdekat ini kita akan menyambut maulud nabi....sama2 lah mengingati perjuangan2 Rasulullah... bukan setakat tiba maulud nabi je... tetapi kalau boleh sentiasa mengingatinya.....

~kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat balik ke kg..... InsyaAllah...... nanti kalian dapat pulang untuk berjumpa dengan keluarga tersayang.....sentiasa senyum ye kak teng... =)

~kepada Azra... sahabat baik kak teng.....dan sahabat saya jugak... hehe... SANAH HELWAH ya UKHTI...... yang telah berumur cukup 19 tahun pada 2Feb hari itu... alhamdulillah jugak dah selamat sampai hadiah dari kak teng...... cantek tak? hihi.....

~kepada assgnment AutoCad... saya akan cuba untuk menyiapkan anda dalam masa cuti ini InsyaAllah....

~kepada kak zue....: selamat berblogging semula ye.... adik sibuk sikit sekarang....


ok... selepas nie nanti entri2 saya yang terbaru ye....InsyaAllah...